Program Assessment Centre Akauntan Gred W41 | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Monday, 23 June 2014

Program Assessment Centre Akauntan Gred W41

assalamualaikum. ;)


pada 6 Jun 2014 aku terima 1 emel dari SPA, berdebar-debar wehh. lulus ke tak lulus ni. phewww~ bila baca, "tahniah ! Anda LULUS ujian yang diadakan pada 06/05/2014". alhamdulillah. senyum semedang. hihii :) emel ni baru umumkan aku lulus je. tarikh assessment centre tak diberitahu lagi. aku jangkakan mungkin selepas raya lah kot.


tapi, pada 9 Jun 2014 aku terima emel dari pihak SPA lagi. pemberitahuan berkenaan Program Assessment Centre (PAC) yang bakal aku lalui. terkejut juga aku secepat ini PAC akan diadakan. kali ni, ia diadakan di SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya pada 15 Jun 2014 selama 1 hari. bukannya 2 hari atau 3 hari seperti pengambilan-pengambilan sebelum ini. kenapa 1 hari ? aku pon tak tahu. hehhee nak jimatkan masa da kos barangkali. :D






Program Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Akauntan Gred 41 lebih dikenali sebagai Accountant General Assessment Centre (AGAC). secara amnya, AGAC ini terbahagi kepada 4 aktiviti : Penyelesaian masalah, Case study, Pengucapan awam dan Debat.


1. Penyelesaian masalah 

- Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan seramai 9-10 orang di dalam 1 bilik. dalam bilik tersebut terdapat juga seorang fasilitator dan seorang panel. pada waktu itu, ada lebih kurang 15 buah kumpulan. soalan yang perlu diberikan lebih berkaitan kepada penyelesaian masalah. alaa-alaa uji minda dan teka teki gituu.

setiap kumpulan diberikan masa 30 minit berbincang dan 5 minit pembentangan. aku nak bagi contoh soalan pon aku tak berapa ingat soalan penuh. soalan yang diberikan adalah dalam bahasa melayu dan pembentangan juga dalam bahasa melayu.


2. Case study 

- Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan yang sama dengan aktiviti penyelesaian masalah tadi. tapi case study ini dijalankan dalam bahasa inggeris. soalan yang diberikan juga dalam bahasa inggeris. soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan pengurusan dalam syarikat. masa yang diberikan ialah 30 minit berbincang, 5 minit pembentangan.

antara isi kandungan soalan yang aku ingat, sebuah syarikat mengalami masalah dalam syarikat. Abu (aku hentam sebab tak ingat nama dalam soalan. hehehe) dikehendaki memilih salah 1 daripada 3 pakej latihan untuk diberikan kepada para pekerja syarikat tersebut. maka, abu telah memilih pilihan ke 3. persoalannya, adalah pilihan Abu itu tepat dan jika anda menjadi Abu, apa pilihan yang akan dipilih ?


3.Pengucapan awam/public speaking

untuk aktiviti ketiga, para peserta telah diberikan tajuk tersendiri. tajuk untuk pengucapan awam ini diberikan selepas aktiviti ke 2 tamat iaitu pada waktu rehat makan tengah hari. para peserta diberi tempoh lebih kurang 2 jam sahaja untuk menyediakan bahan-bahan pengucapan awam. masa yang diberikan adalah selama 5 minit dan pengucapan awam adalah dalam bahasa melayu.

antara tajuk yang telah ditetapkan ialah sukan, kesihatan, sejarah, teknologi maklumat, pengurusan, isu semasa, ekonomi, pendidikan dan budaya. ada lagi tapi aku tak ingat. daripada tajuk besar yang telah ditetapkan, para peserta bebas untuk memilih tajuk-tajuk kecil. macam aku, aku dapat tajuk sukan. memang bersyukur sangat. sebab aku memang minat sukan-sukan ni sikit. dapatlah goreng-goreng apa yang patut. alhamdulillah. :D


4.Debat.

aktiviti debat dijalankan dalam kumpulan sebanyak 9-10 orang. kemudian, para peserta akan dibahagikan mengikut pihak pencadang dan pihak pembangkang. ahli kumpulan untuk aktiviti debat ini turut berubah. nama-nama dalam ahli setiap kumpulan akan ditampal pada bilik urusetia.

kumpulan aku dapat tajuk "wajarkah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan ?". pheww~~ aku dapat pada mulanya aku rasa macam susah sebab aku di pihak pembangkang, tapi dengan adanya bantuan daripada ahli kumpulan yang lain, aktiviti berjalan dengan baik, walaupun banyak yang hentam sebenarnya. heheee


selepas habis kesemua aktiviti, rasa lega sangat. tawakal je lah lepas ni. insyaallah, kalau ada rezeki aku dapat ke peringkat seterusnya. kalau tak, tak apa, aku cuba lain tahun. pengalaman yang aku terima pon dah cukup baik dah ni. keputusan Program Assessment Centre (PAC) mungkin akan diumumkan sebulan dari tarikh assessment. tapi aku tak sure lagi. boleh jadi 2 bulan atau 3 bulan. menanti dengan sabar je lah. :)


BACA JUGA :Tips Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41
thanks for reading. ^^

8 comments:

  1. kejapnya PAC. masa tu semua orang nak tunjuk hebat kan kan..hehehe

    moga rezeki berpihak kepada anda :)

    ReplyDelete
  2. wahhh best of luck dear!
    heheheeeee

    ReplyDelete
  3. kalau da memang rezeki kat situ...In Sha Allah dapat...all the best ye :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, salam ramadhan. semoga murah rezeki awak dapat kerja ni. hehehe

    ReplyDelete
  5. so macam mane result???? dah kuar kan??

    ReplyDelete
  6. tajuk public speaking tu kita pilih sendiri ke atau dibagi time kita sampai tu?

    ReplyDelete
  7. susah juga ye nak jadi akuntan general ni.

    ReplyDelete