Siti Kektus: dunia hiburan

Cerita MizzTina

Showing posts with label dunia hiburan. Show all posts
Showing posts with label dunia hiburan. Show all posts

Monday, 25 February 2013

Fear factor selebriti Malaysia - Gambit dan Alif terkeluar


assalamualaikum. ;)


Fear factor selebriti Malaysia.




semenjak dah 'berkerjaya' ni, bila tiba hari jumaat je, tepat jam 5.30 petang aku dah berdesup pulang ke kampung halaman. semakin stress aku kalau tak dapat balik hidu bau rumah. hehee yelaa, dengan kerja yang dah semakin banyak tu kan. kenalah merehatkan diri seketika. :)



aktiviti wajib semenjak 2,3 minggu lepas aku bila pulang ke rumah selain menjahit ialah : menonton Fear factor selebriti malaysia pada setiap hari sabtu jam 9.00 malam di Astro 104. 8.55 sharp-- aku dah terpacak depan tv. sebelum-sebelum ni tengok promo macam tak berapa menarik. bila dah sekali tengok, eeh macam bestlah pulak. makanya, bila diri dah rasa seronok terpaksalah menontonnya sampai ke episod final nanti. hehee






episod yang baru ni--23/3/2013--aku suka gila sebab akhirnya Gambit dan Alif terkeluar. dalam program ni memang aku agak kurenglah tengok mereka berdua. sikap Gambit kot yang macam kureng sikit. diri ni asyik cakap cepatlah sikit dorang ni keluar. cepatlah keluar. haha jahat jahat. lagipon, dah 2 kali Gambit dan Alif patut tersingkir tapi ada je yang menyelamatkan dorang. minggu ni dorang tak selamat lagi dah. terkeluar sudah. muehehee



mana-mana epidod yang aku terlepas lagi-lagi episod awal-awal aku tengok di cerita master. banyak wo cerita lain yang boleh download dari situ. hehee cerita cerekarama jangan ganggu aku semalam pon dah ada. haih, tak sabar sudah nak tengok final episod fear factor selebriti malaysia ni.



# berdebar jugak tengok episod kali ni. lagi-lagi aksi yang ke-2. aksi di mana, 2 pasukan berlumba untuk mamandu kereta naik ke atas lori trela dengan mata tertutup. johan dan kaka sampai terbalik kereta. nasiblah dorang tak apa-apa. bahaya jugak. -_-


thanks for reading. ^^

Thursday, 17 January 2013

Review Filem : Parental Guidance

assalamualaikum. ;)


rajin pulak nak review filem Parental Guidance ni. tengok filem ni masa hangout dengan members untuk kali terakhirnya. yela lepas ni semua praktikal dengan tempat yang berasingan. tak jumpa dah depa semua. kalau jumpa pon masa konvo nanti. 10 bulan akan datang. lama lagi tuuu. huhuu


sebab tak tahu nak buat aktiviti apa dah petang tu, semua decide nak tengok filem Parental Guidance. sorang member ni cakap cerita ni lawak gila. nasib baik cakap dia betul. ceritanya seronok sangat berbaloi jugak lah bayar RM13 tu. kalau tak seronok mahu kena cepuk. membazir bayar mahal2. kehkeh





Sinopsis Artie Decker (Billy Crystal) dan isterinya, Diane (Bette Midler), ditinggalkan bersendirian di rumah untuk menjaga cucu-cucunya ( Turner, Barker dan cucu perempuan *tak-ingat-nama ) sementara anaknya pergi bekerja. Cara penjagaan anak yang kuno oleh si datuk tidak sama dengan cara moden yang menggunakan momen pengajaran tanpa hukuman dan secara keseluruhannya, tidak seronok sama sekali. Apabila anak-anak kecil mula hilang kawalan, pasangan nenek dan datuk tersebut menggunakan taktik yang tidak dijangka untuk memenangi hati mereka di samping mengajar mereka menjadi budak yang baik.











my review :

  • filem ni sangat sesuai ditonton bagi mereka yang minat cerita-cerita kekeluargaan
  • mengisahkan pasangan datuk dan nenek yang cuba memenangi hati cucu-cucunya. Artie dan Diane merasakan yang cucu-cucunya tidak begitu rapat dengan mereka dan hanya rapat dengan datuk dan nenek mereka yang lagi satu.
  • macam-macam cara Artie dan Diane untuk pastikan rancangan mereka berjaya.
  • sangat-sangat kelakar tau. dalam panggung tu asyik ketawa sokmo. ketawa pulak berdekah-dekah macam tengok cerita kat bilik pulak dah. hehee
  • budak kecil bernama Barker sangat comel. Barker siap ada kawan imaginasi bernama Carl. Carl tu ialah seekor kanggaru. masa part Carl-si kanggaru tu kena langgar, sangat kelakar. kelakar yang macam mana, kena tengok sendiri. hehee
  • bila part ending tu rasa sedih pulak. sebabnya cucu yang bernama Turner tu gagap dan tak ada confident dalam diri. tapi lepas datuknya bagi motivasi pada Turner, akhirnya dia berjaya cakap di hadapan khalayak ramai dengan confident-nya.
  • semua member yang tengok menitiskan air mata tuu. ye, aku pon. sobsob
  • tak rugi tengok cerita ni sebab semua member cakap, kena download cerita ni nanti. nak tengok berulang kali. hehee
  • rating 9/10.



# yayy ! dah habis belajar. :D

thanks for reading. ^^

Monday, 10 December 2012

Maru maru Mori mori

assalamualaikum. ;)


Maru maru mori mori minna taberu yo !
ada yang dah pernah tahu ? kerlass lah yang dah tahu tuu. nampak sangat haku yang terlambat. hakhak :D





minggu lepas, waktu kelas jepun II, sensei kasi dengar lagu maru maru mori mori ni. ini lagu kanak-kanak untuk sebuah drama jepun. tujuannya, untuk kami-semua tangkap perkataan jepun dalam lagu kanak-kanak ni. tangkap lah guna apa pon janji dapat-tangkap perkataan jepun.



dalam hati cakap, lagu kanak-kanak je pon, mesti senang punyalah. sampai ke sudah, tak dapat tangkap pape pon. hehee dok khusyuk dengar budak dua orang comel tu nyanyi je. seronok gi-la. rasa riang gembira.






anyone yang rasa stress di pagi hari ni boleh la mendengarnya. pada yang tak dapat tengok tuu, hmm hmmm tak dapat den nak menolong. hewhew


**
Lirik : Maru maru mori mori


Maru maru mori mori minna taberuyo
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?


Dabadua dabajaba
Wasuremon sunnayo

Dabadua dabajaba dua
 

Ookiku nattara osora ni koe ga todoku kana?
Itsu ma de demo issho dayo

 
Maru maru mori mori minna taberuyo
Tsuru tsuru teka teka ashitamo hareru kana?

 
Kanashikute naiteita hitori aruku kaerimichi
Konna toki honwaka na
Minna ni aitai naa

 
Maru maru mori mori Omajinai dayo
Tsuru tsuru teka teka Nikkori egao
Ichi ni no san shi de goma shio-san
Takusan dato oishii ne


Maru maru mori puka puka ofuro
Tsuru tsuru pika pika goshi goshi burashi
Minasan gunnai mata ashita
Asagohan wa nan desho ne?


continue at Lirik Maru maru mori mori
*panjang sangat. hehee


# jari dah tak kembang semangkuk lagi lagi. tapi pergelangan tangan pulak yang sakit. menyukarkan sikit aku nak drive, lagi2 waktu pusingkan stereng. sobsob -_-


arigatou gozaimasu. ^^

Tuesday, 11 September 2012

Tetris Battle

assalamualaikum. ;)


sejak dua menjak ni aku ter-ketagih pulak main Tetris battle kat facebook tu. itupon sebab tengok member main macam best je. sekali main dapat mata 40, 50 lines sent. tererrr gilerrr tau !




 

game ni sama macam game sepuluh ringgit waktu kecik2 duluu tu. yang kena susun2 blok tu. blok ke ? hentam taram je. tapi duluu2 mana ada kaler2. tetris battle ni kena compete dengan player lain dalam masa 2 minit.






siapa yang paling banyak sent line dia lah menang ! kalau menang  dapatlah bintang. kalau kalah nanti bintang tu berkurang. bintang ni untuk naikkan rank player. yang terer gilos tu, memang pantas lah naik ranknya. macam aku, kejap naik kejap turun. tak cukup pro lagi ni.







fisrt time tau aku ter-gila minat game kat first. selama ni tak pernah pandang pon. huhuu sekali dah main tetris battle ni, hamek kau tak mau berhenti. ish ish ish.


# korang suka main game apa kat facebook tu ? ;)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 17 July 2012

Drama korea yang best !

assalamualaikum.;)


dulu2 aku kurang minat lah nak tengok abam2 dan aweks2 k-pop dalam drama korea ni. dah lah jambu kemain, kaki kurus melidi. tapi apakan daya, bila kengkawan dok pung pang drama korea ni best. drama korea yang ni pon best. eh, drama korea yang ni pon lah ! hero kemain kachak, heroin pon kemain anggun. apa lagi, terpaksalah jugak menontonnya.


tapi, aku tak lah tengok semua drama korea tuu. aku ni cerewet banyak. nak tengok yang komfem best2 je. meh lah aku share sikit drama korea yang aku rasa best untuk dilayan waktu senggang. err, drama2 ni best ikut citarasa aku tau. kalau tak best di hati korang, im sorry ! :)


MYGIRL


CITY HUNTER


DREAM HIGH season I


PLAYFUL KISS


SECRET GARDEN


ROOFTOP PRINCE


drama rooftop prince, baru je aku khatamkan semalam. sanggup bermaraton dari episod 14 sampai habis sebab tak sabar nak tau endingnya. hikhik sangat best ! asyik2 nak makan omurice je dorang ni. dah lama jugak tak tengok drama korea ni sebenarnya. asyik2 running man, tak running man, layan family outing season 1.


have fun yo !


# ada ke drama korea lain yang best untuk ditontoni ? tell me. tell me. :D
*gambar semua di google. ;)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 19 June 2012

Laksamana Sunan-Ramlee Awang Murshid

assalamualaikum. :)


Bagaikan puteri, CInta sang ratu, Hijab sang pencinta, Cinta sufi, Sutera bidadari. peminat2 Laksamana Sunan mesti tak ketinggalan punyalah membaca semua novel bersiri Laksamana Sunan ni kan.


jalan ceritaannya sangat best ! tapi, mesti ada juga orang yang tak berapa suka. biasalah, citarasa manusia semua berbeza. ye dak ? jenuh jugaklah nak mengumpulkan semua buku ni. aku mula minat karya beliau tahun 2010. tu pon lepas dah tanya kat member2 tentang kesedapan jalan cerita laksamana sunan ni.


kalau tak, sebelum2 ni, pandang2 macam tu je lah. bila dah minat, hamek kau semua nak di kumpulkannya. ;)





bila dah baca daripada novel yang pertama sampai yang terkini, watak Laksamana Sunan tu memang sangat menjadi idaman kalbu lah. macam lelaki perfect gituu. kalaulah ada calon suami macam tu kan. alangkah seronoknya. hikhik ;)




siri terakhir Laksamana Sunan : SUNAN MUSAFIR !


orang kata dah ada kat pasaran sejak akhir bulan Mei lagi. tapi tak sempat nak terjah lagi lah. lepas minggu stress ni berakhir, dengan sepantas kilat akan ku terjah bookstore2 yang ada ni. aih, tak sabar nak tau endingnya !




antara novel2 lain RamleeAwang Murshid yang dah dimiliki. ada lagi yang tak ada ni. setakat ni, karya beliau memang tak menghampakan. lain daripada yang lain. sejak2 dah meningkat dewasa ni, citarasa pon dah berbeza sikit kot. kehkehkeh.


kamu, kamu, kamu tak minat ke genre macam ni ? ;)


thanks for reading. ^^

Saturday, 2 June 2012

Andai ku bercinta lagi

assalamualaikum. ;)

there's only 1 thing 2 do 3 words 4 you. i love you. <3. 




----------------------------------------------------------------------------------------------------------



ANDAI KU BERCINTA LAGI
by MOJO (ost Ameera)

 
kini kau tiada
senafas pun ku perlu mencuba
kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

bersendiri hidup umpama hilang erti
bagaimanakah meneruskan hayat ini

andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
tunjukkan di mana
ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

apabila tiba waktu bersemuka
kau perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
dengan bayangmu di minda

tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
rawan di hati meleraikan semangat ku utuh
bersendiri masa umpama tak beralih
berapa lama lagi harus ku merintih

malam tidak purnama
fajar tidak kejora
aku hilang di dalam gelita kalbu
tanpa dirimu asa ku mati
sumber lirik : lirikkami


alamakkk. terfeeling jiwang pulak daa cik kiah sorang ni. ampunkanlah patik ye. lagi pon, bukan selalu dapat feeling2 macam ni. heeee tapi, ni lagu jiwang ke ? ahh, lantak leerr. janji telinga ku ini suka dengar. dandan jugak lah asyik ulang video ni. tunggu dah muak sampai keluar muntah hijau baru akan stop kut. hehehee :D


feel free to watch the video. :)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 29 November 2011

bila cinta beralih arah~

assalamualaikum. ;)


ada orang bila jumpa cinta pertama, terus setia hingga ke akhirnya. tapi ada juga yang tercari-cari bermacam-macam cinta, tapi satu pon tak lekat hingga ke hari ini. 


its ok dear. tak semua orang ada rezeki yang sama. yang penting kita kena rajin berusaha. kan? ini lah norma-norma kehidupan. tak semua orang perjalanan hidupnya tiada cabaran dan dugaan. chill okeh?

re-use. hehe :p


bila dah setia dengan cinta yang diperolehi, tetiba cinta itu pula berubah arah dalam sekelip mata. how? how? how? pastinya hati ini konfius di buatnya. kepala turut sama runsing memikirkan apa yang sewajarnya di lakukan, bukan?


mahu terus setia bersama cinta lama atau beralih kepada cinta baru? apa yang perlu di lakukan?


okeh. cuba ambil sedikit masa dan ruang. fikirkan sejenak, apakah kebaikan yang cinta dahulu telah berikan, layanannya terhadap diri sendiri dan cuba bandingkan dengan cinta yang baru di temui. mana yang lebih tinggi perkiraannya? semuanya di tangan sendiri.


kini, cintaku pada dunia blog sedikit caca marba di buatnya di sebabkan kehadiran cinta baru. maaf. tiada niat di hati ini ingin menduakan dunia blog, cuma cinta itu kini terbahagi dua kepada running man. hehe mungkin sebab itu juga kediaman maya yang satu ini sedikit terabai.




mulut kata tak nak tengok, tak nak tengok, tak nak tengok. tapi hati ini mendesak-desak agar terus tengok, terus tengok dan terus tengok running man. sedar tak sedar, dah episod 68 aku mengadap. hamek kau. punya lah addicted. hehehe


sorry ye kamu, kamu, kamu semua. dah lama tak bw dengan rakusnya. siapa yang nak rasa cintanya beralih arah, boleh lah cuba tengok running man. :)


sekian. 


thanks for reading. ^^