Siti Kektus: December 2012

Cerita MizzTina

Monday, 31 December 2012

Kuku kaki tercabut

assalamualaikum. ;)


kuku kaki tercabut. auuwww ! mesti rasa sakit gila kalau kena.




aku tak pernah merasa kuku kaki tercabut lagi. tapi, macam bakal merasa je tak lama lagi ni. ibu jari kedua belah kaki dah berdenyut-denyut semacam je. gara-gara pakai kasut sukan yang sempit buat main bola jaring weekend lepas. huuuaaa !



disebabkan kasut sukan hilang entah siapa yang kebas, maka terpaksa buat muka seposen pinjam kasut member. dah tahu sebenarnya kesan yang bakal jadi. nak tak nak terpaksa jugaklah pakai. tak kan nak berkaki ayam pulak. tak pasal-pasal kena keluar padang nanti.



salah seorang member yang main sama, dah hampir tercabut kukunya jugak hari tu. tengok dia jalan macam menahan sakit je. setiap kali ada game netball, mesti dah nak tercabut kuku kaki dia tu. kaki sensitif terlebih kot. asyik mau tanggal saja. memang kesian kat beliau.



# haraplah kuku kaki ni baik-baik saja. janganlah nak tercabut ye. mau perit nanti. wuwuuu anyone pernah kena ? cecite. :)



thanks for reading. ^^

Friday, 28 December 2012

Al-Quran penawar sanubari

assalamualaikum. ;)


al-Quran penawar sanubari.

sungguh indah ciptaanmu Ya Allah. :)


eeh, macam pernah dengar je al-Quran penawar sanubari ni. kalau ada sesiapa yang tiba-tiba teringat kat asyraf muslim, haaaaa maknanya pernah lah tu tengok rancangan al-Quran penawar sanubari kat tv9. rancangan ni disiarkan semasa bulan Ramadhan dan setiap episod hanya bersiaran selama seminit sahaja.






walaupun seminit sahaja, tapi maklumat yang diperoleh, sangat berguna tau. meh aku share sedikit tentang al-Quran penawar sanubari yang dihoskan oleh Asyraf Muslim ni.


Hilangkan kemarahan
Surah Toha ( 20 ), ayat 120-135 


Perasaan was-was
Surah Al-Hijr ( 15 ), ayat 66-99


Runsing/stress
Surah Muhammad ( 47 ), ayat 21-32


Masalah rezeki
Surah Al-Waqiah ( 56 ), keseluruhan surah


Pendinding
Surah Al-Baqarah ( 2 ), ayat 103-123



jadikanlah al-Quran sebagai penawar sanubari hidup.


# moga dapat di amalkan selalu. ;)


thanks for reading. ^^

Monday, 24 December 2012

Cincin bunga dari fabric | DIY

assalamualaikum. ;)




cincin bunga DIY
*bukan nak bagi penumbuk ye. tak tak. aku kan baik. hiks :)



main hentam taram je buat bunga dari fabric aka perca kain kepunyaan mak. hehee sebab eksaited terlebih nak guna masa malam dinner kat Lotus Desaru Beach Resort minggu lepas.


kacang gila weh buat cincin bunga ni. ambil gunting potong kain bulat-bulat pelbagai saiz. ambil lilin, bakar tepi kain. ambil benang dan jarum, cantumkan dan jahit. ambil butang letak kat tengah untuk kasi lawa * guna manik lagi cantik rasanya. ambil cincin dan jahitkan bunga dengan cincin. siap !


yezza ! tak sampai 30minit dah siap. mungkin sebab terlebih tekun tu yang sekejap je. heuhue kain yang aku guna ni kain chiffon kot sebab lembik semacam je kain ni. maka, kena potong kain bulat-bulat banyak sikit untuk bagi nampak tebal dan kukuh


pernah tengok DIY kat blog kak kina dan cik nana tu yang teringin nak buat. sebab nampak canteekks gituu. hiks ! cubalah kalau berminat. boleh tengok kat blog mereka. senang je weh buatnya. senang sungguh. percayalah. haha


kbai !

thanks for reading. ^^

Sunday, 23 December 2012

VIVA di Lotus Desaru Beach Resort !

assalamualaikum. ;)


Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor.


akhirnya selesai sudah minggu ter-busy busy busy semester ini. VIVA dah selesai (sebut vaiva). yehuuuu ! lega gila weh. serius. hilang satu beban dah. cuma tinggal nak hadap final exam saje. bolehlah marathon tengok running man, merlin, modern family dengan girangnya lepas ni. nak bw laju2 dengan senang hatinya pon boleh dah. hihiii



* hai semuaa... teehee *



aku dan classmate yang lain p Lotus Desaru ni 18-19 disember lepas. bukan kitorang yang nak sangat pon, tapi dah orang yang uruskan viva nak buat kat sana, ikut saje lah. dapatlah holiday sekali kan. hehee tapi bayarannya boleh tahan lah jugak. kering jugak poket. walau bayaran mahal, tapi seronok giileerrrr.






bilik yang ditempah memang best ! 2 tingkat tuu. bila masuk je, semua dok menjerit-jerit sebab suka. hihiii sesuai lah dengan harganya. nasib baik berbaloi. kalau bayar mahal-mahal bilik tak setanding harganya, memang mengamuk kat situ jugak lah.






giliran aku bentangkan PSM lepas asar. lama tau nak menunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang. nervousnya tak usah cakap, dup dap dup dap. dan dan lah ada
swimming pool bersebelahan dengan bilik kitorang buat viva. memang rezeki lah mata-mata liar yang dok tengok gegirl2 ber-swimming suit tu. pakai baju biasa tak dibenarkan okeh.

 



main gelongsor air ni 5 kali. barulah cukup syarat. kehkeh



tak boleh mandi kat swimming pool tak apa. waterpark kan ada. hoho waterpark yang disediakan tak mencabar langsung. bagi orang yang sukakan adventure ini memang bukan tempatnya ye. apa guna dah bayar tapi tak main kat waterpark ni kan. permainan yang ada simple-simple je, tapi sebab ada kawan2 yang happening, terus jadi seronok gi-la. hihiii



hari-hari terakhir sebagai pelajar kian terasa. rasa sedih pulak. semester depan dah praktikal 6 bulan. memang tak akan jumpa lagi kawan-kawan yang dok jauh tuu sampailah hari konvo nanti. huaa ! nak nangis pulak rasanya. sobsob -_- 



# tempat ni jadikan tempat honeymoon pon seronok jugak. :)


thanks for reading. ^^

Saturday, 22 December 2012

Cara buat kotak berpenutup 2 warna dari kertas

assalamualaikum. ;)


kotak berpenutup 2 warna ni lebih kurang bentuknya dengan kotak kertas simple. cuma kotak berpenutup 2 warna ni ada 2 warna lah. tu yang special dan ia nampak lebih menarik ! warna-warni gituu. kan kan. ;)



kotak  berpenutup 2 warna !



kotak kertas simple tu caranya lebih mudah. hanya menggunakan 2 keping kertas segi empat sama sahaja. tapi kotak berpenutup 2 warna ni perlukan 8 keping kertas segi empat sama (4 keping untuk kotak bawah, 4 keping untuk penutupnya).


jom buat ! senang je caranya. semua boleh buat punya. 



















how ? rasa susah ke ? tak apa, memula memanglah macam tu. dah 2,3 kali buat expert lah tu nanti. heheee untuk bahagian bawah kotak, anda boleh kurangkan saiz kertas segi empat tu dalam 0.5cm. dengan tujuan supaya kotak tu boleh dicantumkan dengan penutupnya. kalau sama saiz, macam mana nak muat.



contoh : 
     saiz asal kertas segi empat 20cm x 20cm.
     kurangkan 0.5cm x 0.5 cm. 
     baki saiz kertas 19.5cm x 19cm.







nak guna 4 kertas warna yang berbeza pon boleh. lagi menarik ! terpulang pada kreativiti masing-masing. selamat mencuba. have fun ! ;)



thanks for reading. ^^

Friday, 21 December 2012

Cara buat kotak pandora dari kertas| Kotak empat segi sama

assalamualaikum. ;)


jom buat kotak pandora. kotak ni kecil comel loteh tau. saiz empat segi sama macam buah dadu. tapi tak sesuai untuk kegunaan harian macam letak duit syiling atau brooch sebab penutupnya leceh sikit. mungkin sesuai kalau nak buat suprise kat seseorang. contoh letak cincin emas ke. heheee :)






kertas yang digunakan kertas empat segi sama berukuran 20cm x 20cm. nak guna 15cm x 15 cm, 25cm x25 cm pon boleh. janji nanti boleh bahagi kepada 5 petak. lima petak yang macam mana, jom tengok step-step kat bawah okeh ?


are you ready ? lets go !





















how ? dapat  tangkap tak step-stepnya ? manyak susahkah sikit susah ? kalau manyak susah, mungkin kena tengok video asal baru faham sebenar-sebenarnya. video tu pon tak lama, dalam 5 minit macam tu je. tapi bila da expert, sekejap je buat kotak pandora ni der. kacang der, kacang. haha


selamat mencuba u'olls.



credit : origami pendora box
thanks for reading. ^^

Monday, 10 December 2012

Maru maru Mori mori

assalamualaikum. ;)


Maru maru mori mori minna taberu yo !
ada yang dah pernah tahu ? kerlass lah yang dah tahu tuu. nampak sangat haku yang terlambat. hakhak :D





minggu lepas, waktu kelas jepun II, sensei kasi dengar lagu maru maru mori mori ni. ini lagu kanak-kanak untuk sebuah drama jepun. tujuannya, untuk kami-semua tangkap perkataan jepun dalam lagu kanak-kanak ni. tangkap lah guna apa pon janji dapat-tangkap perkataan jepun.



dalam hati cakap, lagu kanak-kanak je pon, mesti senang punyalah. sampai ke sudah, tak dapat tangkap pape pon. hehee dok khusyuk dengar budak dua orang comel tu nyanyi je. seronok gi-la. rasa riang gembira.






anyone yang rasa stress di pagi hari ni boleh la mendengarnya. pada yang tak dapat tengok tuu, hmm hmmm tak dapat den nak menolong. hewhew


**
Lirik : Maru maru mori mori


Maru maru mori mori minna taberuyo
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?


Dabadua dabajaba
Wasuremon sunnayo

Dabadua dabajaba dua
 

Ookiku nattara osora ni koe ga todoku kana?
Itsu ma de demo issho dayo

 
Maru maru mori mori minna taberuyo
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?

 
Kanashikute naiteita hitori aruku kaerimichi
Konna toki honwaka na
Minna ni aitai naa

 
Maru maru mori mori Omajinai dayo
Tsuru tsuru teka teka Nikkori egao
Ichi ni no san shi de goma shio-san
Takusan dato oishii ne


Maru maru mori puka puka ofuro
Tsuru tsuru pika pika goshi goshi burashi
Minasan gunnai mata ashita
Asagohan wa nan desho ne?


continue at Lirik Maru maru mori mori
*panjang sangat. hehee


# jari dah tak kembang semangkuk lagi lagi. tapi pergelangan tangan pulak yang sakit. menyukarkan sikit aku nak drive, lagi2 waktu pusingkan stereng. sobsob -_-


arigatou gozaimasu. ^^

Saturday, 8 December 2012

Satria Neo R3 kembali

assalamualaikum. ;)


Satria Neo R3 kembali. orang yang gilakan kereta Neo ni, mesti tak sabar agaknya kan. sedangkan kereta neo yang biasa tu pon ada orang sanggup modified nak setanding R3.





sebelum ni sumpah aku tak tahu R3 benda alah ape. aku- cuma orang perempuan yang lagi suka ngadap cerita korea mana lah nak ambil tahu sangat pasal kereta sangat ni. hoho cuma sejak dua menjak ni je baru tersuka sikit.


 
masa baca surat khabar BH, terbaca pasal Satria Neo R3 ni. Satria Neo R3 yang terbaru ni dilengkapi dengan kit badan R3, rim 16 inici R3, tempat duduk separa bucket, balutan kulit, alas lantai R3, sistem audio 2 DIN dan GPS. daripada segi enjin tiada perubahan dilakukan. jika kalau pemilik nak menaik taraf kereta bolehlah dapatkan aksesori R3 secara berasingan.

more info : Satria Neo R3



harga Satria Neo R3 boleh tahan lah jugak. Automatik-RM64k dan Manual-RM61k. vavavaa orang yang berduit dan minat yang mendalam tak kan kisah kot. kot lah. hewhew




yang ini perasan nak pasang body R3. heuheuheuu



thanks for reading. ^^

Thursday, 6 December 2012

Jari hantu tangan kiri bengkak

assalamualaikum. ;)


sob sob. kesian jari hantu tangan kiri ku. -_-





dah hampir seminggu jari hantu tangan kiri bengkak. bengkak sampai jadi bengkok. nak tegakkan buat gaya ala Hi Five pon tak boleh. tak semena-mena je bengkak. aku dah kecut perut sebab tiba-tiba je. ada orang main guna-guna ke ape ni. aish, mintak dijauhkanlah.



hari isnin pergi jumpa doktor. masa tu belakang tapak tangan pon bengkak sekali. selesai menceritakan masalah, doktor menyimpulkan, 'jangan risau, bukan masalah serius ni. tangan awak cuma alahan je ni. nanti doktor bagi pil dan ubat sapu ye.'



lah. alahan je ke. dengar macam tak serius sangat lah kan. tapi, sampai ke hari ni jari tangan hantu aku nampak macam makin mengembung semacam je. macam tunggu masa nak meletup je tuu. laa ni, nak angkat cawan pon payah. nak taip entri ini apatah lagi. sehari baru siap. percayalah. heheee



# tak apa. tak apa. ujian kecil je ni. orang lain punya ujian lagilah besar.
psstt, sebab tu tak update blog. alasan kah ? heheee :D



thanks for reading. ^^