Siti Kektus: guru ganti

Cerita MizzTina

Showing posts with label guru ganti. Show all posts
Showing posts with label guru ganti. Show all posts

Wednesday, 11 June 2014

Cara mohon Guru Ganti KGSK (JOHOR)

assalamualaikum. ;)


hari ni, aku nak share sedikit cara mohon guru Ganti KGSK (Kumpulan Guru Ganti Kebangsaan) macam yang aku khabarkan di entri Pengalaman Guru Ganti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana cara mohon guru ganti ?

  • kemudian, fotostat kad pengenalan, surat beranak, salinan ijazah, transkrip, dan segala sijil yang berkaitan. sijil-sijil mestilah disahkan oleh pegawai gred A. Siapa pegawai Gred A ? (Guru besar sekolah, pengetua atau pensyarah). sewaktu aku mohon guru ganti ni, aku minta Ketua Kampung yang sahkan. alhamdulillah lulus. :)

  • dah complete semua tu (salinan pendaftaran yang sudah di print & sijil-sijil yang berkaitan), boleh halah dihantar ke PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). nanti bila ada kekosongan, pegawai PPD akan telefon dan disuruh ke PPD untuk mengambil surat penempatan.


Bayaran guru ganti KGSK ?
  • bayaran diberikan mengikut tempoh hari bekerja sahaja tidak termasuk cuti. maknanya kalau tak kerja, tak de lah gaji. kadar bayaran pula :
Ijazah    : RM100
Diploma : RM70 (tak berapa pasti kadar sebenar)
SPM      : Rm50

  • bila bayaran akan dapat ? 
ini bergantung kepada kecepatan kerani sekolah tersebut. paling cepat dalam tempoh 2 minggu. macam pengalaman aku, masa kali pertama mengajar, dalam tempoh dua minggu dah dapat gaji. kadang-kadang, ada yang hampir 3 minggu baru dapat gaji. tapi, ada juga guru ganti yang dapat gaji selepas tamat mengajar di sekolah tersebut. contoh : jika bertugas selama 3 bulan, selepas 3 bulan baru bayaran di proses & tunggu lagi 2 atau 3 minggu baru bayaran diterima.

  • KWSP/EPF
berkhidmat sebagai guru ganti ni akan ditolak KWSP. maka, siap sedialah buat akaun KWSP ye. waktu aku, boleh pulak tak ingat pula nombor KWSP. nasib baik ada RHB Easy Bank. senang sikit kerja. tak perlu nak ke pejabat KWSP. hehee
di RHB Easy Bank ni, bagi je kad pengenalan pada staf di situ. nanti staf di situ akan tolong cetakkan salinan KWSP melalui satu mesin tu. kalau di Johor, RHB Easy Bank yang aku tahu, di AEON Taman Universiti & Tesco Kulai.



Selamat momohon pada yang berminat ! teheee. :D
 
# jika ada maklumat yang dirasakan tak tepat, mohon tegur. ini berdasarkan pengalaman diri sendiri. :)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 27 May 2014

Pengalaman Guru Ganti KGSK

assalamualaikum. ;)


hi semua ! *lambai-lambai tangan sambil senyum kambing sikit. hihii :D




fuhhh. agak lama aku tak membelek blog kesayangan ni. asal nak mengarang entri je, mesti berakhir dengan menekan butang pangkah. ada je benda yang menghalang *padahal malas lebih. hehee. tak pernah berakhir dengan menekan butang publish. hari ni lah, tetiba ada kekuatan yang extra berganda. mungkin sebab esok dah bermualanya cuti sekolah. :D




dalam kemalasan aku yang berganda-ganda tu, aku sebenarnya bertugas sebagai guru ganti KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) di sebuah sekolah rendah yang tak jauh dari rumah aku. dalam 5 minit dah sampai. hihii aku menggantikan guru yang cuti bersalin. dah 2 kali aku dapat tugasan di sekolah yang sama. alhamdulillah. tempoh sebagai guru ganti ni bergantung kepada berapa lama guru tersebut mengambil cuti.


tempoh pertama hanya sebulan saja [6 April-26 April] & tempoh kedua hampir dua bulan [8 Mei-11 Julai]. mengajar di sekolah rendah di seronok sebenarnya tambah-tambah dengan karenah yang pelbagai, budak-budak kecil lah katakan. walaupun hakikat sebenarnya tugas sebagai seorang guru tu amatlah besar tanggungjawabnya. macam mana nak mohon guru ganti KGSK ni ? next entri aku kongsi serba sedikit yang aku tahu termasuklah bayaran yang diberi & etc.


owl tote bag !
instagram [ kektuss_creation ]


dalam masa tak update blog ni juga, aku sebenarnya ada join 1 instabazaar pada akhir April yang lalu. hehee nak tau serba sedikit meh baca kat SINI. aku share tapak dengan sepupu aku Cik Ain. langkah awal dalam berniagalah katakan. hihii btw, aku ada beberapa item baru nak bubuh kat Kektuss Creation tapi asyik tak berkesempatan saja. busy mengalahkan perdana menter. -_-


# last but not least, tahniah kak tina sebab dah dapat baby boy ! wiwiwii bila lah dapat jumpa si hensem boy tu kan. nak blogwalking dengan jayanya *harap-harap berjayalah. kihkih :D


thanks for reading. ^^