Siti Kektus: beg

Cerita MizzTina

Showing posts with label beg. Show all posts
Showing posts with label beg. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Cara Buat Dompet/Purse Zip Berlining { TUTORIAL }

assalamualaikum. ;)



Cara buat dompet/purse zip berlining
{TUTORIAL}




merujuk pada entri DOMPET/PURSE ZIP BERLINING (entri dah berzaman. hihii ), aku ada cakap nak kongsikan sedikit tutorial untuk cara buat dompet/purse zip berlining ni. so, disini aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba. tutorial ni berdasarkan pemahaman aku. kalau tak berapa jelas, boleh tanya. tak ada masalah. yelaa, setiap orang kan lain-lain pemahamannya. hihii :)





BAHAN-BAHAN :
* 1" = 1 Inchi

KAIN BAHAGIAN LUAR ( 2 helai) : 5" x 4"
KAIN BAHAGIAN DALAM (LINING) (2 helai): 5" x 4"
PENGERAS KAIN-WARNA PUTIH (INTERFACING) (2 helai) : 4.5" x 3.5"
KAIN UNTUK POCKET : 4" x 3"
KAIN UNTUK PEMEGANG : ikut panjang mana korang nak
ZIP : 6" (guna 7" atau 8" pon boleh. sebab nanti akan dipotong)



sediakan semua bahan-bahan diatas terlebih dahulu. kemudian, lekatkan kain pengeras pada kain bahagian luar dengan menggunakan sterika. jangan salah sterika pula, kang ada yang melekat pengeras tu kat sterika bukannya pada kain (rujuk gambar seterusnya). dah selesai di-sterika, ketepikan.



sila perhatikan gambar di atas sebaiknya. 1 bahagian berkilat, 1 bahagian tak berkilat. lekatkan bahagian yang berkilat pada kain bahagian luar.




ambil kain bahagian lining dan cantumkan kain pocket padanya. jahit keliling kain petak tersebut. dah selesai, ketepikan. (lupa nak letak gambar pocket yang dah dijahit. boleh rujuk gambar-gambar dibawah).





masa untuk cantumkan kain bahagian luar, kain lining dan zip dan pastikan susunannya betul. kain bahagian lining dibawah sekali, zip (kepala zip dihadapkan ke atas) dan kain bahagian luar di atas atas sekali. pastikan kain lining dan kain bahagian luar menghadap antara satu sama lain. 




untuk memudahkan proses menjahit bahagian zip, gunakan tapak jahit zip. tapak jahit zip ni ada 1 je kakiknya.



kemudian jahitkan pula bahagian sebelahnya. apabila ditelentangkan kain tersebut, ghopenye macam gambar diatas ini.



kemudian, jahitkan pula pemegang untuk dompet/purse tersebut. nak senang, aku gunakan screwdriver untuk terbalikkan kain tersebut. heheee pastikan pemegang tu dijahit ke-dalam  (macam dalam gambar) bukan ke-luar.



masa untuk cantumkan kesemua fabrik tersebut. jahit sekeliling kain tersebut dan biarkan terbuka di bahagian HUJUNG kain lining. ini adalah untuk men-terbalik-kan dompet tersebut.




untuk menjahit bahagian zip, pastikan gigi zip menghadap bahagian lining. ini untuk mendapatkan kemasan yang lebih sewaktu diterbalikkan. boleh rujuk entri the trouble with zip. pastikan juga, zip dibuka separuh dibahagian tengah.



beginilah rupa bahagian lining yang tidak dijahit untuk memudahkan proses men-terbalik-kan dompet/purse. heheee jangan lupa potongkan lebihan zip pada kiri dan kanan purse.





next step. tarik perlahan-lahan bahagian luar dompet/purse melalui bahagian lining yang tidak berjahit tadi. hasilnya akan seperti gambar diatas.



akhir sekali, jahitkan bahagian yang terbuka tadi.


finally, it's done !


selamat mencuba pada yang nak mencuba !



sumber :



thanks for reading. ^^

Tuesday, 1 April 2014

Tote Beg yg Simple | White Pink

assalamualaikum. ;)



Stripe tote bag ! white pink gituu.
notforsaleyet. ;)



yayyy ! akhirnya berjaya juga menyiapkan simple stripe tote bag ni walaupun nampak comot pada realitinya. [ada aku kisah. hehee]. asyik tangguh je nak cuba belajar menjahit tote beg ni. padahal kalau fokus betul-betul tak sampai sejam dah siap agaknya. tapi sebab banyak halangan yang melanda, 3 hari juga lah baru siap. over kan ? hahaa







tote beg yang aku jahit ni memang beg yang paling basic lah. tiada pocket, tiada magnet button, tiada zip. sampaikan tapak beg pon tak ada. [dah kena kritik sikit dengan mak sebab tak letak tapak. macam mana nak letak barang kalau tak adda tapak katanya. huhuu] kalau nak dibuat persamaan, beg ni sebijik macam beg plastik. hehee sebab ada 1 bahagian je. stripe tote beg ni percubaan je dulu. aku pon belom testing lagi sejauh mana kekukuhan beg ni dan selama mana ia boleh bertahan. masih banyak nak kena baiki ni tote beg yang simple ni.





bahagian dalam simple tote beg. nak juga warna white+pink.
cuma lain pattern je





nak tahu elok ke tak beg ni, kenalah ada orang yang menggunakannya kan ? hmm, aku rasa aku akan pujuk adik lelaki guna tote beg ni bawak p sekolah. kalau dia tak nak, aku paksa juga. wahahaa pada yang nak belajar cara jahit simple tote beg, boleh lah jenguk-jenguk di TUTORIAL TOTE BAGS/PURSES. cume kena rajin sikit selongkar satu persatu. heheee




# tetiba rasa macam victoria secret punya paper beg pula dah. hehehe :D

thanks for reading. ^^

Monday, 24 March 2014

Simple Sling Bag untuk Samsung Mega

assalamualaikum. ;)


Simple Sling Bag untuk Samsung Mega
approximate : 20.5 cm x 14 cm



akhirnya siap juga simple sling bag ni. order dari mama maszull. tenkiuu so much mama. request nak sling beg untuk handphone samsung mega. ni second attempt sebenarnya sebab beg yang pertama mengecil pulak saiznya. silap kat mana tak tau lah. tuu yang terus bereksperimen buat baby bib. nasib baik sling bag yang ini menjadi. kalau tak, mau air mata darah kang. hehee :D


snap button pada flip 
poket berzip di bahagian hadapan
tali panjang




sebenarnya risiko tinggi juga nak buat beg ni sebab tak pernah buat lagi dan baru nak bereksperimentasi untuk buat pattern sling bag ni. alhamdulillah, menjadi akhirnya. wiwiwii ni pon belom perfecto one. masih kene baiki sikit-sikit. lebih-lebih lagi tang lining tuu. 



# buat masa ni, tak dapat ambil order untuk sling bag ni disebabkan ketiadaan beberapa aksesori sling bag dalam stok. so sorry. kalau aksesori tu dah ada, akan dibagitahu nanti. :)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 4 February 2014

DIY Passort Holder Senang dan Mudah

assalamualaikum. ;)



DIY Passort Holder senang dan mudah



misi kali ni ialah menghasilkan passport holder untuk adik aku. dalam passport holder tu ada slot untuk kad dan juga wang kertas. untuk menghasilkan passport holder ni, nak dapatkan saiz yang tepat tu punya lah payah. dah 3 kali percubaan pon masih ada masalah kecil. hehee



tiga kali percubaan dengan tiga hasil yang berbeza.
hehee




percubaan pertama.
lupa nak buat tali untuk butang




percubaan kedua.
dah ada tali untuk butang, tapi bila masuk passport kurang lebar pula.




percubaan ketiga
passport dah cun dah terletak bila disimpan. cuma terlebih panjang pulak.
kena kurangkan ketinggian passport holder ni sikit baru nampak ok.









cara buat passport holder ni aku ada tengok 1 tutorial kat google tapi tak ingat mana linknya. mula-mula ikut jugak step-step yang ditunjukkan. tapi akhirnya aku hentam je cara jahitnya. tu yang hasilnya berbeza setiap kali percubaan. ikut gerak hati sendiri lah katakan. hahaha 
{ padan muka kat diri sendiri } . tak pe, nanti boleh cuba jahit lagi sampai dapat perfect size. weeee :)




# ada yang dah bosan ke aku asyik update pasal jahit-menjahit nit ni ? tak mau bosan-bosan ok. ni kira macam aku punya sewing journey gituu lah. hehee :D 


thanks for reading. ^^

Thursday, 30 January 2014

Simple Pouch with Different Size

assalamualaikum. ;)



Simple Pouch with Different Size
(large, medium, small)




tora datang lagi~ heee (tora sangatlah kan).
kali ni aku cuba pelbagaikan saiz zippered lining purse yang aku belajar jahit beberapa minggu lalu. ada pouch yang saiz besar, pouch saiz sederhana dan pouch saiz kecil molek gituu. 



pouch berlining. pouch ni tak de batting (yang macam span tuu)
tapi ada interfacing. ;)



Large pouch :  8" X 4" (no card slot)
pouch ni boleh dijadikan pencil case. nak gunakan sebagai beg mak up pon boleh.


Medium pouch : 6" X 4" (with 1 card slot)
pouch saiz sederhana ni boleh muatkan atm kad, dan handphone saiz kecil.


Small pouch : 4.5" X 3.5" (with 1 small card slot [really small one])
pouch saiz kecil ni hanya ngam-ngam untuk kad bersaiz atm card tuu, duit kertas (kena lipat) dan duit syiling. nak bubuh pendrive atau kunci pon boleh selagi tak kembung beg tu. hehee










bahagian dalam simple pouch
hanya pouch paling besar tiada card slot kecil didalamnya.



mana 1 idaman kalbu ? :)



# memang ada perancangan untuk jual handmade bags ni. tunggu mental dan fizikal serta skill menjahit beg ni dah betul-betul ready, baru aku teruskan ke next step. Insyaallah. moga dipermudahkan. :)


thanks for reading. ^^

Wednesday, 22 January 2014

DIY : BUAT SENDIRI CASING UNTUK POWER BANK

assalamualaikum. ;)



DIY : BUAT SENDIRI CASING UNTUK POWER BANK



kali ni aku testing skill yang seciput ni buat casing untuk power bank. casing ni untuk powerbank bersaiz 12cm x 8cm x 2cm. ini percubaan kali yang kedua. percubaan yang pertama gagal sebab casing jadi kecil pula. hehee tersalah ukur material. aiseyman. tapi tak pe, bila gagal kali pertama tak bermakna kite akan gagal untuk percubaan seterusnya kan. just keep trying. :)





design untuk powerbank case ni simple je. macam sarung bantal pon ada. sebab kosong tanpa apa-apa pocket. pada mulanya aku nak buat penutup yang ada magnetic button. tapi, yang menjadi masalahnya, magnetic button tu aku tak beli lagi. hehee maka, aku cari alternatif dengan menggunakan tali sebagai penutupnya (macam dalam gambar). tali tu diperbuat daripada kain juga. bukan getah ye.



ada lining didalamnya. tapi tak ada pocket.
memang simple sangat.



casing powerbank ni aku gunakan interfacing yang tebal dan interfacing yang sederhana tebal. nak bagi ia nampak berisi sikit tak lah lembik semacam. nak lagi bagus kene gunakan batting. tapi buat masa ni aku tak jumpa lagi kedai jahit yang jual batting yang macam span tu. kene survey lagi kedai-kedai jahit ni.



mission success !! :)




harap tuannya suka lah dengan casing powerbank simple ni. sebab cara buat casing untuk powerbank ni aku main hentam je. hehee teirngin pulak nak ada powerbank ni sebab macam menyenangkan je kalau pergi travel kan. dah survey juga brand-brang yang ada. rasanya aku lebih tertarik dengan powerbank dari jenama PINENG. tapi, buat masa sekarang aku tak memerlukan powerbank ni lagi. tunggu masanya tiba nanti baru aku beli. hehee


# sementara banyak masa lapang ni, aku memang gigih nak menjahit je lah. kang dah naik kerja nak cari masa free pon payah. 


thanks for reading. ^^

Wednesday, 15 January 2014

DIY : SIMPLE MAKE UP BAG

assalamualaikum. ;)


DIY : Simple Make Up Bag



beg lagi ? hehee alaa, omputeh kan kata, practices make perfect. apa lagi, aku pon praktis lah sampai lebam, sampai muntah pink hijau gituu. ok, kali ni aku cuba menjahit beg mekap yang mudah dan senang. beg make up ni ada lining dalamnya dan mempunyai 2 pocket kecil.


untuk pocket, ia optional. tak nak letak pon boleh. lagi cepat proses menjahit kalau macam tak nak pocket. one side aku buat pocket biasa dan another one side aku buat pocket berzip. bukaan untuk pocket berzip tuu aku terbuat 1.5 cm pula. dah besar gabak rupa zip tuu. sepatutnya, 1 cm dah cukup.



masih mencari solution terbaik untuk dapatkan jahitan yang kemas di hujung zip tuu. kain bahagian luar dan lining aku letak kain pengeras (interfacing). nak kasi beg tu berdiri tegak sikit kan.



lebar tapak untuk beg make up simple dalam 3 cm. tinggi beg ni pula muat untuk isi botol rexona spray yang tinggi tu. untuk cara jahit beg make up yang simple ni boleh rujuk entri SCRAPPY MAKE UP POUCH TUTORIAL dari www.noodle-head.com atau TOILET MAKE UP BAG TUTORIAL dari www.craftastical.com



bahagian dalam simple make up bag.



dalam masa yang sama, kalau nak sorok duit dalam beg make up pon boleh. aku ni kadang-kadang suka sorok duit. nanti bila terlupa dan tiba-tiba terjumpa macam 'eeh, ada duitlah kat sini'. tak ke gembira hati ni. lagi-lagi waktu memang memerlukan duit extra. kekekee :D



thanks for reading. ^^

Saturday, 23 November 2013

CARA BUAT COIN PURSE BENTUK BULAT

assalamualaikum. ;)


semenjak zip beg dompet aku rosak, agak payah untuk aku simpan duit syiling. mana tak nya, bila tonggengkan beg dompet tanpa sengaja, mula lah duit syiling berterabur keluar. -_- kalau sekali je tak pe lah jugak. ni banyak kali pulak tuu. memandangkan mood rajin sudah mari, maka aku pon mulalah menggerakkan jari jemari buat coin purse bentuk bulat ni. hihiii



Cara buat coin purse bentuk bulat dari kain



sebenarnya, cara buat coin purse bentuk bulat ni lebih kurang sama dengan beg bulat untuk untuk earphone sebelum ini. yang membezakannya ialah kedudukan zipnya. zip coin purse ini aku alihkan kedudukannya ke atas sedikit.





material yang diperlukan untuk membuat coin purse bulat ini ialah 2 helai kain berbentuk bulat2 helai pengeras kain, dan zip. aku tambahkan pengeras kain tu untuk bagi purse tu lebih keras sedikit. pengeras ini yang lembut sedikit ye. langkah-langkahnya bleh rujuk gambar-gambar dibawah atau boleh rujuk ENTRI coin purse yang lepas.














step yang terakhir, jahitkan sekeliling coin purse bulat untuk lebih kemas. kalau tak nak jahit sekeliling tuu macam gambar terakhir ini pon tak apa. ikut lah citarasa masing-masing. pada yang terajin nak tambah aksesori comel kiut miut pon tak ada masalah. serlahkan saja kreativiti mu. ^^


SELAMAT MENCUBA !

thanks for reading. ^^