Siti Kektus: flora fauna

Cerita MizzTina

Showing posts with label flora fauna. Show all posts
Showing posts with label flora fauna. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Bunga Kaktus Punya

assalamualaikum. ;)


Bunga kaktus punya.


ini cerita beberapa hari lepas. waktu aku keluar rumah nak buang sampah. tiba-tiba nampak pokok kaktus depan rumah dah keluar bunga. SUBHANALLAH. cantik sangat. kenapalah sebelom ni aku tak perasan pokok ni dah berbunga. rasa nak petik je, tapi sayanglah pulak.



'eeh cik serangga tumpang bergambar sekali ke ?'



pada mulanya kan, aku ingatkan bunga yang ni belom mekar lagi. kiranya masih dalam proses nak jadi bunga. bila tanya pada emak, rupa-rupanyanya bunga ni dah kuncup semula. bunga kaktus ni kembang mekar waktu pagi je. waktu aku keluar rumah tuu dalam pukul 9 pagi.






pokok kaktus ni dah lebih kurang sedekad umurnya. dari sekecil-kecil saiz sampailah dah sebesar ni. pokok ni lagi tinggi dari aku. tingginya dalam 2 meter kot. setanding lah tuu dengan umurnya kan. kalau panjang umur aku, lagi sedekad dapatlah jumpa pokok kaktus ni lagi. itu pon kalau pokok kaktus ni panjang umurnya jugak. :)






# alhamdulillah. masih diberi peluang menghayati dan menikmati ciptaan-NYA. :)

thanks for reading. :)

Monday, 11 February 2013

Kerepek Nangka

assalamualaikum. ;)


kerepek nangka sedap woo. manis-manis gituu. makan nangka macam tu saje pon dah sedap, apatah lagi bila dibuat kerepek. dah tentu lah sedap juga. ini pandangan daripada seorang yang minat makan buah nangka. hehee :D




first time aku makan kerepek nangka ni bulan januari lepas. sekali makan nak lagi nak lagi. dapat merasa pon sebab makcik bagi kerepek nangka yang direject kat tempat dia kerja. kerepek nangka yang direject tu bukan lah teruk sangat. setakat ada kesan hangus sikit-sikit je pon. bila dimakan masih enak dan tak ada rasa hangit pon. adalah jugak yang rupanya dah hitam sepenuhnya--tahap hangus betul--. tapi bila dimakan, tetap rasa manis !
cuma yang tak bestnya makan kerepek nangka ni, teksturnya agak keras sikit. bagi anak-anak yang giginya masih ampuh dan kuat dah tentu tak ada masalah. tapi, bagi mak-mak yang giginya tak berapa nak kuat dan ampuh memang menjadi masalah. macam mak kesayangan ku. sampai satu tahap tu, mak sampai kisar guna blender nak kasi halus punya pasal. kihkih


bagi yang kurang minat makan benda manis-manis, kerepek nangka ni mungkin akan menjadi terlebih manis untuk dorang. rupa-rupanya buah nangka tu akan dicelup dengan air gula sebelum di goreng untuk dapatkan rasa manis tuuu. tapikan, apesal tekak aku tetap rasa nangka yang asli je ea. hoho walaupun aku minat buah nangka, tapi aku tak gemar sangat makan nangka masak sayur lemak. :D


# hanya mampu berharap makcik nagi kerepek nangka yang direject je lah. nak beli mahal. sekilo RM80. huhuuu



thanks for reading. ^^
picture : credit to google

Wednesday, 30 January 2013

Kakutasu

assalamualaikum. ;)


kakutasu !



kakutasu = kaktus
(dalam bahasa jepun/katakana. cara sebutan 'kakutas'. huruf U disembunyikan.
kalau salah betulkan ea ? hehee)




ini adalah kaktus belaan pertama di bawah jagaan aku. selalunya kaktus2 yang dibeli oleh aku suatu masa dulu atau adik2 aku yang beli, emaklah yang akan menjaganya. emaklah yang akan tukar tanah, tukar pasu, tengok-tengokkan kalau kaktus tu dah nak mati ke, apa ke.


tapi kini aku-lah yang bertangjawab. kehkeh tapi untuk kaktus yang satu ni je lah. kaktus ni hadiah dari member. cenderamata dari cameron katanya. member yang lain pon dapat jugak, tapi tak tahulah siapa punya kaktus lagi yang masih bernyawa.


aku beria membela kaktus ni dengan harapan agar dapatlah ia menambahkan kadar oksigen di bilik aku kat kolej ni. memandangkan sekarang aku sorang je yang tinggal kat kolej ni, dapatlah ia jadi peneman aku jugak. kengkonon sejuklah mata memandang nanti, walaupun floor bilik aku ni sepi. hehe *apa kaitan ? hmm


apa cerita pokok bunga korang ? kaktus ke, pokok bunga kertas ke, bonsai ke, pokok bunga raya, bunga plastik ke kan. hehehee :)




setia hujung nyawa. :)
terpaksa tukar pasu yang besar sikit. sebab pasu lama macam sendat semacam je dah.



# baru terasa penatnya mencari rezeki. praktikal baru dua hari je pon. -_-


thanks for reading. ^^

Monday, 21 January 2013

Berseronok di Zoo Johor

assalamualaikum. ;)


hari yang sama pergi menonton filem Parental Guidance, aku dan kawan-kawan singgah ke Zoo Johor terlebih dahulu. kengkonon nak suprise kan member sorang ni sebab beliau teringin bebeno nak ke zoo. nak tengok sahabat-sahabat lama katanya. tapi tak jadi suprise dah sebab aku ter-kantoikan pulak beberapa hari sebelom tuu. haha sorry guys. :)



facebook zoojohor


bayaran masuk yang di kenakan cuma RM2 sahaja. kiteorang pergi pada hari Selasa maka tak ramai pelawat yang ada. suasana waktu tu tenang gila. serius tenang ! nak melawat pon macam senang hati gituu. mendamaikan ! ceewaahhh.




who am i ?


kebetulan masa lalu kat kandang rusa ni pekerja kat situ tengah bagi makan. lepas tu dia bagi can kat kiteorang bagi makan kat rusa-rusa tu semua. alaa, hulur kacang panjang kat celah pagar tu je. mula-mula tak hingin rusa-rusa tu nak datang. agaknya dah nampak kacang panjang tu macam sedap + dah lapar sangat, barulah masing-masing gelojoh datang ngapp !




niat di hati memang nak pusing-pusing melawat haiwan-haiwan yang lain. tetiba, seorang member ni ketiadaan mood pulak. ekoran konflik dengan boipren tersayang. time beginilah boipren nak cari pasal kan. carilah waktu lain. haiyak. dah sorang tak de mood, macam tak best pulak nak teruskan journey dalam zoo tu kan. tak sampai setengah jam kiteorang keluar dah. terus pergi main bowling kat angsana. tak apa lah, ada masa nanti, kite pergi lagi ye.



woit woit. pehal ni ? nak cari gaduhkah ?
woha !



# sebab hanya setengah jam je dalam tu, maka tak sempat nak ambil gambar haiwan lain. kihkih

thanks for reading. ^^

Friday, 5 October 2012

Haiwan kecil eksotik | Hedgehog

assalamualaikum. ;)


ada sesiapa yang pernah bela haiwan eksotik tak ? apa haiwan peliharaan korang tu ? ular ? iguana ? buaya ? dinasour ? hedgehog ? ataupon ferret ? okeh ferret tak eksotik. tapi bagi aku ye, ferret eksotik. sebab aku tak pernah jumpa. dasar jakun. muahehee





ini ialah hedgehog. namanya Soleha tapi panggil Leha je. feeling-feeling ayu walaupun nampak macam garang. auummm ! auummm ! okeh, tak garang.


hedgehog tu apa ? hedgehog adalah spesis landak mini. hello ! tak nampak ke duri-duri belakang badan ai ni ? penat tau bela duri-duri ni. omel si Leha. seriusly, mula-mula nampak haiwan ni kat facebook member keterujaan agak melampau sebab tak pernah tahu pon sebelum ni. lebih tepat lagi tak pernah nak ambil tahu. wuwuuu. -_-

 



ini pulak Salleh. partner si Leha. Salleh ni spesis hedgehog albino. sebab tu warna Salleh putih. tuannya carikan partner Leha warna putih mungkin sebab nak dapatkan anak hedgehog yang warna warni nanti. konon kacukanlah tuu. Salleh ni pemalu sangat, kalah Leha. tu yang dia sorokkan muka.





nampak tak Leha sembunyi kat mana ? mana tak nampak tu pendek umur. hehee dah hampir sama warna si hedgehog ni dengan batu tu. Leha sorok macam tu konon tak mau orang nampak dia lah tu. porah. teknik ni dah lapuk lah Leha.


 

ini anak Leha & Salleh. kecil je kan ? anak Leha ada 4, tapi dah mati seekor. mak Leha cakap Leha ni kuat tido, tak mau jaga anak dia tu yang mati seekor dah. kesian-kesian. sekali pandang macam ulat bulu pon ada. huuhuuu  mak Leha tu member aku. untunglah kau Ili, muda-muda dah dapat cucu. :D


hedgehog ni member aku punya, bukan aku yang punya tau. kengkonon macam aku yang punya. wakawakawaka. ciss ! gelak pesen ni pon ada ke ?


  
amboi Leha, posing maut ke tu ? :p


all picture : credit tu Ili. :)


# tak sanggup den nak bela hedgehog ni, takut mati. aku ni kan ganas. member aku lembut, tu yang selamat lagi hedgehog dia. :D



thanks for reading. ^^ 

Sunday, 9 September 2012

Burung wak-wak

assalamualaikum. ;)


burung wak wak sedap di masak apa ek ? burung wak wak masak kicap macam ayam masak kicap ala jawa pon ok kan. tak pon burung wak wak dipanggang atau pon dibuat sate barangkali ?


google

seumur hidup aku, aku pernah makan burung wak wak ni sekali je. err, bukan makan jamah je sebenarnya. masa tu aku darjah dua, kawan sekelas ada bawak burung wak wak. di masak style apa, tak ingat pulak. rasanya pon aku dah tak ingat jugak. mungkin rasanya ada macam burung puyuh. hehee


dan, pagi tadi sewaktu menyidai kain baju aku terpandang seekor anak ayam dalam kandang kecik. bila dua tiga kali pandang macam bukan ayam pulak. bila diperati betul-betul, burung wak wak rupanya. aiihhh, siapa pulak lah yang rajin sangat menangkap burung wak wak ni. dah tak ada kerja lain ke hape.


google

rupa-rupanya adik aku yang darjah 6 tu punya kerja ! adoyaii adikku sorang ni. hari selasa ni dah mula peperiksaan UPSR, tapi dia boleh pulak pergi tangkap burung wak wak. mak aku bising pon dia buat dono je. adikku yang nak UPSR emakku pulak yang terlebih risau.


manalah emakku tak risau, dengan selamba badak adikku cakap, alaa mak. kite UPSR dapat 5C pon kira bagus mak. daripada orang yang tak lulus tu. aih, boca boca. -_-


# mak cakap, burung wak wak ni berpenunggu. mitos je ke ?


thanks for reading. ^^

Tuesday, 26 June 2012

Siput oh siput

assalamualaikum. ;)


siput oh siput ! siput siput siput siput...


siput sedut.
(google)

aku suka makan siput sedut. lagi2 siput sedut masak lemak cili api. peh ! sekali slurrpp, nak lagi, nak lagi dan lagi.


tapi, emak ku sama sekali pangkah ini siput sedut. walaupun kami adik-beradik buat gaya paling comel, emak hanya mencebik bibir sambil berkata, 'aih, tak doyanlah mak kau ni'. oleh itu, beliau hanya boleh tolong masakkan saja. proses siang menyiang ? lantak korang adik-beradiklah nak buat macam mana. ;)


siput babi.
(google)

aku suka tengok dari jauh je siput babi. tengok dari dekat pon suka jugak. nampak macam comel. macam je lah. tapi nak pegang2 dan belai2, aih macam tak ada kerja lain pulak kan. haa, jangan tak tau, ada jugak orang buat sate dari siput babi tau. tapi orang negara lain lah.


rasa sate siput babi? adakah lebih sedap daripada sate ayam atau lebih kenyal daripada sate lembu ? hmm. no komen. yang penting sate ayam, terbaik ! hoho :p


ehem ehem. sini ada teka-teki, jawablah kalau berani.


kenapa siput babi jalan perlahan?
jawapan : sebab siput babi tu konpius ia siput atau ia babi. hoho 
*sekadar gurauan okeh.


mee siput.
(google)

seriusly sedaapp gila. naik meroyan dibuatnya kalau nampak. tapi, jangan risau tahap meroyan masih dalam kawalan. kat minimart kolej aku ni ada juga jual mee siput, tapi mahal. sekeping seringgit.


tapi sebab dah suka, terpaksa hulur rm2. temahak (tamak) kan sampai dua. pedulik hape beta. janji perut kenyang, hati senang, lemak pon bertingkat-tingkat. aigoo aigoo.


korang pon suka siput jugak ke ? :p


# jangan buat kerja selambat siput sudahlah ye. tak semua orang suka.
# siapa tak tahu jawapan teki-teki dan nak tau sangat jawapan, meh aku bagi tips. tekan Ctrl A. ;)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 12 June 2012

Burung hantu

assalamualaikum. :)


hello ! my name is James. :D



amboi burung hantu ni, mata kemain hitam dah macam pakai contact lens pulak. kemain segak ! segak2 pon, menakutkan jugak. =_=


ekceli, burung2 hantu ni ada orang bagi kat pakcik. waktu tu, burung hantu ni masih baby2 lagi. pakcik nak bunuh, tapi tak sampai hati. nak dilepaskan pon masih baby lagi. mana entah pergi mak burung hantu ni. akhirnya, pakcik bela je lah. sampaikan satu hari makcik kata, pakcik lagi pentingkan burung hantu dia daripada isteri dia. balik kerja je, benda pertama yang ditanya : burung hantu dia dah makan belom.


untunglah kau james oii!




baby burung hantu ! 


taklah baby sangat sebenarnya. comel gi-la weh bila tengok depan mata kepala sendiri anak burung hantu ni. macam nak picit2je. mengenangkan yang ia makan daging, tak jadi nak picit2. tak pasal2 hilang pulak tangan ni. walaupun baby2 lagi, jangan sangkakan tangan anda tak boleh hilang !




nak bela burung hantu ni bukan mudah. high cost ni. mana tak nya, hari2 nak makan daging ayam je. bagi nasi bukan nak makan. memilih betul ! dah macam manusia dah kau ni. tau nak makan yang sedap2 je. tapi kan, bila burung hantu ni dah mula keluarkan suaranya, aiihhh boleh meremang bulu roma ni. lagi2 waktu malam. seraaammm.


thanks for reading. ^^

Thursday, 10 May 2012

rupa sebenar pokok labu

assalamualaikum. ;)


jangan tak tahu, buah labu sangat sedap dijadikan pengat untuk santapan waktu petang dan juga enak dimasak sayur lemak. bila dibuat kuih bingka labu pon sedapppp !




mesti ada antara korang semua yang dah kenal dengan mendalam rupa pokok labu kan ? maknanya, cik siti yang sorang ni je lah tak pernah tahu gamaknya. selalu beli buah labu kat pasar je, kat rumah memang tak ada tanam. pokok pisang banyak la. bila dah tak tahu tuu, bukan reti nak meng-google cik siti oii. aigoo.


sampailah satu hari tu...


mak masak lemak pucuk labu. first time ni makan lauk tu. selalunya mak masak pucuk ubi masak lemak je. yang hairannya, mana pulak mak dapat pucuk labu ni. dengan gaya manja, tersengih-sengih lah dekat mak sambil bertanya mana beliau dapat pucuk labu ni. tiba-tiba mak menjawab dengan menggunakan high pitchnya


'kau ni duduk zaman apa kak ? pokok labu sebesar alam kat tepi tu kau tak nampak ke ? blaa..blaa..blaa..'


laahh. macam ni je rupa pokok labu.
ingatkan adalah bentuk2 unik dan menarik ke kan.
dasar jakun.
keh keh keh


mungkin akak ni orang neolitik kot mak. hehehe lagipon, akak bukan hari2 kat rumah emakku sayang. manalah akak nak perasan. bila tengok2, bukan banyak na pong. dua pokok je ha. mungkin abah sedang bereksperimentasi dengan pokok2 labu ni kot. :D


dan hasilnya...



sebiji buah labu yang cetoet.


sampai laa ni, ia masih tak mau membesar macam gambar kat atas. abah geram agaknya ia tak mau membesar lagi, apa lagi kasi potong saja lah.


thanks for reading. ^^

Tuesday, 8 May 2012

tombong kelapa

assalamualaikum. ;)


tombong kelapa. maniss sungguh bila dimakan ! tapi jarang sangat dapat merasa.






ada orang panggil kentos. sebut betul2, KENTOS bukan KENTUT. biasanya orang jawalah. tak tahulah kalau orang tak jawa pong ada yang panggil kentos. orang belah utara atau pantai timur aku tahulah pulak panggil apa. pada yang tak tahu, tombong kelapa adalah yang berwarna kuning kekecreaman tu ye. bukan yang kaler putih mahupun yang kaler cokelat. apatah lagi yang berwarna purple ataupun hijau.


mana nak dapat tombong kelapa ? of course lah dalam kelapa sayangku, bukan dalam kepala. tapi janganlah cari dalam kelapa muda, cari sedekad pon memang tak kan jumpa cik kiah oii. tombong kelapa biasanya ada dalam kelapa tua yang dah nak keluar akar sikit2. tapi, ada jugak kelapa yang dah tua tak ada tombong ni. ikut rezeki jugak sebenarnya.


kenapa cerita pasal tombong kelapa ni ? saje je. hehehe hari tu masa nak parut kelapa terjumpa tombong kelapa ni (rajin kan saya tolong mak. hihihi ). baru sedar, dah lama giler tak terjumpa ia. bila dah jumpa, rasa gembira teramat ! haha. haa, ada ke yang teringin nak merasa tombong kelapa ke ? mai datang rumah, aku cari kan khas untuk korang. siap bubuh dalam kotak cantik2 nanti. itupun kalau terjumpa lah. hehehe


ok babai ! 


thanks for reading. ^^

Friday, 2 March 2012

ular oh ! ular

assalamualaikum. ;)


banyak-banyak ular, ular apa yang duduknya dalam mangkuk?

kalau terer, jawab le. haha :p



hari tu, dalam pukul 12 tengah malam, member aku tetiba datang ikut tingkap. terperanjat den tau ! macam tak ada pintu je nak ketuk. rupa-rupanya, kat depan pintu bilik dia ada ular. dia nak pastikan betul ke ular, sebab nampak macam tali kasut. tapi tali kasut mana boleh bergerak dengan sendirinya.


bila aku perati betul2, memang sah ular ! tapi bukan lah ular sawalah. aku syak ular lidi. aku pon ajaklah member lain tengok sekali si ular tu. ye. ye. ye. kitorang masa tu berani tengok je. nak halau? fikir berjuta kali.


tapi, tak sanggup rasanya nak biar ular tu tidur nyenyak kat depan pintu tu pulak. nak tak nak terpaksa lah halau jugak ular tu. dengan berbekalkan sebatang penyapu, skill bermain hoki pon dipraktikkan. pukul sana, pukul sini, akhirnya ular tu berjaya digerakkan. yayy !


tapi yang tak syoknya, ular tu hilang macam tu je. tak tau p mana. semua dok berdoa ular tu tak masuk dalam bilik. malam tu jugak aku tutup tingkap rapat2, aku sumbat bawah pintu dengan surat khabar. seram den !


psst, betul ke kite tak boleh bunuh ular sebab ular ni pendendam? first time aku dengar pasal ni. kawan aku tu lah yang cakap. ok, bye !


thanks for reading. ^^

Wednesday, 11 January 2012

lintah

assalamualaikum. ;)


**pada yang geli, jangan baca. ok?


dalam kehidupan aku, aku cuma geli pada 3 benda je. cacing, cicak dan lintah. kalau setakat tengok dari jarak 5,6 kaki, aku masih mampu. tapi, kalau disuruh pegang, memang tak kan berlaku lah. no ! no !


selalu aku tengok orang buat rawatan lintah kat dalam tb. orang sibuk main lekat2 lintah letak kat muka. satu hari, teringin pulak nak mencuba. mana tau kot2 ada kebaikannya kan. padahal aku geli giler lintah.


google


tahap geli masa tu memang tak dapat di gambarkan. nak tak nak kena jugak kuatkan semangat. eceh, konon lemah semangat, lintah je pon, bukannya dinasour kan. adoi !


bila lintah dah start gigit, tak adalah rasa sakit mana pon. macam semut kecik gigit je. tapi, yang tak menahan, nak lap lendir lintah yang asyik mengalir tu je. makcik tu cakap lendir tu elok. tapi, sebab aku geli ada benda dok mengalir2 ni, aku lap lah. hehe aish. degil betul aku ni.




pada yang terasa nak mencuba lintah ni, p je lah cuba. tak mati pon lah. harganya pon berpatutan. seekor RM8. murah kan? nak beli buat stok lintah goreng pon ok. hehe :p


kalau dulu aku geli sangat dengan lintah, tapi sekarang aku cuma geli je. sangat tu dah hilang dah. hebatkan aku? lalala


sekian.


thanks for reading. ^^

Tuesday, 13 December 2011

Buah samak

assalamualaikum. ;)


buah samak? eh, buah apa tu.


bagi yang pernah dengar, mesti semua tersenyum je depan lappy or pc kan. tapi, bagi yang tak pernah dengar nama 'buah samak', mungkin pernah dengar nama 'buah pisang kaki' atau pon, omputeh selalu panggil 'persimmon'.


*google*

aku ada buat survey kat member2 aku. rata-rata semua tak kenal pon nama buah samak. tapi bila sebut nama pisang kaki atau persimmon, barulah semua beria cakap laju-laju...


'ha. aku tau lah weh. buah yang kaler oren macam tomato tu kan.'


aku tahu nama buah samak ni pon sebab emak lah yang selalu sebut. tak pernah dengar pulak beliau sebut pisang kaki atau persimmon. aku dan mak aku suka sangat makan buah samak ni. rasanya, aku tak reti lah nak explain. yang penting tekak aku kata, SEDAP! haha bagi yang tak pernah rasa lagi, kena rasa sendiri baru tau nikmatnya.


tapi sedap macam mana pon, aku jarang gi-la nak membelinya weh. sebab harganya boleh tahan mahal lah. minggu lepas aku beli sebijik berharga 99 sen dan minggu ni aku pergi lagi dekat pasaraya yang sama. tup tup harganya dah naik jadi RM1.20 pulak.


uish, kemain cepat harganya naik. entah2, minggu depan naik jadi RM1.40 pulak. sampai sudah, tak makan lagi aku buah ni agaknya kalau harga masih naik melambung-lambung. tapi, disebabkan masa tu tekak ni dah mengidam sangat, nak tak nak belilah jugak sebijik dua lagi. huhu

 ni lah rupa buah samak kalau dah dibelah
*google*




so, how? dah tahu kan rupa buah samak? nanti boleh lah cerita kat anak cucu ye. hehehe psst, ada ke nama lain yang aku tak tahu untuk buah ni? tell me. tell me. hehe :)


sekian.


thanks for reading. ^^

Thursday, 27 October 2011

ikan guppy seiras ikan laga~

assalamualaikum. ;)


satu hari tu, mata terus bekaca-kaca ( tak de motif ) sebab nampak ikan guppy dalam balang kaca yang bulat tuh kat rumah member. lawa sangat tau. tanpa berfikir panjang, terus aku bertanya : 


'eh, kenapa ikan guppy ni ada seekor je dalam balang kaca ni? dia makan kawan2 dia ke apa?'


'uit. kau cakap itu ikan guppy? mata dah kero ke apa? itu ikan laga lah.' bidas kawan ku.


'tapi, ia nampak sepesen macam ikan guppy lah.  =_=. 'balasku dengan nada syahdu.

biru : ikan guppy
merah : ikan laga


nampak serupa je kan?


sekian.


p/s : sedang berfikir apa nak tulis untuk 'misteri' yang hanie dah tag.

p/s (ii) : kena balik rumah semula padahal pukul 1 tadi baru je sampai u. mak cakap rumah masuk air paras pinggang. tolong jangan percaya. mak aku sedang bergurau semata. kalau naik pon cuma 2cm mungkin.

p/s (iii) : maaf pada yang tinggal jejak. tak sempat nak singgah lagi. nanti aku singgah ok. ;)


thanks for reading bebeh ( s ). ^^

Thursday, 29 September 2011

cara matikan serangga charlie~

assalamualaikum. ;)


charlie ( kumbang rove ), nama yang tak asing lagi bagi mereka yang duduk bahagian utara. kan? kalau orang belah selatan, maybe jakun sikit. macam aku. yela, bukan pernah ada serangga tu merayap2 kat belakang rumah. kalau kumbang tanduk tu banyak le.


inilah rupa charlie. terima kasih en.google. festime aku dengar pasal charlie ni masa aku first year kot. giler jakun punya jakun punya jakun. dan ini pon festime aku tengok si charlie. selama ni tak pernah nak cari pon. hehehe


dah jumpa si charlie pon tak pernah, mana lah tahu cara nak mematikannya kalau dia datang menyerang. tapi tak pe, google boleh membantu kan?


maka, yang perlu dilakukan untul mematikannya hanyalah :

     *jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.

     *kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.

     *pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.

     *menggunakan penyembur serangga.

     *kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam ( charlie sukakan cahaya ).


bagi yang tak tahu, charlie ni mempunyai toksin sentuhan serangga yang paling berbisa di dunia ( toksin pederin ). bagi yang dah pernah terkena mestilah lagi memahami si charlie ni kan. apa dia suka, apa dia tak suka. kan? kan?


sekian.


p/s : dulu aku ingat kat plkn saja ada nama CHARLIE. -_-'




SUMBER : SINI dan SINI

Tuesday, 14 June 2011

si pepijat yang malang~




assalamualaikum.
hello hello hello, ;)

kepada yang geli, maaf di pinta ye. :)


beberapa hari ni, aku asyik terfikir pasal serangga je la. dah kena badi ke hape, aku tak tahu lah. mungkin aku ada bakat nak jadi zoologi ni. hehehe 

semalam aku dah jumpa riang2 dengan suksesnya. *bangga*. hari ni ni aku nak cari pepijat pulak. pepijat tu kalau banyak2. kalau sekor je, kite panggil pijat udah le. siaplah kau pepijat. hahaha


 


pijat : serangga parasit yang sukar 
di sedari dan memakan darah manusia 
serta haiwan berdarah panas lain.
*sumber : wikipedia

dulu2 cikgu sekolah aku ada cerita. ada seorang kawan dia ni, ada luka besar kat kaki. alah, luka yang sampai nampak daging tu. satu hari, bila dia bangun pagi, dia rasa2 lah kaki dia. dia dok pegang2. tetiba, eh, nape dah tak de luka ni. macam dah baik. waktu tu dia bangun tu  subuh lagi. suasana pon gelap. 

bila dia bukak lampu je, dia tengok kaki dia penuh dengan pepijat. dapat bayangkan tak? cara nak mati kan pepijat tu, senang je. dia p letak minyak atnah kat kaki dia. pedih dia toksah cakap lah. wuu~

kalau aku, dah meraung2 agaknya. aku tanyalah kat mak aku, pepijat tu macam mana. mak aku cakap, rupa dia ala2 kutu kepala tu ha. selalu ada kat bantal n tilam. kalau kena kat badan, boleh gatal2. ish, toksah lah ada lagi binatang tu. selisih aje.

aku google je gambar ni.

kalau dah mak aku cakap macam tu, memang dasyat la kan serangga yang satu ni kan. tak mo lah jumpa kau pepijat. habis darah aku nanti. dah lah darah aku ni pahit.tak pepasal kau tukar jadi vampire nanti. hukhuk~

p/s : nak bagi teka teki ni *kenapa orang tebang pokok kelapa? hihihi ;)

Monday, 13 June 2011

si riang2 aka si kumbang tanduk~

assalamualaikum.
hello hello hello. ;)

hari tu aku jumpa geng2 otai masa sekolah menengah. pheew~ terubat rindu dalam sanubari ni. lama dah tak jumpa depa semua. yela semua pakat2 study jauh2. aku jugak yang nak melekat bawah ketiak mak abah. anak yang baik lah kata kan. -_-'

tengah rancak bersembang topik serangga, tetiba kawan aku cerita pasal riang2. riang-riang? hadoi. binatang apa pulak tu. kenapa aku macam tak de simpan memori pasal serangga ni ha? ni kes semut yang masuk dalam air milo aku dulu2 la ni. cis~

memula aku ingat dia adik beradik kumbang tanduk. ha, spesis kumbang tanduk ni selalu aku jumpa, sebab dorang suka na melepak rumah aku. pastu kerjanya buat bising aje.




aku pon dok google pasal serangga riang2 ni. ni la yg keluar. aku harap, betul lah ni riang2. aku tengok dia ada rupa langau sikit lah. kan? kan? ke aku sorang je yg berperasaan macam tu?





yeah!!

bertambah ceria la aku hari ni. sebab dah tahu apa tu riang2. hahaha kalau tak, sampai sudah aku tak pernah dengar serangga ni. jakun kan? alah, biasala tu. ;)

p/s : nak jawab test dengan tekun sat g walaupun open book test. :p