Siti Kektus: resepi

Cerita MizzTina

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, 5 August 2014

Resepi : Chicken Ball Cheese

assalamualaikum. ;)


Chicken Ball Cheese
goreng dengan 3 cara berbeza : without eeg/with breadcrumps/with egg



selamat hari raya uoolllss ! seminggu bercuti raya kemain menyumbat makanan yang enak-enak dalam perut comel ni. makan macam tak ingat dunia rupanya. asal nampak makanan atau kuih raya sedap di telan. berat badan pon dah kelaut gayanya. bentuk badan tak usah cerita, dah tak macam Ziana Zain dah, -_-



beberapa hari lepas aku ni terlebih rajin masak-masak ni *rajinlah sangat -_-. tengok peti ais ada isi ayam lebih, maka terhasillah chicken ball cheese ni. resepi chicken ball cheese ni alaa-alaa resepi cheewy cheese KFC yang aku buat sebelum ni. cuma resepi chicken ball cheese ni aku tak letak kentang.



BAHAN-BAHAN :

Isi ayam dikisar halus
Bawang besar di potong dadu
Lada merah besar di potong dadu
Lada sulah
Secubit garam
Sedikit mixed herb
Keju (cheesedale tu pon boleh)
*nak tambah daun sup atau bahan-bahan lain terpulang.


CARA-CARANYA :
1. Campurkan semua bahan diatas kecuali cheese dalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Kemudian, bentukkan ikut citarasa masing-masing. Macam aku, aku bulat-bulatkan dan isikan cheese dalamnya.
3. Siap untuk digoreng !



# selamat mencuba pada yang nak mencuba ! jangan lupa puasa 6 pada yang berkesempatan. :)

thanks for reading. ^^

Thursday, 20 February 2014

RESEPI : Homemade Fishball dari Ikan Tenggiri

assalamualaikum. ;)


RESEPI : Homemade Fishball dari Ikan Tenggiri



hari ahad lepas pergi pasar basah. lepas subuh terus gerak sebab ikan murah sikit waktu tu. ada yang harga separuh dari harga biasa, ada yang kurang 3,4 ringgit je. kira berbaloi jugalah bila membeli dalam kuantiti banyak. kadang-kadang ikut pada nasib juga, dalam kepala teringin nak beli ikan itu ini, tapi bila dah sampai pasar tak ada pulak ikan yang diinginkan. 



kebetulan pula, pada hari tu ikan tenggiri murah sikit dari hari sebelum-sebelum ni aku pergi. selalu kalau tanya mesti harganya RM20+++. hari tu memang rezeki kitorang harga ikannya agak murah. tapi saiz ikannya tu tak lah besar gedegang. yang biasa-biasa je saiz macam ikan cencaru gituu lah. dah lama usha ikan tenggiri ni sebab nak buat bebola ikan tenggiri dimasak sup. 





puas hati bila dapat buat sendiri bebola ikan buat sendiri sebab dapat lagi banyak dan dah tentunya kita lebih tahu kandungannya apa. nak letak lebih garam ke, gula ke, tepung ke kite yang kontrol kan. nak masukkan dalam senarai menu sihat pon boleh. Boleh jaga kesihatan. hehehe  ok, ni aku share sikit resepi nak buat bebolanya ye. :)




BAHAN-BAHAN :

Ikan tengiri (saiz sederhana)
Garam (secubit)
Tepung Ubi/Tepung Jagung



CARA-CARANYA :
1. Asingkan isi ikan tengiri dari tulangnya. Apabila selesai, jangan dibuang tulang ikan tu. Bila dimasak sup nanti masukkan sekali tulang ikan tersebut. 
2. Tumbuk isi ikan sehingga lumat dan masukkan secubit garam. Jangan banyak sangat kang terlebih masin pulak. Aku tumbuk guna lesung batu. Alang-alang tu exercise tangan sikit. hehee Kalau kisar guna blender kering pon boleh.
3. Dah lumat, masukkan kedalam bekas yang sesuai dan masukkan sedikit tepung ubi/tepung jagung. Jangan terlebih tepung ye sebab fungsi tepung ni untuk melekatkan ikan-ikan tu jadi bebola. 
4. Bentukkan adunan isi ikan tadi menjadi bebola. 
5. Pada masa yang sama panaskan periuk yang berisi sedikit air. Apabila air dah panas, bolehlah masukkan bebola tadi. Biarkan seketika. Dah sudah bolehlah ditoskan. 
6. Air rebusan bebola tadi jangan dibuang. Sayang kalau dibuang. Masukkan sekali juga kedalam sup yang bakal dibuat nanti.


Selamat mencuba !


thanks for reading. ^^

Friday, 17 January 2014

RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC

assalamualaikum. ;)



RESEPI : CHEWY CHEESE YANG MACAM KAT KFC
ke lagi senang panggil cheeseball je ?
hehee :D



hari ni tak cerita pasal jahitan. tapi nak cerita pasal makanan. hehee yes !! ini resepi bebola berintikan cheese macam kat KFC tuu. chewy cheese kan namanya. hari tu aku teringin nak tahu macam mana rasanya. sedap ke, tak sedap ke kan. maka, gigihlah kaki ini menapak ke KFC. lagipon, dah memang pergi ke bandar masa tuu. bile dah beli, dah rasa, memang mabeles. tapi sayangnya, mahal betol. 5 ketul = RM5. phewww~~




buat banyak-banyak simpan dalam fridge.
yang ni tak gaul dengan telur lagi. :)



sebab chewy cheese ni sedap kebabom, aku pon buat sendiri. terjumpa resepi Kak Chaq ni. tengok bahan-bahan pon tak lah susah nak cari. cara buat chewy cheese yang macam kat KFC ni pon nampak macam senang je kan. (cehh, sebab nak sangat makan, apa pon sanggup. kihih) serbuk roti aku beli di kedai kek. 




resepi asal : Kak chaq

BAHAN-BAHAN :
5 biji KENTANG (saiz sederhana)
1 1/2 cawan TEPUNG GANDUM
(ikut sukatan kentang, kalau kentang lebih, lebihkan tepung)
secubit GARAM
LADA PUTIH secukupnya
1/2 KEJU CHEDDAR (dipotong kecil-kecil)
SERBUK ROTI
2 biji TELUR


CARA-CARANYA :
1. Rebus kentang bersama garam. Garam tu agak-agak je. Jangan banyak sangat, kang termasin sangat. Bila dah empuk, angkat dan toskan. Ketepikan. Tapi lepas ni, aku rasa lebih baik goreng kentang tu daripada rebus, sebab kentang tuu lembik sangat bila direbus. hukhuk
2. Gaulkan kentang tadi bersama tepung gandum. Jangan terlebih letak tepung gandum, nanti terkenyal dah jadi macam cucur ikan bilis aka jemput-jemput. Tu yang berlaku kat aku, terlebih letak tepung. kihkih agak-agak je tepung tuu.
3. Masukkan bersama lada putih sebab tak ada lada sula. hehee Gaulkan hingga sebati.
4. Bentukkan adunan kentang--tepung gandum--lada putih tadi menjagi bebola kecil.
5. Masukkan keju/cheese yang dipotong kecil ke dalam bebola kecil tadi. Caranya lebih kurang macam buat kuih buah melaka tuu.
6. Dah siap bubuh keju/cheese tu salutkan dengan serbuk roti. Kemudian, gaulkan pula dengan telur yang dah dipukul. Kemudian, gaulkan lagi sekali dengan serbuk roti. |serbuk roti--> telur --> serbuk roti |
7. Sedia untuk digoreng.



sekali pandang macam fishball yang jual kat pasar malam, 3 seringgit. 
heheee



Rasanya memang sedap sangat !! lagi sedap kalau letak cheese tu banyak-banyak. Tapi yang spoil sikit, terlebih tepung tuu lah. kihkih Yang penting, tak sempat nak simpan lama. tak sampai 2 hari dah habis di goreng. Hasilnya, adalah dapat dalam 150 biji. tapi yang tak best, benda ni kalori tinggi jugak. huhuu *bertambah bam bam lah daku gamaknya. =_=



# kalau malas nak buat, beli je. senang. tapi tu lah costly sikit kan. kalau duit ada extra apedehal kan. :) 

Saturday, 21 December 2013

RESEPI : CHEESECAKE LAYER

assalamualaikum. ;)



resepi : cheesecake layer.
nyummm nyummm nyummm :)



memandangkan mood makan benda manis-manis masih menebal dalam diri, maka aku merajinkan diri buat CHEESECAKE LAYER ni. nama ni aku main hentam saje, asalkan ada nama yang seakan-akan glamourous gituuu. barulah da'bomb !! kan ?? hahahaa 



pandangan dari tepi bekas.
how ? tempting or not ? heheee



Resepi CHEESECAKE LAYER memang seakan-akan resepi Cheesecake Milo Biskut cuma tak masukkan sekali milo dan nestum. Biskut tu pula aku gantikan dengan kek. apa jenis kek pon tak kisah sebenarnya. tapi pada aku kek coklat lagi sedap !! hihii




BAHAN-BAHAN:

KEK COKLAT/SPAN
1/2 tin SUSU PEKAT MANIS
250 g KRIM CHEESE
80 g SUSU SEGAR
(aku gantikan dengan susu low fat dutch lady)




sekejap background cerah cerah. sekejap background gelap.
sila abaikan ye. hehee



CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. siapa yang mempunyai tangan yang gagah lagi kental, boleh juga menggunakan tangan.  Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak lebih pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Kemudian masukkan setengah tin susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Pada siapa yang sukankan manis, bolehlah tuangkan lebih susu pekat manis tuu. tapi, pada aku 1/2 tin tu dah cukup rasa.
3. Masukkan pula 80g susu segar/susu low fat. Putarkan sehingga sebati dan Ketepikan. Tak payah ikut sangat timbangan 80g tu pon tak apa. Ikut naluri hati je. Kalau nak bagi cair -- tambahkan susu segar/susu low fat. Kalau nak bagi pekat-pekat -- kurangkan je susu segar/susu low fat tu.
4. Aku menggunakan lebihan Coklat Brownies dari tepung Red Rose yang aku buat tempoh hari. Yang ni aku memang buat pakai loyang sebab masa tu nak cepat, tak sempat masuk papercup. masuk loyang je senang. hihii
5. Susunkan kek cantik-cantik dalam bekas. Kalau nak campak-campak pon tak pe je. sendiri yang makan kan. Kemudian tuangkan creamcheese yang dah dicampur susu pekat manis dan susu segar tadi dan ratakan. *(rujuk gambar diatas)
6. Kalau nak buat 2 lapisan kek, susun lagi sekali kek tu cantik-cantik. Kemudian tuangkan lagi creamcheese tuu.  
7. Akhir sekali, hiaskanlah CHEESECAKE LAYER anda dengan toping kegemaran. macam aku -- parutkan coklat masakan cheesecream -- tabur coklat chip -- tuangkan sedikit coklat cair -- SIAP !! 
8. Demi mendapatkan kepuasa maksimum, masukkan cheesecake layer tadi dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dimakan. Tapi kalau dah tekak tu tak sabar sangat nak merasa, makan terus pon boleh. 


nak letak coklat rice pon boleh.
ikut kreativiti masing-masing ok. ;)


SELAMAT MENCUBA !!



# Ada bermacam cara nak buat Cheesecake Layer ni. nama pon bermacam jenis. yang penting konsepnya sama je. kalau nak mencuba boleh rujuk entri Kak Azlita Masam Manis : MELTY HERSHEY. ;)



thanks for reading. ^^

Tuesday, 10 December 2013

RESEPI : COKLAT BROWNIES SIMPLE GUNA TEPUNG RED ROSE

assalamualaikum. ;)


sejak dua menjak ni, tekak ni asyik minta benda yang manis-manis saje. tak tahulah kalau ia ada kaitan dengan darah manis ke apa kan. hihii demi tak nak menghampakan tekak ku yang manja ni, aku pon godeh-godeh dapur. kot-kot ada kek ke, dessert ke tiba-tiba muncul atas meja. tapi bukan makanan yang aku jumpa cuma tepung red rose yang tak digunakan lagi je.


tepung red rose ni bekalan masa hari raya adilfitri tempoh hari. beria lah nak buat bermacam jenis kuih muih. tengok kat buku-buku resepi ada biskut yang menggunakan tepung red rose, terus masukkan dalam senarai bahan yang nak dibeli. tapi sampai sudah tak guna jugak tepung red rose ni. hehee





tepung red rose ni sebenarnya campuran tepung gandum, tepung jagung dan bahan perangup atau lebih dikenali sebagai tepung biskut. mula-mula dengar, aku macam jakun sikit sebab memang tak pernah tahu pasal tepung ni sebelum ini. Red Rose tu jenama tepung biskut je sebenarnya. boleh rujuk ENTRI KAK WAN untuk tahu perbezaan tepung red rose dengan tepung gandum. ;)


fikir punya fikir, aku pon mengambil risiko untuk buat coklat brownies dengan menggunakan tepung red rose ni. resepinya aku ikut macam nak buat nutella brownies, cuma nutella tu aku gantikan dengan coklat masakan. jadi atau tak jadi, belakang hal, yang penting cuba dulu.






BAHAN-BAHAN :

9 SUDU BESAR TEPUNG RED ROSE
2 BIJI TELUR
250g COKLAT MASAKAN
1/3 TIN SUSU PEKAT MANIS
50g BUTTER



CARA-CARANYA :
1. Cairkan coklat masakan yang dicampur dengan butter dan susu pekat manis dengan menggunakan kaedah double boiler. Coklat masakan tu aku potong kecil-kecil supaya lebih senang cair. Coklat ni alaa-alaa coklat ganache gituu. Bila dah siap, ketepikan dan sejukkan.
2. Bila dah sejuk, putarkan coklat cair tadi bersama 2 biji telur. Telur tu masukkan satu persatu ye. Aku tak rajin nak guna tangan, jadi guna mixer lagi senang.
3. Bila dah sebati, masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit sehingga cukup 9 sudu besar. Putarkan sehingga sebati.
4. Kemudian, tuangkan kedalam acuan kegemaran anda. Aku ter-rajin, maka aku gunakan paparcup. ( tapi bila dah last-last tu aku masukkan dalam loyang je. hihii )
5. Panaskan oven terlebih dahulu. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye).
6. Nak tahu dah masak ke belum, cucuk dengan lidi atau garpu. Kalau dah tak melekat tuu, dah masak lah maknanya.




dah empat kali aku buat coklat brownies ni guna tepung red rose. adik-adik aku suka makan. kadang-kadang tak sempat sejuk kuih tuu, dah ditelan. ternyata experiment aku berjaya tapi, coklat brownies aku tak naik macam nutella brownies sebelum ni. penyek semacam je aku tengok. tak pe, yang penting sedap !! hahaa


# makan. makan. makan. mana tak bergerak ke kanan je jarum penimbang ttu. exercisenya tak jugak. =_=


thanks for reading. ^^

Friday, 29 November 2013

RESEPI : AYAM BAKAR YANG SIMPLE

assalamualaikum. ;)

resepi ayam bakar yang simple


niat dihati nak mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping mengembalikan kelansingan tubuh badan yang semakin hilang. almaklumlah, semenjak berat badan naik mendadak ekoran pemakanan yang tak terkawal di bulan Syawal yang lalu, terus diri ini rasa tak keruan. -_- makan tak beringat, inilah padahnya.


wokeh. dipendekkan cerita ternampak resepi ayam bakar yang simple ni di instagram keknis. bila tengok resepi dan cara-cara membuatnya, memang rasa 'wahhh !! senangnya nak buat ayam bakar ni'. sesuai sangat untuk orang yang nak mengamalkan gaya hidup sihat. patotlah keknis cantik. tapi, ayam bakar ni aku dah ubah sikit ikut suka hati aku. hehee





BAHAN-BAHAN :

DAGING AYAM
HALIA
BAWANG PUTIH
MADU
KICAP
MIXED HERBS
GARAM




CARA-CARANYA:
1. Rebus daging ayam bersama halia dan bawang putih. Halia dan bawang putih tu hiris-dihiris sahaja pon boleh. Biarkan sehingga daging ayam empuk. Tak sampai 10 ke 15 minit dah empuk daging ayam tu. Bila dah empuk, angkat dan toskan.
2. Kisarkan halia dan bawang putih. Nak campurkan sekali halia dan bawang putih yang dah digunakan masa merebus ayam tadi pon boleh. Taklah rasa membazir kan.
3. Kemudian lumurkan halia dan bawang putih tadi bersama madu, kicap, mixed herbs dan secubit garam. Nak tambah sos tiram pon boleh. Kat rumah aku dah kehabisan sos tiram, sebab tu tak letak. Perapkan sekejap dalam 30 minit.
4. Preheat oven. Kemudian bakar ayam tadi selama 20 minit pada 180'c (ikut pada oven korang jugak tau).




siap !!! bolehlah dihidang dengan sayur kegemaran korang. disebabkan aku suka brokoli, maka aku letaklah brokoli. brokoli ni aku masak cara kukus je (steam). nak letak lobak merah ke, jagung ke, kacang peas ke ikut pada kegemaran masing-masing. kalau ada ulam-ulam ni lagi sedap. nyumm nyumm !


# mood rajin memasak dah sampai, inilah jadinya. penuh dengan entri masak-masak. kihkih ;)

thanks for reading. ^^

Friday, 13 September 2013

RESEPI : NUTELLA BROWNIES YANG SIMPLE

Assalamualaikum. ;)



nutella brownies yang simple !



pehh, inilah kek yang aku rasa paling senang nak buat. tak payah pening kepala nak cari bahan tau. tiga bahan je tuu. nak buatnya pon tak sampai sepuluh minit, gaul-gaul terus masuk oven. itupon guna mixer. lain lah kalau pakai tangan, memang ambil masa sikit. hahaa





rupa dalaman nutella brownies



memula aku nampak resepi nutella brownie ni dari instagram kokpingjamal. sekali tengok macam senang je nak buatnya. tak lama lepas tuu, nampak pula Cik Epal post nutella brownies ni juga. aihh, memang senang lah agaknya nak buat nutella brownies ni kan. dah alang-alang tu, aku share kan jugak lah ye cara nak buat nutella brownies ni. sharing is caring kan. tapi aku ada adjust sikit resepi ni ikut suka hati aku sebab tak cukup bahan. muehehee :)









BAHAN-BAHAN :
2 BIJI TELUR
200g NUTELLA
9 SUDU BESAR TEPUNG GANDUM


CARA-CARANYA :
1. Pukul telur dan nutella di dalam bekas dengan menggunakan mixer. Pada yang rajin nak guna tangan pon boleh, tak ada masalah. 
2. Bila dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Resepi asal menggunakan tepung serbaguna (all purpose flour). Tetapi disebabkan aku tak ada tepung serbaguna, maka aku ganti dengan tepung gandum.  
3. Sepatutnya, untuk 130g nutella (1/2 cawan nutella) kena guna 5 sudu tepung. Tetapi sebab nutella tu cuma ada 200g sahaja, maka aku kurangkan menjadi 9 sudu sahaja. Bukan apa, takut bila terlebih tepung, kurang manis pula rasanya nanti (ni teori aku semata-mata tau). 
4. Gaulkan tepung dengan adunan nutella dan telur tadi sehingga sebati. Agak-agak dah sebati bolehlah dituang ke dalam acuan. Nak guna loyang boleh, nak guna papercup pon boleh. Aku gunakan papercup kecil tu, bila dah siap dapat dalam 37 biji saja. 
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 180c (bergantung pada oven masing-masing ye). 
6. Nak tau brownies ni dah masak ke belum, gunakan garpu atau lidi dan cucukkan pada brownies tuu. Kalau tak melekat tu dah masak maknanya.






yayy ! nasib baik menjadi. selalunya kalau aku buat apa-apa kek untuk pertama kali mesti kurang menjadi. bantat lah, itulah inilah. dah 2-3 kali buat baru elok. tapi untuk nutella brownies ni, pertama kali buat dah jadi. oh happy happy day !





dah siap tuu, bolehlah dimakan begitu saja. tapi jangan makan panas-panas, melecur pulak mulut tu nanti. dah tak comellss. kalau nak bagi brownies tu cantik-cantik sikit bubuhlah coklat atasnya. kalau ada chocolate rice lebih masa buat kuih raya hari tu pon boleh letak jugak.






bagi aku nutella brownies sedap memang sedap, cuma harga nutella tu lah yang tak boleh tahan sikit. yang botol kecil 200g tu je dalam  rm10 tapi cuma dapat 37 biji. untuk makan sekali sekala bolehlah, kalau selalu tuu memang tak la. kat rumah aku ni mulut-mulut yang ada bukan sikit. sekali ngap nak 7-8 biji. mana cukup. hihii




# kalau gantikan nutella dengan peanut butter atau coklat masakan sedap ke tak ek ? ada yang dah pernah cuba tak. mcm nak cubalah nanti. hihii



Selamat mencuba pada yang nak mencuba nutella brownies yang simple ni !



thanks for reading. ^^

Thursday, 22 August 2013

RESEPI : SIMPLE BANANA PANCAKES

assalamualaikum. ;)


SIMPLE BANANA PANCAKES. ;)



amboiihh. nama nak omputeh sangat kan. alaa, bila translate bahasa bahasa melayu, jadilah lempeng pisang mudah. hihii aku terbaca resepi simple banana pancakes ni dari blog Cassey Ho. Cassey Ho ni merupakan certified fitness instructor tau. nak tau lebih lanjut bolehlah jengah-jengah blog dia. banyak lagi resepi mudah dan ringkas tapi berkhasiat tau ! nak video exercise pon ada.



telur dan pisang yang dah dilenyek



sebenarnya untuk buat simple banana pancakes ni bahan-bahan yang digunakan hanya dua sahaja dan tak menggunakan tepung langsung. flourless gituu. DUA bahan tersebut ialah :


     1 BIJI PISANG (aku guna 2 biji sebab pisang saiz kecil)
     2 BIJI TELUR


see, sangat mudah dan ringkas kan bahan-bahannya ? aku menggunakan pisang lemak manis aka pisang 40 hari sebab pisang tu je yang ada buat masa ni kat rumah. kihkih resepi asal menggunakan 2 biji telur, tapi sebab nak jimat aku guna sebiji telur je. dengan 2 biji pisang dan sebiji telur aku dapat menghasilkan 5 keping pancake saiz kecil. hmm, lebih terperinci dalam saiz tapak tangan kot.



rupa simple banana pancakes aku atas kuali leper. hihi



aku tak ada non-stick pan, maka aku guna kuali leper yang buat bakar daging burger tuu. mulanya aku tak mau guna minyak masak sebab nak eat clean kengkononnya. tapi sebab terpaksa guna kuali leper, maka terpaksalah guna sikit minyak masak. alaa, sikit je tak banyak pon. tak nak bagi melekat je. nak lagi bagus guna olive oil. masak pancake ni tak lama pon. 2 ke 3 minit dah siap.



banana pancakes, strawberry, blueberry.
yummy !


haa, korang pon boleh hidangkan simple banana pancakes ni bersama buah-buahan kesukaan korang. aku pilih strawberry dan bluberry. sebab tu je yang ada dalam peti ais. muahaha nak tambahkan madu pon boleh. lagi berkhasiat kan. by the way, resepi ni ada VIDEO tau. bolehlah tengok kalau kurang faham.  :)



# lets eat clean !


thanks for reading. ^^

Thursday, 15 August 2013

RESEPI : KUIH BUAH MELAKA

assalamualaikum. ;)


KUIH BUAH MELAKA


ada jugak orang panggil kuih onde-onde. kan ? kan ? senang sangat tau nak buat kuih buah melaka ni. senang gila. umpama memetik jari saje. pejam celik pejam celik tak sampai sejam siap dah. hahaa masa bulan puasa hari tuu, adalah tiga ke empat kali kuih buah melaka di jadikan santapan berbuka. see, betapa senangnya nak buat kuih buah melaka ni sampai diulang banyak kali. hihi memandangkan aku seakan rajin banget, maka ku tulisin resepinya ok. *walaupun telah ku tahu ramai yang telah tahu. hihii



kelapa parut yang dah di campur sedikit garam.


ohh, resepi emak aku ni ada campur keledek putih tau. keledek putih tuu nak elak daripada buah melaka tu terlalu lembik dan juga menyedapkan lagi rasa kuih buah melaka tu. tak percaya ? cubalah dulu, baru tahu. kihkih keledek putih ni berbeza tau dengan keledek oren dan keledek ungu. tapi, kalau ada yang nak mencuba keledek oren atau ungu, boleh jugak kot. tapi aku tak pernah cuba lagi. hihii


BAHAN-BAHAN :

KELEDEK PUTIH
TEPUNG PULUT
PEWARNA HIJAU
GARAM
AIR
GULA MELAKA
KELAPA PARUT



CARA-CARANYA:

1. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan. Lenyek keledek sehingga lumat. Buangkan serat pada keledek *kalau ada. biasa keledek putih memang banyak serat.

2. Campurkan secawan tepung pulut ke dalam bekas berisi keledek lenyek tadi. Gaul hingga sebati.

3. Campurkan sedikit air garam, pewarna hijau dan air secukupnya. Kalau nak gunakan daun pandan segar tu pon boleh, cuma rumah aku pokok pandan dah diracun abahku. -_-

4. Apabila sudah sebati *tak terlalu lembik, tak terlalu keras--sedang-sedang saja, bahagikan kepada beberapa adunan kecil. ikutlah nak saiz yang macam mana. janji bentuk bulat. Campurkan lagi tepung pulut jika doh tadi masih lembik.

5. Potong-potongkan gula melaka menjadi ketulan kecil. Sumbatkan gula melaka tadi kedalam doh bulat-bulat kecil tadi.

6. Sediakan air rebusan dan tunggu hingga mendidih.

7. Masukkan bebola buah melaka yang telah siap dibentuk. Tunggu sehingga ia timbul dan boleh di toskan.

8. Segera golek-golekkan buah melaka tadi diatas kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam. Jangan lambat sangat di biarkan selepas ia ditoskan tau nanti buah melaka tu saling melekat. Tu yang payah sikit nanti.

9. Dah golek-golek, bolehlah disusun didalam pinggan dan sedia untuk di NGAP !


sungguh enak dimakan begitu saja.
 yummy !

dulu, masa zaman sekolah kuih buah melaka ni 3 biji cuma 20 sen je. sekarang ni seringgit nak dapat 5 ketul pon payah. sobsob betapa jauh bezanya zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. duit RM100 pon dah macam duit RM10. huhuu


SELAMAT MENCUBA YO !


# bila dah kering idea, inilah makan dia. kihkih

thanks for reading. ^^

Sunday, 4 August 2013

RESEPI : POPIA NESTUM

assalamualaikum. ;)

 popia nestum in progress ! ;)


semenjak aku diperkenalkan dengan popia nestum ni sejak 3 tahun lepas, aku terus jatuh cinta wehh. setiap tahun mesti nak buat. nasib baik senang gila cara nak dibuatnya. tanpa modal yang besar sangat dan di tambah kerajinan sikit, terus siap. entah-entah tak sempat nak buat raya dah habis. kihkih



 campuran nestum + susu tepung + gula


disebabkan aku macam ter-rajin sikit hari ni, moh le aku share kan resepi popia nestum ni yo. mana tahu ada yang berkenan nak buat kan. walaupun pada hakikatnya bersepah dah resepi ni, aku tetap nak share. kihkih

 
BAHAN-BAHAN :

KULIT POPIA
NESTUM
SUSU TEPUNG
GULA


Cara-caranya :

1. Gulungkan kulit popia ikut citarasa sendiri. Disebabkan aku terajin sikit, aku gulungkan macam popia yang biasa tu. Macam kat gambar atas tu. Sehelai kulit popia tu aku bahagi 16. Maka, dapatlah banyak sikit.

2. Gorengkan popia-popia yang dah siap digulung. Goreng dengan berhati-hati ye, jangan sampai hangus.

3. Kisarkan nestum hingga halus (aku guna nestum original). Untuk 1 bungkus popia yang besar, aku guna 2 cawan nestum.

4. Kisarkan gula hingga halus. Gula pula, aku guna secawan sahaja. Kalau suka manis, boleh tambahkan gula lagi.

5. Campurkan nestum dan gula yang dikisar ke dalam bekas besar. Campurkan juga 3/4 cawan susu tepung. Susu tepung apa pon tak kisah. Pada yang sukakan rasa susu tepung lebih, bolehlah letak lebih.

6. Masukkan popia yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

7. Siap ! hehehe



See, senang je kan. popia nestum ni pon dah jadi kegemaran adik-adik aku juga kot. mana tak nya, aku tengok diaorang makan laju semacam je. bagi mengelakkan popia nestum ni habis, aku siap packing dalam plastik tau. kihkih


selamat mencuba pada yang nak mencuba !


thanks for reading. ^^

Monday, 22 July 2013

RESEPI : NUGGET KENTANG

assalamualaikum. ;)


NUGGET KENTANG.


ehh, entri makanan lagi. muahehee maafkan daku kalau sekarang ni asek keluar entri makanan saje. bukan apa diri ini eksaited bebeno nak mencuba resepi itu resepi ini. almaklumlah, dah berganjak ke satu umur yang baru.


saya dah besar. eeh, bukan bukan. saya dah dewasa. kihkih


Nugget kentang ni aku pernah tengok Cik Nana buat dalam entri dia. aku yang tiba-tiba macam ada semangat lebih cubalah dengan sepenuh hati. gigih ha mencari entri cik nana tu. ehemm, cik nana, sila terharu sekarang. hahaa




dari gaya penulisannya, tak lah susah mana pon nak buat NUGGET KENTANG ni. umpama memetik jari saja. memandangkan dalam peti ais tak ada stok daging lembu mahupun daging ayam, jadi aku bedal sajalah guna resepi BEGEDIL. muahaa lantak lah kite buat dia kan.



BAHAN-BAHAN :

KENTANG (5 biji sederhana saiznya)
IKAN BILIS (segenggam)
BAWANG BESAR (2 ulas)
DAUN SUP
LADA PUTIH/LADA SULAH
GARAM (secubit)


UNTUK MENGGORENG :


TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM




CARA-CARANYA:
1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya. Agak-agak dah empuk angkat dan toskan. Jangan terlebih masak pulak ye. Nanti lembik sangat susah nak dibentuk. Kemudian, lenyek-lenyek sampai lumat dan sebati. 
2. Goreng ikan bilis. Kemudian tumbuk hingga hancur. Nak kisar pon boleh. Gunakan pengisar kering. 
3. Goreng bawang yang telah dihiris. cukup sampai ia kekuningan. Tak perlu garing sangat tapi jangan sampai hangus. 
4. Hiriskan daun sup dan kisarkan lada putih. Kalau guna lada sulah tak payah nak kisar-kisar dah. 
5. Kemudian, satukan kentang, bawang merah, ikan bilis, lada putih, daun sup dan secubit garam. Gaul-gaul sehingga sebati. 
6. Bentukkan nudget kentang mengikut bentuk kesukaan korang. Nak bulat ke, petak ke, segitiga ke. Terpulanglah. 
7. Untuk proses menggoreng nudget kentang, panaskan minyak. Golek-golekkan nudget tadi dengan tepung gandum -- celupkan dalam telur -- golekkan dengan nestum -- masuk dalam kuali. 
8. Angkat dan sedia untuk di hidang. 



walaupun nugget kentang ku nampak hangus sikit,
tapi rasa tetap mantop tau !


SELAMAT MENCUBA pada yang nak mencuba. hehee :)


thanks for reding. ^^