Siti Kektus: fakta

Cerita MizzTina

Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Jauhilah pintu-pintu syaitan

assalamualaikum. ;)



waktu kecil suka tankap kupu-kupu. ;)
(credit : google)


tahu tak, ada sifat-sifat dalam diri kita yang merupakan pintu bagi syaitan ? Imam Al- Ghazali ada menyatakan, antara pintu-pintu yang syaitan selalu gunakan ialah :


  • Perasaan marah
  • Nafsu syahwat
  • Perasaan tamak dan dengki
  • Kenyang
  • Cinta kepada perhiasan dan harta benda
  • Bergantung kepada manusia
  • Gopoh gapah dan terburu nafsu
  • Cinta kepada wang ringgit
  • Sikap kedekut dan bakhil
  • Fanatik mazhab dan kelompok
  • Berfikir berkenaan dengan zat, sifat dan perbuatan Allah tanpa ilmu
  • Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang Islam



maka, berhati-hati dengan segala pintu syaitan ini. kawal sifat marah tu, jauhi sifat tamak, dengki, kedekut, bakhil dan mudah berburuk sangka. jaga diri, jaga iman ye. :)


# umur makin meningkat, kubur pon makin dekat. 

thanks for reading. ^^

Tuesday, 1 January 2013

Dividen ASB tahun 2012

assalamualaikum. ;)






Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun 2012 berjumlah 8.90 sen seunit ( 7.75 sen dividen seunit + 1.15 sen bonus seunit). jumlah ini meningkat 0.1 sen seunit berbanding tahun lalu dan merupakan jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun. jumlah dividen bagi tahun 2011 (8.80 sen), 2010 (8.75 sen) dan 2009 (8.55 sen) seunit.



semua pemegang unit ASB boleh mengemaskini buku pelaburan ASB mulai 2 Januari 2013 di ibu pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara. vavavavaa. manyak untung tahun 2012. alhamdulillah. rezeki rezeki. jangan sampai boros dan membazir ye pemegang asb semua. :)


# samsung note atau samsung tab ? **eeh, tetiba je kan. muaheheheee :D


credit : ASB | Berita Harian
thanks for reading. ^^

Friday, 28 December 2012

Al-Quran penawar sanubari

assalamualaikum. ;)


al-Quran penawar sanubari.

sungguh indah ciptaanmu Ya Allah. :)


eeh, macam pernah dengar je al-Quran penawar sanubari ni. kalau ada sesiapa yang tiba-tiba teringat kat asyraf muslim, haaaaa maknanya pernah lah tu tengok rancangan al-Quran penawar sanubari kat tv9. rancangan ni disiarkan semasa bulan Ramadhan dan setiap episod hanya bersiaran selama seminit sahaja.






walaupun seminit sahaja, tapi maklumat yang diperoleh, sangat berguna tau. meh aku share sedikit tentang al-Quran penawar sanubari yang dihoskan oleh Asyraf Muslim ni.


Hilangkan kemarahan
Surah Toha ( 20 ), ayat 120-135 


Perasaan was-was
Surah Al-Hijr ( 15 ), ayat 66-99


Runsing/stress
Surah Muhammad ( 47 ), ayat 21-32


Masalah rezeki
Surah Al-Waqiah ( 56 ), keseluruhan surah


Pendinding
Surah Al-Baqarah ( 2 ), ayat 103-123



jadikanlah al-Quran sebagai penawar sanubari hidup.


# moga dapat di amalkan selalu. ;)


thanks for reading. ^^

Saturday, 8 December 2012

Satria Neo R3 kembali

assalamualaikum. ;)


Satria Neo R3 kembali. orang yang gilakan kereta Neo ni, mesti tak sabar agaknya kan. sedangkan kereta neo yang biasa tu pon ada orang sanggup modified nak setanding R3.





sebelum ni sumpah aku tak tahu R3 benda alah ape. aku- cuma orang perempuan yang lagi suka ngadap cerita korea mana lah nak ambil tahu sangat pasal kereta sangat ni. hoho cuma sejak dua menjak ni je baru tersuka sikit.


 
masa baca surat khabar BH, terbaca pasal Satria Neo R3 ni. Satria Neo R3 yang terbaru ni dilengkapi dengan kit badan R3, rim 16 inici R3, tempat duduk separa bucket, balutan kulit, alas lantai R3, sistem audio 2 DIN dan GPS. daripada segi enjin tiada perubahan dilakukan. jika kalau pemilik nak menaik taraf kereta bolehlah dapatkan aksesori R3 secara berasingan.

more info : Satria Neo R3



harga Satria Neo R3 boleh tahan lah jugak. Automatik-RM64k dan Manual-RM61k. vavavaa orang yang berduit dan minat yang mendalam tak kan kisah kot. kot lah. hewhew




yang ini perasan nak pasang body R3. heuheuheuu



thanks for reading. ^^

Wednesday, 24 October 2012

Green Tea

assalamualaikum. ;)


green tea. anyone ?


  



ai ? of cause lah. tapi, kadang-kadang terlupa jugak nak minum green tea. bukan apa, busy sikitlah katakan. sampaikan tak sempat nak jerang air-tunggu teh kembang-tunggu air teh sejuk-minum. poyo je busy. 


rasa green tea ? pahit-pahit sikit sebab tak tambah gula. nak tambah gula ? pon boleh. tapi nanti jadi kurang sihatlah iye. say NO to gula. kalau tak mampu NO, LESS pon dah cukup bagus. 





jemput minum semua. hewhew. 


aku minum green tea cina jenama '888 coffee & tea'. empat hengget lebih je sebungkus dan ada 20 pot bags dalamnya. bagi aku, jimatlah jugak sebab aku kan kadang-kadang terlupa minum. :D


# minum green tea kunun nak kurus. keh keh keh *angan-angan je lah.


thanks for reading. ^^

Thursday, 4 October 2012

Nombor dalam bahasa Jepun



assalamualaikum. ;)


semester lepas aku ada khabar yang aku belajar nihongo (bahasa jepun). kenapa pilih jepun ? sebab berangan nak jadi orang jepun lah. keh keh keh disebabkan tak ada final exam, maka senanglah untuk dapat keputusan A. syukur sangat. lagi pon, nak dapat A kenalah rajin sikit kan, kalau malas, hmmm. tak dapek lah den nak menolong.


dannnnn


untuk semester ni, aku pon ambil nihongo lagi ! i suka ! i suka sangat ! (sambil gaya gedik sikit ). kiranya belajar bahasa jepun dengan mendalam lagi. mana tahu ada rezeki, bolehlah ambil JLPT (Japanese-Language Proficiency Test) level N5. itupon kalau diri ada ke-rajin-an yang lebih lah. hewhew sifat malas tetap ada dalam diriku ini. 


kali ni pon tak ada final exam lagi. yehuuu ! tapi tetap ada test. at least tak lah susah mana. :D kononnya lah tak susah mana. huhuu 


eheemm2. nak belajar tak camne nak sebut nombor 1,2,3 sampai 10 dalam nihongo ? nakk ke takk nakkk ? aku dengar ada orang cakap nakk. good2. hehee pada yang dah tau, buat-buat je lah tak tau. :D


 

ahaa ! dapat tak ? kacang je kan ?


lepas ni, kalau p bersenam, bolehlah tambah bahasa jepun sekali dalam pengiraan tu. okeh ? get ready ! satu dua tiga empat ! one two three four ! siji loro telu papat ! ichi ni san yon ! :D


have fun !


thanks for reading. ^^

Thursday, 9 August 2012

Permohonan Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2012/2013

assalamualaikum. ;)


3.59 am. (waktu mengarang entri)


gigih sungguh aku tak tidur lagi waktu cenggini.
kalah si burung hantu.
ingat nak tidur, tapi dah dekat nak waktu bersahur ni, cancel je lah niat murni tuu.
ni gara-gara nak menyetelkan urusan permohonan biasiswa jabatan perkhidmatan awam (JPA) untuk adik aku.
beliau baru habis matrik.
kalau boleh abah tak mau anak-anak dia ambil PTPTN.
susah nanti.


tadi siang dah try buat kat cc.
kengkonon lagi cepatlah urusan.
tapi, line busy pulak.
mungkin sebab berjuta lemon students yang mohon.
jadi, terpaksa settlekan malam2 buta macam ni.
guna berokband.




ada ke students yang nak mohon biasiswa JPA ?
kalau ada cepat-cepatlah mohon.
boleh ke http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/
nak tengok panduan permohonan boleh ke SINI
tapi tarikh tutup permohonan 12 OGOS 2012 


**update : tarikh tutup permohonan dilanjutkan ke 16 OGOS 2012 dan penghantaran surat sokongan dilanjutkan ke 30 OGOS 2012

keputusan permohonan diumumkan pada 21 SEPTEMBER 2012
siapa dapat result bagus masa matrikulasi atau STPM atau diploma bolehlah mencuba.
yang dapat result bagu masa tahun 1, dan nak mohon untuk tahun ke 2 pon boleh.
cepat cepat cepat.
sempat lagi ni.
cuba je dulu.
ada rezeki insyaallah dapat.


eh2, nak tau tak ?
adik aku dapat satu universiti dengan aku.
okbai !


selamat berpuasa semua. :)


# akhirnya berupdate jugak. tapi gaya, macam kak rina pulak dah. huhuu


thanks for reading.^^

Thursday, 21 June 2012

Bahasa isyarat

assalamualaikum. ;)


bahasa isyarat ?


berapa ramai yang tahu bahasa isyarat ? tahu sikit2 pon jadilah. ada tak? ada tak ? kalau ada, bagus bangat deh.



 ( sumber )



dulu2, aku retilah jugak bahasa isyarat ni, tapi untuk huruf A-Z je lah. terbelajar pon sebab dulu ada senior pelajar rancangan khas kat asrama. waktu aku form 1 dia form 5. kemain eksaited dapat belajar bahasa isyarat ni. lagi2 belajar macam mana nak ekpresikan 'i love u' dalam bahasa isyarat.


tapi, itu dulu. sekarang ?


hampeh, tak ingat dah weh. =_=


entah mengapa, tiba2 diriku terasa ingin belajar semula bahasa isyarat ni. bukanlah belajar beria pon. setakat ambil tahu yang asasnya je pon. hehe ABC dan 123.

sumber )


bukan susah pon nak faham. kan ? sekali tengok pon dah boleh lepas dah. ahaa, untuk siapa2 yang teringin nak dapatkan jejari yang runcing, bolehlah praktiskan bahasa isyarat ni selalu. hikhik


# hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. ;)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 19 June 2012

Laksamana Sunan-Ramlee Awang Murshid

assalamualaikum. :)


Bagaikan puteri, CInta sang ratu, Hijab sang pencinta, Cinta sufi, Sutera bidadari. peminat2 Laksamana Sunan mesti tak ketinggalan punyalah membaca semua novel bersiri Laksamana Sunan ni kan.


jalan ceritaannya sangat best ! tapi, mesti ada juga orang yang tak berapa suka. biasalah, citarasa manusia semua berbeza. ye dak ? jenuh jugaklah nak mengumpulkan semua buku ni. aku mula minat karya beliau tahun 2010. tu pon lepas dah tanya kat member2 tentang kesedapan jalan cerita laksamana sunan ni.


kalau tak, sebelum2 ni, pandang2 macam tu je lah. bila dah minat, hamek kau semua nak di kumpulkannya. ;)





bila dah baca daripada novel yang pertama sampai yang terkini, watak Laksamana Sunan tu memang sangat menjadi idaman kalbu lah. macam lelaki perfect gituu. kalaulah ada calon suami macam tu kan. alangkah seronoknya. hikhik ;)




siri terakhir Laksamana Sunan : SUNAN MUSAFIR !


orang kata dah ada kat pasaran sejak akhir bulan Mei lagi. tapi tak sempat nak terjah lagi lah. lepas minggu stress ni berakhir, dengan sepantas kilat akan ku terjah bookstore2 yang ada ni. aih, tak sabar nak tau endingnya !




antara novel2 lain RamleeAwang Murshid yang dah dimiliki. ada lagi yang tak ada ni. setakat ni, karya beliau memang tak menghampakan. lain daripada yang lain. sejak2 dah meningkat dewasa ni, citarasa pon dah berbeza sikit kot. kehkehkeh.


kamu, kamu, kamu tak minat ke genre macam ni ? ;)


thanks for reading. ^^

Thursday, 6 October 2011

sistem 24 jam~

assalamualaikum. ;)


pukul berapa datok harimau? pukul 17 : 32. aih, ni sistem apa pulak ni cu. apsal datok tak pernah tahu?


ya. ya. ya. bagi yang tak tahu macam datok harimau tu, tak perlu gundah gulana. biasalah tu bukan semua mampu cari maklumat di hujung jari kan. ;)


dalam kehidupan seharian, terdapat dua sistem jam yang di gunakan iaitu sistem 12 jam dan sistem 24 jam. kebiasaannya, manusia memilih untuk menggunakan sistem 12 jam dalam kehidupan sehari-harian berbanding sistem 24 jam bukan.


sistem 12 jam lebih mudah di gunakan kerana hanya a.m atau p.m di letak kan sebagai penentu waktu malam atau siang. lagi pon, sejak kecil lagi, kita dah di didik dengan sistem 12 jam ni. agak sukar untuk menukar kebiasaan itu. sistem 24 jam ini sering di gunakan oleh golongan askar dan astronomi di US dan Canada.


tak salah rasanya jika diri sendiri nak mencuba sistem 24 jam ni. sebenarnya ia melatih kita untuk berfikir dengan pantas dan kreatip ( aku rasa lah ). aku akui, aku lebih gemar menggunakan sistem 24 jam sebab ia lebih mencabar minda.


jam analog sistem 24 jam ini nampak pelik di mata aku. festime ni nampak. hehe. siap guna  nombor roman lagi tu. aku ingat cuma jam digital saja yang guna sistem 24 jam ni. banyak dah company yang keluarkan model yang mempunyai sistem 24 ni antaranya:  Glycine, Vostok, and Fortis.


korang semua suka guna sistem yang mana? kalau nak jadi kreatip, guna sistem 24 jam ok ( teori sendiri ) hehehe.


sekian.


p/s : pukul 1500 nanti, nak p shopping. lalalala :p


thanks for reading. ;)


sumber :

Thursday, 15 September 2011

cuci gigi ( penskaleran ) ~

assalamualaikum. ;)


tett tett. tett tett.


bergegar meja study ku dengan kehadiran mesej di kala jarum jam menginjak ke pukul 11.45 malam. telefon bimbit X3-2 ku yang berkaler hitam itu ku pandang sepi. siapa pulak nak bermesra dengan aku malam2 buta ni. aish.


'esok komfem pergi cuci gigi?' oh si mimi rupanya.

'ok je. jomlah. naik aku je la ea.' balas ku ringkas. mood nak bermesra secara berlebihan kosong.

'beres2.' balasnya.


maka, tepat jam 9 pagi keesokkan harinya selepas terpublishnya entri ini, aku pon memulakan perjalan menuju ke pusat kesihatan bersama dua orang kawanku. almaklumlah, dah ada kemudahan yang di beri, baiklah digunakan sepenuhnya. ye dak? tak perlu lah nak menyusahkan diri ke klinik swasta pula.


tepat jam 9.37 pagi, selesai sudah aktiviti mencuci gigi. peh, masyuk giler wa cakap lu bai. terasa lagi ke-ngiluan-nya sehingga ke detik ini. terngiang2 lagi bunyi nging nging nging mesin itu yang berlaga dengan gigi2 ku. tak pe lah, nak gigi cantik punya pasal kan.


nasib baik lah bayaran yang di kenakan hanya rm4. jika ke klinik swasta boleh mencecah rm50 ke rm60 barangkali. almaklumlah, nama pon student. bukannya berduit sangat pon. setakat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. apa lah yang ada sangat kan.


kerana kegigihan ku menjejakkan kaki ke situ lah, baru ku tahu rupanya pencucian gigi itu di kenali sebagai penskaleran ( scaling ). jakun ke aku? sudah tentu lah. sejak darjah satu sehingga ke tingkatan 5, aku tak pernah dengar misi yang selalu datang ke sekolah cakap, 


'ok, lepas ni awak kena penskaleran tau.'


korang pernah ke?


sekian.


p/s : gigi aku pon nak sambut merdeka esok. ;)




nak tau pasal cuci gigi, boleh tekan SINI dan SINI.

Wednesday, 7 September 2011

mangkuk tingkat | rantang~

assalamualaikum. ;)


tiap kali ramadhan menjelma, amalan ngunjung mesti tak kan di lupakan. sesetengah tempat panggil munjung. biasalah lain mulut, lainlah sebutannya kan. dalam erti kata lain, lebih kurang kita bersedekah lah. memberi orang lain merasa makanan kita.


dulu2, masa zaman hingus masih meleleh lagi, tiap kali nak ngunjung, mak mesti akan bersihkan mangkuk tingkat. orang jawa panggil rantang ( mak yang cakap ). mangkuk tingkat tu buat isi lauk pauk lah. tak kan buat baling2 pulak. kalau ada tiga, tiga2 sekali lah dibersihkan. 

google

nanti, dah hantar kat rumah orang yang di kunjung, mesti tuan rumah akan balas semula ngunjung tu. kira kita pon dapatlah merasa masakan dia. rasa seronok pulak bawak rantang tu. boleh hayun2 tau. tapi, kalau silap sikit, terkeluar pulak lauk pauk. haha


tapi sekarang, teknologi yang bermaharalela membuatkan masyarakat setempat macam dah malas nak guna rantang ni ( ni kat kampung aku lah ). orang2 lagi senang isi lauk pauk dalam plastik ataupon polistrin. lagipon, plastik dan polistrin kan lagi murah dan jimat!


makin lama, mungkin generasi akan datang tak kenal dah mangkuk tingkat/rantang ni benda alah ape. yang dorang mungkin akan ingat cuma mangkuk hayun semata je la. mangkuk hayun, magkuk hayun. aish.


kalau bukan kita ( generasi masa kini ) yang memperkenalkan mangkuk tingkat ni pada generasi2 mendatang, siapa lagi? tak kan nak harapkan burung kakak tua mahu pun zirafah? giler apa.


sekian.


p/s : kesian mangkuk tingkat dah semakin di pinggirkan. ;(