ubat gigi safi. gigi 2x lebih kuat ! aummm. hihii
apakejadahnya aku bercerita tentang ubat gigi ni pulak dah ni. heheee adik-adik lelaki aku ni ada satu pe-el (pe-el : sikap. sebut betul-betul. sebut E tu guna E dalam sebutan 'ekor' bukan 'emak' tau). kalau nak berus gigi, mesti kena guna ubat gigi safi. ONLY. ubat gigi lain : Colgate, Darlie, Fresh & White, etc dorang tak nak. sebab utama : ubat gigi lain rasa pelik dan tak sedap.
setiap bulan aku dan emak mesti akan beli stok barang-barang harian untuk sebulan. beli sekali arung. senang. biasanya pasaraya econsave jadi pilihan sebab harga barang-barangnya lebih murah dari tempat lain. kadang-kadang tuu, stok ubat gigi safi kat econsave tu dah habis. maka, emak belilah ubat gigi Darlie. bila adik-adik lelaki aku tau, sanggup mintak emak RM5 dan pergi beli sendiri kat kedai runcit. -_-
sampai macam tuu sekali dorang ni fanatik dengan ubat gigi safi. hihi aku fleksibel. mana-mana ubat gigi pon boleh. korang semua ada jugak ke pe-el ubat gigi macam adik-adik aku ni. ohh, aku ada 3 orang adik lelaki. tu yang pe-el lebih kurang sama. heuheu :p
# kenapa hari isnin datang dengan cepat. -_-
thanks for reading. ^^












