Siti Kektus: DIY

Cerita MizzTina

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, 16 March 2015

DIY Sleveless Dress

assalamualaikum. ;)

DIY Sleveless Dress


hari tu mak ajak pergi kenduri kawen kawan dia. ape lagi, aku terus tercongok depan gerobok memikir nak pakai baju apa. sejak dah dewasa ni nak jugak lah bergaya serba sedikit. alaaa, sikit je pon kan sementara tengah mood happy ni kan. kalau datang mood malas memang terus sarung baju kurung tak payah gosok. :D




penat memikir nak pakai baju yang mana, aku terus terfikir ada kain yang tak potong lagi. time tu jugak buat keputusan nak jahit Sleveless Dress ni. drastik gila keputusan woi. hehhee pinjam pattern jubah A yang emak dah pernah buat untuk customer, terus tekap atas kain--gunting kain--jahit--siap--yahuuuu ! tak sampai 2 jam aku jahit SLEVELESS DRESS ni. tapi tang leher dengan lengan tu aku jahit hentam keromoh je. hihii nak cepat siap kan.





insyaallah, next month akan ada sleveless dress di CATERDHILIA. meh follow instagram :
CATERDHILIA untuk tau item-item yang available. skirts dengan bantal kekabu still available and promotions also still on until 31/3/2015 only ! 3 skirts for RM100 (including postage) :D

thanks for reading. ^^

Friday, 16 January 2015

Belajar Buat Skirt Kembang | DIY

assalamualaikum. ;)


Belajar Buat Skirt Kembang | DIY



seminggu tak update apa-apa, macam sibuk sangat je kan. hihii alaa bukan apa, baru berkesempatan nak mengarang ni haaa. okey, berbalik pada tajuk, belajar buat skirt kembang yang mudah dan cepat. seriously, pada mulanya rasa macam senang sangat nak buatnya. tapi, bila dah mencuba membuatnya, hmmm, NAMPAK je senang. BUATnya belum tentu senang. hihi




untuk belajar buat skirt kembang ni, hanya perlukan kain (lebar kain tu terpulang lah nak berapa panjang), getah pinggang dan benang sahaja. haaa, mesin jahit tu dah tentu kena ada. 'tak letak zip ke ?'. memandangkan letak zip tu dah makan masa yang lebih sikit, jadi aku tak letak. haha kan dah kata nak skirt yang mudah dan cepat dijahit. cara-caranya pulak, aku terpaksa 'hold' dulu. sebab lupa nak ambil gambar step by step. khusyuk tawaduk sangat masa menjahit. kihkihh insyaallah next time wokeyyyy. 





step yang atas ni je lah yang sempat diambil gambarnya sebab mak tolong betulkan aku jahit getah pinggang tersalah. hehehee see, aku ni masih beginner dalam jahit menjahit ni. berjam-jam aku siapkan bahagian pinggang tu alih-alih mak cakap salah. padahal kalau mak yang jahit, tak sampai setengah jam dah siap. sob sob sob :'(. nasib baik lepas tu mak cakap mak nak tolong betulkan. hihii tak apa, belajar dari kesilapan. 


nanti aku update gambar aku pakai skirt kembang ni ea. itu pon kalau aku tak seganlah ye. hihii kalau segan, hmmmm memang tak adalah gamaknya. :D


# semangat nak jahit skirt lagi walaupun at first dah banyak buat salah. hahaha :D

thanks for reading. ^^

Friday, 9 January 2015

Cara Buat Dompet/Purse Zip Berlining { TUTORIAL }

assalamualaikum. ;)



Cara buat dompet/purse zip berlining
{TUTORIAL}




merujuk pada entri DOMPET/PURSE ZIP BERLINING (entri dah berzaman. hihii ), aku ada cakap nak kongsikan sedikit tutorial untuk cara buat dompet/purse zip berlining ni. so, disini aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba. tutorial ni berdasarkan pemahaman aku. kalau tak berapa jelas, boleh tanya. tak ada masalah. yelaa, setiap orang kan lain-lain pemahamannya. hihii :)





BAHAN-BAHAN :
* 1" = 1 Inchi

KAIN BAHAGIAN LUAR ( 2 helai) : 5" x 4"
KAIN BAHAGIAN DALAM (LINING) (2 helai): 5" x 4"
PENGERAS KAIN-WARNA PUTIH (INTERFACING) (2 helai) : 4.5" x 3.5"
KAIN UNTUK POCKET : 4" x 3"
KAIN UNTUK PEMEGANG : ikut panjang mana korang nak
ZIP : 6" (guna 7" atau 8" pon boleh. sebab nanti akan dipotong)



sediakan semua bahan-bahan diatas terlebih dahulu. kemudian, lekatkan kain pengeras pada kain bahagian luar dengan menggunakan sterika. jangan salah sterika pula, kang ada yang melekat pengeras tu kat sterika bukannya pada kain (rujuk gambar seterusnya). dah selesai di-sterika, ketepikan.



sila perhatikan gambar di atas sebaiknya. 1 bahagian berkilat, 1 bahagian tak berkilat. lekatkan bahagian yang berkilat pada kain bahagian luar.




ambil kain bahagian lining dan cantumkan kain pocket padanya. jahit keliling kain petak tersebut. dah selesai, ketepikan. (lupa nak letak gambar pocket yang dah dijahit. boleh rujuk gambar-gambar dibawah).





masa untuk cantumkan kain bahagian luar, kain lining dan zip dan pastikan susunannya betul. kain bahagian lining dibawah sekali, zip (kepala zip dihadapkan ke atas) dan kain bahagian luar di atas atas sekali. pastikan kain lining dan kain bahagian luar menghadap antara satu sama lain. 




untuk memudahkan proses menjahit bahagian zip, gunakan tapak jahit zip. tapak jahit zip ni ada 1 je kakiknya.



kemudian jahitkan pula bahagian sebelahnya. apabila ditelentangkan kain tersebut, ghopenye macam gambar diatas ini.



kemudian, jahitkan pula pemegang untuk dompet/purse tersebut. nak senang, aku gunakan screwdriver untuk terbalikkan kain tersebut. heheee pastikan pemegang tu dijahit ke-dalam  (macam dalam gambar) bukan ke-luar.



masa untuk cantumkan kesemua fabrik tersebut. jahit sekeliling kain tersebut dan biarkan terbuka di bahagian HUJUNG kain lining. ini adalah untuk men-terbalik-kan dompet tersebut.




untuk menjahit bahagian zip, pastikan gigi zip menghadap bahagian lining. ini untuk mendapatkan kemasan yang lebih sewaktu diterbalikkan. boleh rujuk entri the trouble with zip. pastikan juga, zip dibuka separuh dibahagian tengah.



beginilah rupa bahagian lining yang tidak dijahit untuk memudahkan proses men-terbalik-kan dompet/purse. heheee jangan lupa potongkan lebihan zip pada kiri dan kanan purse.





next step. tarik perlahan-lahan bahagian luar dompet/purse melalui bahagian lining yang tidak berjahit tadi. hasilnya akan seperti gambar diatas.



akhir sekali, jahitkan bahagian yang terbuka tadi.


finally, it's done !


selamat mencuba pada yang nak mencuba !



sumber :



thanks for reading. ^^

Tuesday, 6 January 2015

Bawal Square Chiffon | ProjekJahit & DIY

assalamualaikum. ;)


 Bawal Square Chiffon | DIY


hello 2015 ! hihiii kembali bersiaran setelah sekian lama berhiatus. beberapa hari lepas mood menjahit memuncak dan terhasillah Bawal Square Chiffon ni. amboi, nama nak gah kan. hehee bawal ni aku buat bucu bulat. terlebih rajin macam ni lah rupanya. bolehlah digayakan dengan pelbagai gaya nanti persis selebriti gituuu. :D




kain chiffon ini aku beli di Jakel dan berlerang 60" dengan ukuran 1 meter suku (1/4) sahaja. pada mulanya aku nak buat blouse macam blouse biru sebelum ni. tapi bila nak mulakan je projek buat blouse tetibe rasa macam best je buat tudung bawal. hihii




proses ukur mengukur pon bermula. bawal square chiffon ni aku potong menjadi lerang 50". senang nak adjust cara pemakaian nanti. hujungnya aku potong jadikan bulat sedikit. kalau rasa takut nak potong atas kain, buat atas kertas A4 terlebih dahulu. bila dah dapat bentuk yang di inginkan baru ditekapkan atas kain dan dipotong.




setelah selesai sesi potong-memotong, sesi mencari benang yang sesuai pon bermula. warna benang untuk kain ni agak susah nak cari. warna biru diatas tu je lah yang aku rasakan sesuai dengan kain ni. kenapa 3 benang sebab mesin jahit tepi milik emak aku menggunakan 3 benang saja.




mesin jahit tepi yang ada kat rumah tu kena di-adjust terlebih dahulu untuk dapatkan jahitan kecil tepi tudung. jahitan ni tidak lah se-perfect jahitan kedai. tapi, untuk kegunaan sendiri, dah cukup sempurna dah ni. hihii nak jimat punya pasal kan. tak apa, lepas ni simpan duit sikit-sikit nak beli mesin jahit tepi tudung pulak. aminnn. :)




pada adik-adik, kakak-kakak yang baru nak belajar menjahit, teruskan niat murni mu itu. tak susah menjahit ni pon sebenarnya. lagipon, banyak laman sesawang yang dah sediakan free tutorial. tinggal google saja. kalau takut baju yang dijahit tak jadi, tak apa, cuba jahit lagi sampai jadi. tu semua proses pembelajaran. :D


so, ini cerita untuk permulaan 2015. semoga hari-hari mendatang akan berjalan dengan lancar dan berharap agar aku juga rajin berblogging. kihkih  :D


thanks for reading ! ^^

Thursday, 6 November 2014

Cara Buat Bantal Empat Segi dari Kain/Fabrik | DIY

assalamualaikum. ;)

 Cara Buat Bantal Empat Segi dari Kain/Fabrik | DIY



aku rajin. aku pon menjahit. aku jahit bantal. bantal 4 segi sama. disebabkan aku baik hati, aku tunjuk langkah demi langkah Cara Buat Bantal Empat Segi dari Kain/Fabrik. ok ? :D walaupun orang cakap benda ni kacang je, biarkanlah mereka. aku tetap nak kongsikan juga. kihkihkih kot-kot ada yang tengah berusaha nak siapkan bantal mini untuk majlis pertunangan ke. ehh ? :D



bahan utama : Kain dan fiber/kapas/kekabu.
alatan dan bahan lain : gunting, pembaris, kapur, benang




1. Potong kain mengikut citarasa sendiri. untuk bantal macaroon ni aku buat bentuk empat segi sama 12" x 12". bagi memudahkan proses pemotongan, aku ukur dan tandakan siap-siap ukuran yang diinginkan atas kain. tak guna pola atau pattern.



2. Jahit sekeliling kain tersebut dan tinggalkan sedikit sahaja ruang bagi proses mamasukkan fiber/kapas/kekabu. ruang tu agak-agak je, tak perlu spesifik. dalam 2 atau 3 inci dah memadai.




3. Kemudian, terbalikkan kain yang dah siap dijahit. kemaskan di bahagian bucu bantal tersebut sebelum memasukkan fiber/kapas/kekabu. masukkan sedikit demi sedikit fiber/kapas/kekabu kedalam sarung bantal tadi sehingga mencapai ketebalan yang diinginkan.



4. Setelah selesai proses memasukkan fiber/kapas/kekabu, jahitkan lubang yang terbuka tadi samada nak jahit sembat ataupun jahit mesin. orang tak menyabar macam aku, lagi mudah jahit guna mesin terus. hehhee :D




tak sampai sejam dah siap bantal empat segi comel ni. ada yang nak order ? hewhewhew so, selamat mencuba pada yang teringin nak ber-DIY atau yang baru nak mengasah bakat menjahit !!


# mencari idea untuk mini pelamin. perah otak. perah otak. -_-


thanks for reading. ^^

Saturday, 1 November 2014

Baju Blouse Biru | ProjekJahit

assalamualaikum. ;)

Baju Blouse Biru | ProjekJahit
Novel Raudhah by Ramlee Awang Mushid tu best !



setelah sekian lama tak menjahit, terkial-kial aku memulakan langkah dalam menyiapkan baju blouse biru ni. tak mengapa, kalau nak menyempurnakan 10,000 langkah, aku perlu memulakannya dengan langkah yang pertama terlebih dahulu. *positif sekali gituuu. hehee :D maka, marilah kita mulakan langkah yang pertama.


lighting over. kehkeh :D



Projek jahit baju blouse biru ni dah berbulan-bulan perancangannya. tapi, disebabkan kekangan masa, kesibukan menguruskan urusan masa depan, kerjaya dan etc. perancangan yang dirancang tergendala seketika. kalau tak silap aku, aku dah siap potong dan dah siap jahit tepi blouse biru ni masa bulan Jun. hampir 5 bulan woooo tersadai dalam beg plastik. kihkihh






so, langkah seterusnya adalah menyambung segala bahagian blouse yang ada. kalau buat blouse ni, sikit sahaja bahagian yang digunakan : bahagian badan, bahagian tangan dan leher. bila nak mencantumkannya, tak lah mengambil masa yang lama. sepatutnya begitulah. tapi, disebabkan aku yang 'profesional' sangat ni, nak cantum-cantum je pon ambil masa dalam 5 jam. hehehe tapi siap jahit kelim + butang sekali ok. :D


baju blouse biru ni aku gunakan design yang sama seperti blouse warna maroon dalam entri cara buat pola/pattern blouse yang simple  aku, cuma aku lebihkan sikit panjang baju. tangan pon aku guna design yang sama. aku buat cekak kecil di bahagian hujung lengan. saje je nak design macam tu. nak kilatkan lagi skill menjahit lah katakan. hihii :)


tadaaaaa daa daaaa~



# Next ProjekJahit nak buat outerwear : Cardigan. moga dipermudahkan dan dihindari daripada rasa malas. :)


thanks for reading. ^^

Thursday, 7 August 2014

Cara Buat Jahitan Mata Lalat

assalamualaikum. ;)


masih dalam mood beraya lagi ke tidak ? hehehe tahun ni punya raya, aku langsung tak ada baju raya. korang camne ? baju begermelapan lip lap lip lap ke ? hehee macam kes aku ni, biasalah bila emaknya tukang jahit, baju-baju pelanggan haruslah diutamakan. lagipon dah biasa dah dan dah faham dah. maka, penyelesaian yang terbaik recycle sajalah baju-baju lama.bukan orang tahu pon kan baju lama ke baju baru. hehee



walaupun baju raya tak siap, ada benda lain yang best bila Ramadhan tiba ni. 'part time menjahit !' hehee dapatlah duit jajan sikit buat isi topup. lagipon, kalau semua benda berkaitan jahit mak yang nak buat memang tak sempat nak siapkan tempahan. maka, superwoman ini pon datang membantu. ececehhh



kerja yang biasa aku buat jahit kelim baju dan jahit mata lalat di leher baju. ada orang tak panggil mata lalat, tapi panggil jahitan karipap *kalau aku tak silap ler. entah kenapa aku terlebih rajin di satu masa yang lalu tuu, aku pon tertangkap gambar cara buat jahitan mata lalat ni. hehee nahh sedikit tutorial kalau ada yang nak cuba buat. aku buat pon tak lah hebat mana. masih dalam proses belajar lagi. hihii




 *Langkah 3 : 
ulang 4 kali kalau nak dapatkan hasil yang cun.
ada orang buat ulang 3 kali je. ada yang buat, ulang 5 kali.
tapi, sebab aku belajar dari emak sendiri, beliau ajar suruh ulang 4 kali. :)



# mood menjahit, datanglah ! ku seru engkau ~~


till then, tata ! :D
thanks for reading. ^^

Monday, 9 June 2014

Hantaran Nikah Tema Purple Pink

assalamualaikum. ;)

 Hantaran nikah tema purple pink | 2014



Alhamdulillah. siap juga hantaran untuk majlis pernikahan sepupu lelaki aku yang seorang ni. ini pon last minit baru nak khabarkan kat aku. mahu tak kelam kabut nak cari barang + idea yang bernas. majlis pernikahannya 30 Mei 2014. phewww~ nasib baik sempat tau. masa majlis pertunangan dia pon, aku juga yang tolong buatkan hantarannya. yang guna Crepe Paper Flower tuu.



hantaran pertunangan | Crepe Paper Flower



 teringin pula nak ada kamera instax.
macam comel je bila tengok hantaran sepupu ni lah hai.



untuk majlis pernikahan ni, hanya 5 dulang hantaran sahaja antaranya buah-buahan, baju kurung, kamera instax, cermin mata, purse dan tepak sireh. ada lagi yang lain tapi tak ingat pulak. hehee cara buat bantal hantaran aku buat serupa macam hantaran pertunangan. cuma tukar warna kain sahaja. tema nya kan purple pink. jadi aku gunakan kain warna soft pink yang tak berapa soft sangat. boleh rujuk | Cara Buat Bantal Hantaran Pertunangan Yang Jimat Kos {DIY}.



bunga hiasan aku main hentam taram ikut suka aku sebenarnya.
janji ada purple dan pink. muehehe



sewaktu dah sampai di rumah pengantin lelaki, ada makcik saudara tegur kenapa tak gosokkan sedikit minyak pada buah-buahan. biar nampak berkilat sedikit. kalau tak, buah-buhan nampak kusam. fuhh, nasib baik lah makcik tu tegur. dapat lagi tips mengilatkan buah-buahan yang baru. aku memang tak tau kena letak minyak. hohoo patotlah macam lain maciam je buah-buahan tuu. :p


# dah ada pengalaman sikit buat hantaran ni, nanti bila tiba majlis sendiri tak lah serabut sangat. harapnya lah. hehee


till then !
thanks for reading. ^^

Wednesday, 2 April 2014

Tutorial Pelbagai Jenis Pocket [Kocek]

assalamualaikum. ;)


pertama kali jumpa tutorial pelbagai jenis pocket ni aku rasa kagum sangat. ada bermacam jenis pocket rupanya dalam dunia. hihii. semua pocket aka kocek [orang melayu kata] ni boleh diaplikasi kat beg mahupun baju/seluar tapi ikut kesesuaian juga ye. kreatif kan orang yang merekacipta setiap pocket ni.


Tutorial Pelbagai Jenis Pocket/Kocek
sumber gambar : ikatbag.com



buat masa ni, pocket/kocek yang aku tahu jahit berdasarkan gambar kat atas ni cuma pocket warna biru bercorak empat segi dan pocket berzip macam dalam entri Simple Make Up Bag. itupon masih belum cukup sempurna. ada cacat celanya lagi. entri ni lebih kepada rujukan aku di masa hadapan. aku ni mudah lupa. kang, tetiba nak cari balik tutorial ni tak jumpa walaupun kadang tu dah bookmark. +___+



pada sesiapa yang nak mencuba jahit pelbagai jenis pocket/kocek, boleh rujuk tutorial dari Tutorial Pelbagai Jenis Pocket/Kocek from IKATBAG.COM. ada 26 jenis tutorial semuanya. moga memberi manfaat pada yang nak mencubanya. :)



selamat mencuba !

thanks for reading. ^^

Tuesday, 1 April 2014

Tote Beg yg Simple | White Pink

assalamualaikum. ;)



Stripe tote bag ! white pink gituu.
notforsaleyet. ;)



yayyy ! akhirnya berjaya juga menyiapkan simple stripe tote bag ni walaupun nampak comot pada realitinya. [ada aku kisah. hehee]. asyik tangguh je nak cuba belajar menjahit tote beg ni. padahal kalau fokus betul-betul tak sampai sejam dah siap agaknya. tapi sebab banyak halangan yang melanda, 3 hari juga lah baru siap. over kan ? hahaa







tote beg yang aku jahit ni memang beg yang paling basic lah. tiada pocket, tiada magnet button, tiada zip. sampaikan tapak beg pon tak ada. [dah kena kritik sikit dengan mak sebab tak letak tapak. macam mana nak letak barang kalau tak adda tapak katanya. huhuu] kalau nak dibuat persamaan, beg ni sebijik macam beg plastik. hehee sebab ada 1 bahagian je. stripe tote beg ni percubaan je dulu. aku pon belom testing lagi sejauh mana kekukuhan beg ni dan selama mana ia boleh bertahan. masih banyak nak kena baiki ni tote beg yang simple ni.





bahagian dalam simple tote beg. nak juga warna white+pink.
cuma lain pattern je





nak tahu elok ke tak beg ni, kenalah ada orang yang menggunakannya kan ? hmm, aku rasa aku akan pujuk adik lelaki guna tote beg ni bawak p sekolah. kalau dia tak nak, aku paksa juga. wahahaa pada yang nak belajar cara jahit simple tote beg, boleh lah jenguk-jenguk di TUTORIAL TOTE BAGS/PURSES. cume kena rajin sikit selongkar satu persatu. heheee




# tetiba rasa macam victoria secret punya paper beg pula dah. hehehe :D

thanks for reading. ^^

Monday, 24 March 2014

Simple Sling Bag untuk Samsung Mega

assalamualaikum. ;)


Simple Sling Bag untuk Samsung Mega
approximate : 20.5 cm x 14 cm



akhirnya siap juga simple sling bag ni. order dari mama maszull. tenkiuu so much mama. request nak sling beg untuk handphone samsung mega. ni second attempt sebenarnya sebab beg yang pertama mengecil pulak saiznya. silap kat mana tak tau lah. tuu yang terus bereksperimen buat baby bib. nasib baik sling bag yang ini menjadi. kalau tak, mau air mata darah kang. hehee :D


snap button pada flip 
poket berzip di bahagian hadapan
tali panjang




sebenarnya risiko tinggi juga nak buat beg ni sebab tak pernah buat lagi dan baru nak bereksperimentasi untuk buat pattern sling bag ni. alhamdulillah, menjadi akhirnya. wiwiwii ni pon belom perfecto one. masih kene baiki sikit-sikit. lebih-lebih lagi tang lining tuu. 



# buat masa ni, tak dapat ambil order untuk sling bag ni disebabkan ketiadaan beberapa aksesori sling bag dalam stok. so sorry. kalau aksesori tu dah ada, akan dibagitahu nanti. :)


thanks for reading. ^^