Siti Kektus: hantaran

Cerita MizzTina

Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Thursday, 7 August 2014

Cara Buat Jahitan Mata Lalat

assalamualaikum. ;)


masih dalam mood beraya lagi ke tidak ? hehehe tahun ni punya raya, aku langsung tak ada baju raya. korang camne ? baju begermelapan lip lap lip lap ke ? hehee macam kes aku ni, biasalah bila emaknya tukang jahit, baju-baju pelanggan haruslah diutamakan. lagipon dah biasa dah dan dah faham dah. maka, penyelesaian yang terbaik recycle sajalah baju-baju lama.bukan orang tahu pon kan baju lama ke baju baru. hehee



walaupun baju raya tak siap, ada benda lain yang best bila Ramadhan tiba ni. 'part time menjahit !' hehee dapatlah duit jajan sikit buat isi topup. lagipon, kalau semua benda berkaitan jahit mak yang nak buat memang tak sempat nak siapkan tempahan. maka, superwoman ini pon datang membantu. ececehhh



kerja yang biasa aku buat jahit kelim baju dan jahit mata lalat di leher baju. ada orang tak panggil mata lalat, tapi panggil jahitan karipap *kalau aku tak silap ler. entah kenapa aku terlebih rajin di satu masa yang lalu tuu, aku pon tertangkap gambar cara buat jahitan mata lalat ni. hehee nahh sedikit tutorial kalau ada yang nak cuba buat. aku buat pon tak lah hebat mana. masih dalam proses belajar lagi. hihii




 *Langkah 3 : 
ulang 4 kali kalau nak dapatkan hasil yang cun.
ada orang buat ulang 3 kali je. ada yang buat, ulang 5 kali.
tapi, sebab aku belajar dari emak sendiri, beliau ajar suruh ulang 4 kali. :)



# mood menjahit, datanglah ! ku seru engkau ~~


till then, tata ! :D
thanks for reading. ^^

Monday, 9 June 2014

Hantaran Nikah Tema Purple Pink

assalamualaikum. ;)

 Hantaran nikah tema purple pink | 2014



Alhamdulillah. siap juga hantaran untuk majlis pernikahan sepupu lelaki aku yang seorang ni. ini pon last minit baru nak khabarkan kat aku. mahu tak kelam kabut nak cari barang + idea yang bernas. majlis pernikahannya 30 Mei 2014. phewww~ nasib baik sempat tau. masa majlis pertunangan dia pon, aku juga yang tolong buatkan hantarannya. yang guna Crepe Paper Flower tuu.



hantaran pertunangan | Crepe Paper Flower



 teringin pula nak ada kamera instax.
macam comel je bila tengok hantaran sepupu ni lah hai.



untuk majlis pernikahan ni, hanya 5 dulang hantaran sahaja antaranya buah-buahan, baju kurung, kamera instax, cermin mata, purse dan tepak sireh. ada lagi yang lain tapi tak ingat pulak. hehee cara buat bantal hantaran aku buat serupa macam hantaran pertunangan. cuma tukar warna kain sahaja. tema nya kan purple pink. jadi aku gunakan kain warna soft pink yang tak berapa soft sangat. boleh rujuk | Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan Yang Jimat Kos {DIY}.



bunga hiasan aku main hentam taram ikut suka aku sebenarnya.
janji ada purple dan pink. muehehe



sewaktu dah sampai di rumah pengantin lelaki, ada makcik saudara tegur kenapa tak gosokkan sedikit minyak pada buah-buahan. biar nampak berkilat sedikit. kalau tak, buah-buhan nampak kusam. fuhh, nasib baik lah makcik tu tegur. dapat lagi tips mengilatkan buah-buahan yang baru. aku memang tak tau kena letak minyak. hohoo patotlah macam lain maciam je buah-buahan tuu. :p


# dah ada pengalaman sikit buat hantaran ni, nanti bila tiba majlis sendiri tak lah serabut sangat. harapnya lah. hehee


till then !
thanks for reading. ^^

Monday, 24 February 2014

Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan Yang Jimat Kos {DIY}

assalamualaikum. ;)



Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan Yang Jimat Kos {DIY}



ini kesinambungan entri Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan. untuk bantal hantaran tu aku buat sendiri je. DIY gituu. bantal hantaran ni yang diletakkan atas dulang tinggi. ada orang menggunakan polistrin. ada orang pula tak guna dulang tinggi, tapi guna polistrin sepenuhnya macam dalam TUTORIAL HANTARAN TANPA DULANG TINGGI ini dari blog Me,Him&  Life







aku ni sedaya upaya cuba untuk menjimatkan kos untuk buat hantaran ni walaupun ini hantaran bukan aku yang punya. hehee so google punya google jumpalah satu tutorial Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan yang Jimat kos {DIY} dari blog Cikchelsea&co. bila dikira betul-betul, agak menjimatkan juga (err, tapi tolak kos upah & tenaga lah kot. hehee)tengok barang-barang yang diperlukan pon tak susah mana nak cari.




BARANG-BARANG :

papan kek (12"x12")
span nipis
kain
hot glue gun
soletep kertas
aksesori pilihan (renda/manik/etc)




boleh tengok entri blog Cikchelsea&co untuk tutorial penuh. :)



1. Span nipis tu aku beli 2m. harganya dalam RM10. span tu aku ni potong 14"x14" (sebab papan kek saiz 12"x12"). 2m tu pon banyak lebihnya lagi sebab aku buat 9 hantaran. gamkan bucu span macam dalam gambar pertama. cara ni untuk dapat kesan yang lebih kemas. 
2. Gamkan pula sekeliling papan kek dan lekatkan span. btw, papan kek 12"x12" tu harganya RM1.10 sekeping. waktu gam ni pon kene cermat sebab tengok bucu kat span yang dah aku gam tu, tak macam bucu sangat. hodoh sikit. itu sebab nak cepat punya pasal lah. hehehee 
3. Bila dah siap gamkan span, gamkan pula dengan kain pada papan kek tadi. aku tak ingat lah beli kain jenis apa, yg penting 1m dalam RM3. Beli kat Jakel masa ada sale.
4. Bila kain pon dah siap gam, aku soletepkan belakang papan tu dengan menggunakan soletep kertas. nak bagi nampak kemas. sebab aku buat comot masa mula-mula tu. hehee




9 bantal hantaran. gigih buat satu persatu. hehee
alhamdulillah. :)




tapi kan, bila dah siap semua bantal hantaran ni, tak ada effect kembung lah pula.nak buat lagu mana ni ? tak pe lah. redha je lah. hihii bila dah selesai majlis pertunangan tu, barulah terjumpa tutorial nak bagi effect kembung. caranya, cuma masukkan sedikit kapas/fiber polystertu nak bagi effect gelembung sikit. adooii, kenapalah tak terfikir sebelom ni kan. hmmm. tak pe. tak pe. lain kali kang aku tambah kapas/fiber polyster tuu untuk kasi lagi cunn. hehee



Selamat ber-DIY !!

thanks for reading. ^^

Friday, 21 February 2014

Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan {DIY}

assalamualaikum. ;)



Bunga Kertas Tisu sebagai Hiasan Hantaran Pertunangan
{DIY}



Bulan Disember 2013 yang lepas, sepupu lelaki aku yang sorang ni minta tolong aku siapkan hantaran pertunangan dia. aku yang tangannya separa berseni + kreatif ni cubalah ambil peluang ni untuk tengok kemampuan diri sendiri. walau aku tahu risikonya tu agak tinggi umpama kau lalu dekat tepi gaung. kalau salah langkah sikit, dah boleh tergolek jatuh dalam gaung. dah masuk gaung tu, kalau selamat tak apa lagi, kalau tak selamat ? hhmmmm. {amboi, hyperbola ke apa ni. hihii }



antara barang hantaran untuk pihak perempuan.
bekas cincin love tu bukan aku yang buat. memang sepupu bagi dah siap.




maka, aku mengambil keputusan untuk menggunakan bunga yang diperbuat daripada kertas tisu (crepe paper). aku dah lama perasan ramai orang menggunakan bunga kertas tisu ni sebagai hantaran. cantik-cantik belaka hantarannya bila dah siap. aku menggunakan crepe paper warna pink + peach.




ada beberapa cara untuk buat bunga kertas tisu (crepe paper flowers) ni dan tentunya hasilnya berlainan sikit. aku ikut CARA BUAT CREPE PAPER FLOWERS ni. hasilnya nanti macam dalam gambar tu. je sebenarnya nak bunga bunga kertas tisu ni senang je. yang penting kena sabar sikit. hehee :)





tapi kan yang tak berapa seronok, bila dah siap hantarannya nampak macam kosong pulak. nak tambah apa-apa lagi macam tak sempat. tak apa lah. redha je lah. sobsob lepas ni kang kalau kena buat untuk diri sendiri dah ada pengalaman sikit. boleh jimat apa yang patut. untuk bantal hantaran yang 4 segi tu, aku DIY juga. bila aku rajin sikit nanti aku kongsi di lain entri ye. hehehee




# kalau nak tengok gambar-gambar masa majlis pertunangan tuu, boleh tengok kat entri sepupu kecik aku ni : Ainruslee. :)



thanks for reading. ^^