Siti Kektus: Islam

Cerita MizzTina

Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Al-Mathurat untuk android

assalamualaikum. ;)


sekarang tiada alasan lagi untuk tak baca al-mathurat. wiwiii sambil nak tunggu enjin kereta panas waktu nak keluar bekerja tuu boleh baca-baca al-mathurat. al-mathurat ni dah boleh di muat turun dalam smartphone. siap boleh dengar bacaan dari Ustaz Don sekali tau. aku tahu aplikasi ni mulanya dari Cala Qisya. :)



nampak sangat aku lambat tahu. sobsob -_-

apa itu al-mathurat ?


al-mathurat merupakan himpunan doa yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang disusun oleh Imam Hassan Al-Bana--m.mathurat.com







applikasi ni siap sediakan terjemahan dengan fadhilatnya sekali tau. sambil-sambil baca doa tuu, dapatlah kite fahami makna ayat-ayat tersebut. bagi orang macam aku ni, terjemahan ni bagus banget ! al-maklumlah, dulu waktu sekolah darjah khas bahasa arab aku pon cukup-cukup makan je. hihii





nak tahu dengan lebih lanjut, klik http://www.m-mathurat.com.
download dari google play : google play


pada yang dah ada aplikasi ni, tahniah ye. moga boleh diamalkan selalu. pada yang belom lagi tuu, cepat-cepat download tau. :)



# pengguna iphone pon boleh download aplikasi ni di App Store. :)



thanks for reading. ^^

Friday, 1 March 2013

Ayat 1000 Dinar

assalamualaikum. ;)


eeh, dah hari Jumaat lah ! Jumaat--penghulu segala hari. :)


yang lagi best, ai tak sabar nak tunggu pukul 6.00 petang. mahu pulang ke kampung jumpa emak abah adik-adik kucing-kucing pokok-pokok. yehuuu !


sejak ber-overtime ni, badan-badan jadi macam kurang sedap pulak. mungkin sebab kepala-otak dah overlimit. mana tak nya 2 hari aku kerja menaip hampir 7 jam. peh ! aku rasa aku wanita gagah waktu tuu. balik-balik, lepak. pukul 10 dah tertidur. ggrrr. =.=


inilah rasanya orang berkerjaya--mungkin. bukan mudah nak cari rezeki kan. :)


setiap hari, aku amalkan ayat ini--ayat seribu Dinar. namun begitu, jika kita hanya mengamalkan sahaja ayat 1000 dinar ini tanpa bertaqwa dan bertawakal, itu bukan cara yang betul mengamalkannya--iluvislam



meh baca sikit tentang 'jangan salah guna 1000 Dinar'.


selamat beramal sayang-sayang semua. ;)


thanks for reading. ^^

Thursday, 3 January 2013

Jauhilah pintu-pintu syaitan

assalamualaikum. ;)



waktu kecil suka tankap kupu-kupu. ;)
(credit : google)


tahu tak, ada sifat-sifat dalam diri kita yang merupakan pintu bagi syaitan ? Imam Al- Ghazali ada menyatakan, antara pintu-pintu yang syaitan selalu gunakan ialah :


  • Perasaan marah
  • Nafsu syahwat
  • Perasaan tamak dan dengki
  • Kenyang
  • Cinta kepada perhiasan dan harta benda
  • Bergantung kepada manusia
  • Gopoh gapah dan terburu nafsu
  • Cinta kepada wang ringgit
  • Sikap kedekut dan bakhil
  • Fanatik mazhab dan kelompok
  • Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan perbuatan Allah tanpa ilmu
  • Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang Islam



maka, berhati-hati dengan segala pintu syaitan ini. kawal sifat marah tu, jauhi sifat tamak, dengki, kedekut, bakhil dan mudah berburuk sangka. jaga diri, jaga iman ye. :)


# umur makin meningkat, kubur pon makin dekat. 

thanks for reading. ^^

Friday, 28 December 2012

Al-Quran penawar sanubari

assalamualaikum. ;)


al-Quran penawar sanubari.

sungguh indah ciptaanmu Ya Allah. :)


eeh, macam pernah dengar je al-Quran penawar sanubari ni. kalau ada sesiapa yang tiba-tiba teringat kat asyraf muslim, haaaaa maknanya pernah lah tu tengok rancangan al-Quran penawar sanubari kat tv9. rancangan ni disiarkan semasa bulan Ramadhan dan setiap episod hanya bersiaran selama seminit sahaja.






walaupun seminit sahaja, tapi maklumat yang diperoleh, sangat berguna tau. meh aku share sedikit tentang al-Quran penawar sanubari yang dihoskan oleh Asyraf Muslim ni.


Hilangkan kemarahan
Surah Toha ( 20 ), ayat 120-135 


Perasaan was-was
Surah Al-Hijr ( 15 ), ayat 66-99


Runsing/stress
Surah Muhammad ( 47 ), ayat 21-32


Masalah rezeki
Surah Al-Waqiah ( 56 ), keseluruhan surah


Pendinding
Surah Al-Baqarah ( 2 ), ayat 103-123



jadikanlah al-Quran sebagai penawar sanubari hidup.


# moga dapat di amalkan selalu. ;)


thanks for reading. ^^