Siti Kektus: September 2011

Cerita MizzTina

Thursday, 29 September 2011

cara matikan serangga charlie~

assalamualaikum. ;)


charlie ( kumbang rove ), nama yang tak asing lagi bagi mereka yang duduk bahagian utara. kan? kalau orang belah selatan, maybe jakun sikit. macam aku. yela, bukan pernah ada serangga tu merayap2 kat belakang rumah. kalau kumbang tanduk tu banyak le.


inilah rupa charlie. terima kasih en.google. festime aku dengar pasal charlie ni masa aku first year kot. giler jakun punya jakun punya jakun. dan ini pon festime aku tengok si charlie. selama ni tak pernah nak cari pon. hehehe


dah jumpa si charlie pon tak pernah, mana lah tahu cara nak mematikannya kalau dia datang menyerang. tapi tak pe, google boleh membantu kan?


maka, yang perlu dilakukan untul mematikannya hanyalah :

     *jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.

     *kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.

     *pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.

     *menggunakan penyembur serangga.

     *kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam ( charlie sukakan cahaya ).


bagi yang tak tahu, charlie ni mempunyai toksin sentuhan serangga yang paling berbisa di dunia ( toksin pederin ). bagi yang dah pernah terkena mestilah lagi memahami si charlie ni kan. apa dia suka, apa dia tak suka. kan? kan?


sekian.


p/s : dulu aku ingat kat plkn saja ada nama CHARLIE. -_-'




SUMBER : SINI dan SINI

Sunday, 25 September 2011

nombor roman ( sistem angka rom kuno )

Assalamualaikum. ;)


hai semua!


Siapa bermata duitan, mesti orang tu suka nombor. Siapa love kan matematik, orang tu pon mesti sukakan nombor. Siapa suka main nombor ekor, terang tang2 lah kan dia memang minat giler pada nombor.


cuba tanya kat mereka2 yang suka nombor ni, adakah mereka mengenali nombor dalam sistem rom kuno atau bahasa ringkasnya nombor roman? kalau dah tahu, tahniah lah. maknanya, mereka2 tu semua memang peminat setia nombor lah.


tetapi, bagi yang tak tahu tak apa. tak payah nak dok kalut sangat. meh sini aku tunjuk serba sedikit pasal nombor roman ni.


nombor roman ni so simple sebenarnya. tapi untuk kategori sa sahaja lah. macam kat bawah ni.


see. senang kan? nak hafal sebelah mata pon tak de hal lah. tapi, yang menjadi susahnya bila dia dah jadi ratus dan ribu.


kalau di peratikan gambar di atas. setiap huruf tu mewakili angka2 tersendiri. untuk menentukan 2134 dalam nombor roman, kita mesti menulisnya daripada turutan ribu, ratus, puluh dan sa.


contoh, 2134 :

2 ribu : MM
1 ratus : C
3 puluh : XXX
4 : IV


maka, MMCXXXIV.


maai. tak macam panjang giler kau nak menulisnya ha. nak tulis no kad pengenalan pon makan masa jugak nanti. leceh2. sebab itu lah ia tak di praktikkan kot dalam abad ini. mau lenguh jari jemari nanti.


ini apa yang aku faham lah ye. lain kali aku cerita lagi. kalau salah harap maaf sangat2. aku pon baru nak mencuba memahami penulisan nombor roman ni. ;)


sekian.


p/s : jom pizza. ada orang nak belanja ni. haha ;p


sumber : wikipedia

Friday, 23 September 2011

sofa eksklusif siti kektus~

assalamualaikum. ;)


credit : bukan belog kamu 


korang ada? nan hadoo na. haha


kalau tak ada aral melintang, raya tahun depan dah ada lah sofa eksklusif ni kat rumah. ha, alang2 dah nak ada sofa baru kan, jemputlah datang beraya ke rumah tahun depan ye.


nanti aku hantarlah kad raya siap dengan peta p rumah aku sekali. alaa, bukan jauh na pon, kat johor ni je. nanti, boleh lah dapat duit raya pakej dengan duri kektus sekali. bukan senang nak dapat tau.


tapi, jangan lupa, nak datang beraya rumah siti kektus ni kena pakai seluar kecik yang tebal sikit. kalau tak, balik rumah kang, baju tukar kaler lain pulak gara2 muntot tak cukup kebal nak duduk atas sofa baru aku tu. tapi, bagi yang kebal tu, pakai nipis2 pon tak pe. tak de hal punya lah kan? haha


dah. dah. wa berlalu pergi dulu ok. nak bergotong royong bersihkan keliling rumah ni. ok, babai!


sekian.


p/s : ada sesiapa nak order sofa eksklusif tu jugak? pm aku nanti tau. haha ;p

Monday, 19 September 2011

bila bulu mata jatuh dan masuk mata ~

assalamualaikum. ;)


orang dulu2 cakap, kalau bulu mata jatuh, tandanya ada orang rindu. seronoklah kan siapa2 yang bulu mata dia jatuh. ada orang rindu tu. tapi, yang tak syoknya kita tak tau lah siapa yang merindui kita. 


adakah emak? ayah? boipren/gepren? atau pon kematian? hmm.


tapi, kalau orang yang dengki tak nak kasi orang lain nampak cantik, tiap2 hari lah dia merindui orang tu. yela, nak kasi bulu mata dia luruh semua. nanti mata dia tak ada bulu lagi lah kan. togel semacam.


itu kes bulu mata jatuh sahaja. tapi, kalau bulu mata jatuh dan masuk dalam mata kita tanpa kita sedar, apa pula maksudnya? adakah kita akan mengalami sesuatu yang di luar jangkaan? sesuatu yang mungkin menyentap jiwa raga?


hei. sudah sudah lah tu. tak payah nak di fikirkan sampai ke laut mati sana. positifkan diri ok.


bulu mata masuk dalam mata, mungkin disebabkan terlebih gonyoh ( gosok ) mata tu kot. tu pasal dia tersangkut dan terus masuk dalam mata. hehe setakat ni aku okeh je bila kena macam tu. tak ada pape side effect pulak yang timbul.


cuma, kalau nak buang bulu mata yang kat dalam mata tu, bersihkan sikit tangan tu. kot2 ada kuman ke kang. tak ke naya. ish2.


sekian.


p/s : tetiba rasa nak makan mekdi pulak.

Friday, 16 September 2011

pecahkan biskut cream crackers cara mudah~

assalamualaikum. ;)


selamat siang dunia!


bagi student yang hidup di perantauan macam aku, pastinya biskut kering atau nama saintifiknya cream crackers jenama hup seng atau pun jenama julie's ( plastik kaler hijau tu ) menjadi pilihan utama di kala sang perut tercomel memerlukan santapan.


pastinya tidak lengkap jika menyuakan biskut kering ke dalam rongga mulut tanpa mencecahnya dengan air milo panas terlebih dahulu. gabungan yang mantap ini, di rasakan tersangat lah enak tatkala gabungan itu bersatu dan mengalir perlahan menuju ke perut terchenta.


huh! penatlah berpuitis.


ekceli aku nak ajar cara pecahkan biskut kering tu je. yela, bukan semua orang memiliki cawan besar gabak yang boleh memuatkan biskut kering berbentuk segi empat itu. maka, penyelesaian terbaik, terpaksalah belah dua kan?


nak belah biskut tu menjadi dua pon, ada caranya. bukan boleh main hentam taram saja. mau berkecai biskut tu nanti. dah tak boleh di celup dalam milo panas.


step i


pastikan stok biskut kering masih ada ( jenama apa saja boleh ) dan bukannya biskut marie yang bulat itu ye.


step ii


jika di perhatikan betul2, biskut kering itu terdapat garis2 lurus bukan? pastikan garisan lurus itu menghala kebawah ( vertical ) dan bukannya melintang ( horizontal )


step iii


patahkan biskut kering kepada dua bahagian dengan menekan di bahagian tengah biskut tersebut. ingat, pastikan garis2 lurus itu kebawah ye.


step iv



bolehlah di celup kedalam milo panas dan sedia untuk di ngap! oh. jika hendak di celup bersama air teh panas, mahupun nescafe panas pon boleh. tiada masalah. yang penting, hati girang perut pon senang. apecelup!


bukannya susah sangat pon kan. tapi kalau tak berjaya jugak, tak mengapa. cuba dan cuba dan cuba sampailah sukses umpama menggenggam bara api biarlah sampai jarang arang tau. ;)


sekian.


p/s : kenyang sudah perut ku di pagi hari ini. nak balik rumah. babai! ;)

Thursday, 15 September 2011

cuci gigi ( penskaleran ) ~

assalamualaikum. ;)


tett tett. tett tett.


bergegar meja study ku dengan kehadiran mesej di kala jarum jam menginjak ke pukul 11.45 malam. telefon bimbit X3-2 ku yang berkaler hitam itu ku pandang sepi. siapa pulak nak bermesra dengan aku malam2 buta ni. aish.


'esok komfem pergi cuci gigi?' oh si mimi rupanya.

'ok je. jomlah. naik aku je la ea.' balas ku ringkas. mood nak bermesra secara berlebihan kosong.

'beres2.' balasnya.


maka, tepat jam 9 pagi keesokkan harinya selepas terpublishnya entri ini, aku pon memulakan perjalan menuju ke pusat kesihatan bersama dua orang kawanku. almaklumlah, dah ada kemudahan yang di beri, baiklah digunakan sepenuhnya. ye dak? tak perlu lah nak menyusahkan diri ke klinik swasta pula.


tepat jam 9.37 pagi, selesai sudah aktiviti mencuci gigi. peh, masyuk giler wa cakap lu bai. terasa lagi ke-ngiluan-nya sehingga ke detik ini. terngiang2 lagi bunyi nging nging nging mesin itu yang berlaga dengan gigi2 ku. tak pe lah, nak gigi cantik punya pasal kan.


nasib baik lah bayaran yang di kenakan hanya rm4. jika ke klinik swasta boleh mencecah rm50 ke rm60 barangkali. almaklumlah, nama pon student. bukannya berduit sangat pon. setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. apa lah yang ada sangat kan.


kerana kegigihan ku menjejakkan kaki ke situ lah, baru ku tahu rupanya pencucian gigi itu di kenali sebagai penskaleran ( scaling ). jakun ke aku? sudah tentu lah. sejak darjah satu sehingga ke tingkatan 5, aku tak pernah dengar misi yang selalu datang ke sekolah cakap, 


'ok, lepas ni awak kena penskaleran tau.'


korang pernah ke?


sekian.


p/s : gigi aku pon nak sambut merdeka esok. ;)




nak tau pasal cuci gigi, boleh tekan SINI dan SINI.

Wednesday, 14 September 2011

ini tabung bukan dari LONDON~

assalamualaikum. ;)


sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.


itu peribahasa yang biasa di dengar sejak di bangku sekolah tadika lagi yang sinonim dengan amalan meyimpan duit atau juga di kenali sebagai menabung. mengapa sejak tadika lagi sudah di ajar amalan ini? jawapannya : melentur buluh biarlah dari rebungnya kan.


semalam aku baca entri si DIA ni pasal tabung. ada tabung ikat mati habis dan tabung keluar masuk. mana dia dapat istilah ni, aku pon tak tau. haha


bagi mengatasi masalah suka mengeluarkan duit simpanan tidak kira walau di mana sahaja ia telah di sorokkan ( aku lah tu ), pastinya tabung jenis ikat mati habis yang menjadi pilihan.


ini tabung bukan dari LONDON.
ia dari di beli di econsave. 
hargan berpatutan, hanya rm3.90 sahaja.


tabung tersebut dari aluminium kot dan sedikit keras berbanding tin air minuman. untuk menghancurkan atau mengopakkannya, sebatang tukul besi dan sebatang paku diperlukan. kelihatan rumit bukan? adakah berbaloi mengopakkannya demi rm1.50? hmm.


pada mereka yang gemar membasuh baju menggunakan mesin basuh rm1.50 ataupun pengguna tegar public phone, tabung daripada bekas jam blackcurrent ini sangat lah sesuai. 2 in 1 gitu. pakej terbaik ni. perut kenyang, duit pon tersimpan. ;)


tuntasnya, marilah kita manabung beramai-ramai demi masa depan ye. topup pon dah nak naik harga. nasi ayam penyet yang menjadi feveret pon dah naik jadi rm5 daripada rm4.50. aish.




sekian.




p/s : untuk kawen, simpan duit kat bank. ;p

Tuesday, 13 September 2011

kaki besar gajah, nak cari kasut pon payah~

assalamualaikum. ;)


saiz kaki setiap individu pastinya tidak sama. almaklumlah, ada yang berkaki runcing, berkaki lebar, berkaki kontot, berkaki kecik ( macam cik soly-saiz 36 ) dan berkaki bangku, mungkin. kaki bangku tidak mengapa lagi, jangan kaki botol sudah. itu campak ke laut lagi elok. bagi jos makan.


bagi yang bersaiz normal, kira yang sedang2 saja tu, komfem tiada masalah yang timbul dalam misi pencarian kasut. tetapi untuk diriku yang bersaiz kaki gajah afrika ni, teramatlah payah mencari kasut mahupun sandal yang sesuai untuk di sarung di kaki ku ini. 


bila sudah bertemu dengan idaman kalbu, saiz pula tiada. bila dah jumpa saiz yang selesa dipakai, rupa parasnya pula kurang menarik perhatian. nampak macam cerewet kan? itu memang sifat aku. sampai kan, emak bising ekoran diriku yang terlalu memilih.


bukan apa, untuk keselesaan diri sendiri jugak kan. tak nampak cantik di mata orang lain tak apa lah. yang penting diri sendiri terasa hepi bila menyarungkannya ke kaki ku. tapi, jangan pula menjadi mangsa fesyen. itu sudah terover ye. tidak semena-mena jadi bahan usikan nanti.



jelas bukan nombor 2011-67 41 itu? perhatian, itu bukan nombor bertuah ye. 2011 itu mungkin tahun dikeluarkan. tahun ni lah maknanya. 67 tu, aku tak berkesempatan pula nak bertanya amoi kedai tu. yang 41 tu ha, tau kan apa? tak tau? pergi jumpa amoi kedai tu tanya.


( itulah saiz kasut aku. -_-' )


sekian.


p/s : selipar jepun pon aku kena pakai saiz 11. baru ngam. ;p




( credit to : soly )

Friday, 9 September 2011

cara membuat telur ( itik ) masin~

assalamualaikum. ;)


sejak itik2 peliharaan dah makin besar walaupun baru berusia empat bulan, sejak itu lah telur itik kelihatan bersepah2. sana sini ada telur itik ( baru jumpa 3 biji ). dasar pemalas punya itik. hak milik sendiri pon tak reti nak menjaga.



di sebab kan keluarga aku tak berapa layan gulai telur itik yang kebanyakan korang semua suggest kan kat entri ini dulu2, maka, aku pon mensuggestkan kepada emak agar di buat telur masin saja.


so, tugas pertama. google sajalah cara membuat nya. aku dah jumpa caranya kat SINI dan SINI. ada dua kaedah yang aku dapat kenalpasti : kaedah salutan dan kaedah rendaman.


di sebabkan aku rasa macam susah je guna kaedah salutan ( walaupun tak cuba lagi ), maka aku memilih kaedah rendaman a.k.a telur masin basah. mengikut sumber, bahan yang di perlukan simple sangat. garam 250gram, air 1 liter, beberapa biji telur itik, kertas pasir/berus halus dan bekas kedap udara.


  ** mula2, kita basuh dulu telur itik tu dengan menggunakan air suam sehingga bersih dan dikeringkan.

  ** kemudian, gosokan telur dengan menggunakan kertas pasir atau berus halus secara perlahan untuk membuka liang telur tersebut.

  ** campurkan garam dan air dengan nisbah 1 ( garam ): 4 ( air ).

  ** masukkan larutan air garam tadi ke dalam bekas kedap udara.

  ** bolehlah di masukkan telur2 yang telah dibersihkan dan boleh lah ditutup rapi.

  ** simpan dalam jangka masa 15-18 hari.


itu cara2 yang aku ambil dari sumber lah. kepada sesiapa yang reti atau pernah buat telur masin ni, meh lah kasi tunjuk ajar sikit. betul ke cara tu semua. ini first time tau aku nak membuatnya sendiri. selalu reti makan je. haha


sekian.


p/s : ni baru cari step2 nya, tak mula pon lagi. hehehe ;p

Thursday, 8 September 2011

cara menghentikan mesej ( sms ) yang menolak kredit secara tak langsung~

assalamualaikum. ;)


selalu tak dapat mesej2 ( sms ) macam ni :


RM0.00 : montel22> hai awak, sye Zira nak cari rakan baru kat sini, ada ke yg sudi kwn dgn Zira nie?


atau


yang! dapatkan video indon/jepun ( 18 sx ) hebat, lawa & lucu di bimbit anda sekarng! taip ON FD sms ke 37878.


atau


the picture you received... http : //%&$&$#%&&&#%$&*#^$*... ( tak ingat ayatnya macam mana, yang penting satu gambar pon tak ada )


mesej 1 dan 2 tu, tak bagi kesan mendalam pon kat aku. biasanya, aku terus tekan button delete. tapi, untuk mesej yang ketiga tu yang aku paling tak boleh blah. bila aku terima je mesej jenis ni, komfem2 duit aku hilang dalam rm2 lebih lah.


sekarang ni, aku dah bengang tahap meroyan sebab minggu ni dua kali aku dapat mesej no 3 tu. bermakna, kredit aku dah hilang dekat rm5 lebih tahu. bengang ni bengang. bukan bangang.


kebetulan hari ni aku pergi bayar brokben terchenta, aku pon tanyalah pasal mesej tu kat amoi kacak tu. slow talk punya slow talk, dia pon bagi tips ni. 


STOP ALL to 11911. ( ini celcom. maxis atau digi, tak tau lah ada ke tidak masalah ni. ^^ )


ini betul. tak tipu punya ( ke dah ramai yang tahu? ). kalau ada yang bermasalah macam aku ni, bolehlah try ye. harapan aku : lepas ni tak ada lagi lah mesej yang tak guna tu menghantui hidup aku. kalau ada jugak, aku panggil otromen fire dorang.


sekian.


p/s : dah la tak lama lagi topup pon kena tax. ggrr.

Wednesday, 7 September 2011

mangkuk tingkat | rantang~

assalamualaikum. ;)


tiap kali ramadhan menjelma, amalan ngunjung mesti tak kan di lupakan. sesetengah tempat panggil munjung. biasalah lain mulut, lainlah sebutannya kan. dalam erti kata lain, lebih kurang kita bersedekah lah. memberi orang lain merasa makanan kita.


dulu2, masa zaman hingus masih meleleh lagi, tiap kali nak ngunjung, mak mesti akan bersihkan mangkuk tingkat. orang jawa panggil rantang ( mak yang cakap ). mangkuk tingkat tu buat isi lauk pauk lah. tak kan buat baling2 pulak. kalau ada tiga, tiga2 sekali lah dibersihkan. 

google

nanti, dah hantar kat rumah orang yang di kunjung, mesti tuan rumah akan balas semula ngunjung tu. kira kita pon dapatlah merasa masakan dia. rasa seronok pulak bawak rantang tu. boleh hayun2 tau. tapi, kalau silap sikit, terkeluar pulak lauk pauk. haha


tapi sekarang, teknologi yang bermaharalela membuatkan masyarakat setempat macam dah malas nak guna rantang ni ( ni kat kampung aku lah ). orang2 lagi senang isi lauk pauk dalam plastik ataupon polistrin. lagipon, plastik dan polistrin kan lagi murah dan jimat!


makin lama, mungkin generasi akan datang tak kenal dah mangkuk tingkat/rantang ni benda alah ape. yang dorang mungkin akan ingat cuma mangkuk hayun semata je la. mangkuk hayun, magkuk hayun. aish.


kalau bukan kita ( generasi masa kini ) yang memperkenalkan mangkuk tingkat ni pada generasi2 mendatang, siapa lagi? tak kan nak harapkan burung kakak tua mahu pun zirafah? giler apa.


sekian.


p/s : kesian mangkuk tingkat dah semakin di pinggirkan. ;(