Siti Kektus: tips/petua

Cerita MizzTina

Showing posts with label tips/petua. Show all posts
Showing posts with label tips/petua. Show all posts

Tuesday, 27 August 2013

Cara kawal nafsu makan

assalamualaikum. ;)


apa cara kawal nafsu makan yang terbaik ? bagi aku macam-macam cara boleh dilakukan. antara hendak dengan tak nak je, macam pepatah kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. biasanya orang nak kawal nafsu makan mungkin sebab nak dapatkan kesihatan yang baik atau mungkin sebab nak kurus. lagi-lagi bila Hari Raya Aidilfitiri da menjelma, lagilah banyak makanan yang menyelerakan dan boleh menggemokkan tubuh badan.



Kevin Zahri ada bagi tips-tips untul kawal nafsu makan. sebenarnya ada 45 tips kawal nafsu makan yang dia bagi. antaranya, makan setiap 3 atau 4 jam, amalkan minum air kosong dan pengambilan karbohidrat kompleks. kalau nak yang full boleh download dari website KEVIN ZAHRI.






ataupon melalui senaman !






aku percaya sangat kalau nak turunkan berat badan, tak boleh bergantung pada pemakanan semata-mata. berat akan tetap turun tapi mungkin badan akan sedikit menggelebeh lah kalau tak disertakan dengan exercise. aku selalu juga baca-baca tips dari Diane Sera. hihii untuk senaman, kalau aku rajin aku akan ikut senaman dalam VIDEO ni. tapi kalau malas aku skipping je. :D






aku suka buah epal hijau kalau buat jus. kalau makan macam tu je kureng sikit sebab masam. hihii tapi mak aku ada cakap kalau nak kurangkan masam epal tu bolehlah rendam dengan air garam sekejap sebelum dimakan.


# dalam proses menurunkan berat badan sebab baju lama tak muat dah ! huaaa. -_-


thanks for reading. ^^

Sunday, 11 August 2013

Cara Buat Beg Bulat Comel (EARPHONE CASE)

assalamualaikum. ;)


CARA BUAT BEG BULAT COMEL (EARPHONE CASE)



hari tu aku rajin semacam. maka aku pon buatlah beg bulat a.k.a earphone case ni. haha bolehlah angkut kemana-mana earphone ni dengan mudah. tak gituu. kihkih alaa, buatnya bukan susah sangat pon. hanya memerlukan kepakaran yang sedikit je. betul tak tipu.


FACEBOOK : USEFUL DIY


bahan-bahan yang diperlukan : KAIN, PENGERAS KAIN, ZIP, BENANG. tu je. bukannya sampai semeter pon kain yang diperlukan. agak-agak je lah. cara-caranya ? haaa, bolehlah tengok gambar kat atas ni. ni kira shortcut lah. untuk lebih pencerahan tentang Cara Buat Beg Bulat Comel (EARPHONE CASE) ni boleh rujuk laman web USEFUL DIY : DIY LOVELY EARPHONE CASING. kat situ gambar besar dan jelas.




aku tiru bulat-bulat dari situ. hihii untuk memudahkan aku menjahit, aku siap garis tau keliling bulatan tu sebab tak nak bagi jahitan bengkang bengkok. satu tips, untuk nampakkan beg tuu nampak lebih cantek bila diterbalikkan, bila dah jahit keliling bulatan tu, gunting sikit kelilingnya tu. macam line-line putih yang aku buat kat atas ni. tapi jangan sampai terguntung jahitan tu pulak.




bentuk bulat tuu, aku gunakan penutup botol je buat tekap. hahaa senang wehh. tak payah banyak fikir. tapi kalau nak guna jangka lukis pon tak ada masalah. ikut kreativiti masing-masing lah. hahaa sebenarnya kan,  sekali ku pandang macam beg bulat ni macam rupa lain je ni. macam itik ada, ayam ada. haha sebab macam ada ekor dengan kepala. kan ? kan ? hahaa ke perasaan aku je ni. aihhh.


# btw, aku menggunakan mesin jahit tau untuk menjahit beg bulat comel (earphone case) ni. kalau jahit tangan, jenuhlah dek non. hihii *padahal nak cari jalan mudah. kihkih*


SELAMAT MENCUBA !

thanks for reading. ^^

Friday, 26 April 2013

Al-Mathurat untuk android

assalamualaikum. ;)


sekarang tiada alasan lagi untuk tak baca al-mathurat. wiwiii sambil nak tunggu enjin kereta panas waktu nak keluar bekerja tuu boleh baca-baca al-mathurat. al-mathurat ni dah boleh di muat turun dalam smartphone. siap boleh dengar bacaan dari Ustaz Don sekali tau. aku tahu aplikasi ni mulanya dari Cala Qisya. :)



nampak sangat aku lambat tahu. sobsob -_-

apa itu al-mathurat ?


al-mathurat merupakan himpunan doa yang di amalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang disusun oleh Imam Hassan Al-Bana--m.mathurat.com







applikasi ni siap sediakan terjemahan dengan fadhilatnya sekali tau. sambil-sambil baca doa tuu, dapatlah kite fahami makna ayat-ayat tersebut. bagi orang macam aku ni, terjemahan ni bagus banget ! al-maklumlah, dulu waktu sekolah darjah khas bahasa arab aku pon cukup-cukup makan je. hihii





nak tahu dengan lebih lanjut, klik http://www.m-mathurat.com.
download dari google play : google play


pada yang dah ada aplikasi ni, tahniah ye. moga boleh diamalkan selalu. pada yang belom lagi tuu, cepat-cepat download tau. :)



# pengguna iphone pon boleh download aplikasi ni di App Store. :)



thanks for reading. ^^

Monday, 8 April 2013

Langkah-langkah mengundi

assalamualaikum. ;)


langkah-langkah untuk mengundi. rakyat Malaysia yang dah pergi mengundi, komfem tak ada masalah. tapi bagi orang yang macam aku --pertama kali mengundi-- macam kekok sikitlah. ye ye aa je kekok kan. hahaa langkah-langkah mengundinya lebih kurang je cara macam nak undi majlis perwakilan mahasiswa universiti. kehkeh ;)



sumber : SPR


nah, aku kasi dekatkan lagi bagaimana langkah-langkah untuk mengundi untuk siapa-siapa yang tak boleh baca tulisan kat atas ni. almaklumlah, tulisan senonet. kalau ada yang dapat baca juga, pehh ! hebakk gila. aku pon tak nampak. hihii



ingat, jangan pakai baju yang melambangkan mana-mana parti ketika mengundi tau. hihii

# makin dekat PRU 13 ni, makin banyak pulak lagu-lagu baru yang keluar kat tv ni. -_-


thanks for reading. ^^

Saturday, 23 February 2013

Jahit baju kurung

assalamualaikum. ;)


jahit baju kurung. sekarang ni kite rasa kite macam dah obses nak jahit baju kurung je. bila  balik rumah hujung minggu, mesti nak siapkan baju kurung yang tak siap-siap tu. hehee alhamdulillah. lama-lama siap jugak akhirnya. walaupun masa nak siapkan tu lamaaaa. tak apa. kata orang, biar lambat asalkan menjadi. kan ? hihi :)



kain warna hitam : baju pertama yang complete
kain bunga oren : baju seterusnya complete



aku sebenarnya baru complete pembelaran menjahit baju kurung dengan sifu aku. siapa lagi kalau bukan emak kesayangan aka tailor swift. tak payah susah payah nak cari sifu kat luar sana. dah ada depan mata baik di gunakan sepenuhnya. kawan aku pernah belajar menjahit baju kurung kena bayar rm150++ (tak ingat jumlah yang tepat). belajar 2 hari kot tapi kena bawa kain sendiri. bersyukur ada emak yang pandai menjahit ni. jimat ! heheee. :)



bertungkus lumus menyiapkan kainnya. masih comot.
tak pe, dah lama-lama kang tak comot lagi lah kan. :)


umur dah mencecah 23 tahun ni lah baru reti menjahit baju kurung dan dapat siapkan sepenuhnya tanpa pemantauan emak 100%. kihkih padahal dah ada niat nak menjahit tu dari lepas SPM. lama tak lama lah baru azam yang satu ni berjaya. haha lagipon, dulu masa tingkatan 3, aku ambil pertanian dalam subjek kemahiran hidup bukan ekonomi rumah tangga (ERT). tuuu yang tak berapa nak reti.



aku beli kain yang murah-murah je untuk belajar menjahit ni. 3 pasang rm50. kalau boleh aku nak cari yang sepasang rm10. mak dah pesan tak payah nak beli kain mahal ke hape sangat. baru nak mula belajar ni guna kain murah-murah sudah. kalau tak menjadi baju kurung tu, tak lah menyesal sangat. manalah tahu bertukar jadi gombal ke akhirnya nanti, tak lah kecewa kan. hehee *gombal : kain lap



akhirnya siap. yayyy ! yaayyy !


asas-asas menjahit macam jahit jelujur, jahit butang baju, jahit hup kain, jahit kelim baju, jahit mata lalat, cara sambung baju tu aku dah belajar awal-awal. kiranya secara berperingkat. 2,3 minggu lepas baru aku belajar menjahit kain. ingatkan susah bebeno nak siapkan sehelai kain ropol tepi tu. tak sampai 3 jam dah siap dah. *3 jam ? pengsan. -_- emak buat tak sampai sejam pon. huhuu 


mula-mula memang rasa susah sebab tak tahu nak buat macam mana, bila dah tahu cara-cara, alaa kacang je jahit baju kurung ni. *angkat-angkat kening*. haha ada sesiapa yang pandai jahit baju kurung juga? jahit langsir ? jahit baju melayu ? jahit baju peplum ? pehhh. hebakk hebakk. tak pe, nanti kite pon reti juga. insyaallah. :)


# next : belajar jahit baju melayu cekak musang. :D


thanks for reading. ^^

Monday, 18 February 2013

Tumit pecah

assalamualaikum. ;)


tumit pecah. tak tahulah sejak bila aku mengalami masalah tumit pecah. lagi-lagi bila selalu berada di tempat yang bermozek atau bersimen. mulalah tumitnya menunjukkan calar balar. barangkali kaki aku ni sensitif sangat sampai kalah dengan mozek. sebelum ni aku hanya perati je tumit kaki emak pecah-pecah. bila pegang, rasa kasar semacam je.



picture : google



siapa yang pernah mengalami tumit pecah ni tau lah calar balar yang macam mana. kebetulan, 
di office tempat aku praktikal kena buka kasut dan tempatnya adalah bermozek. dipendekkan cerita, minggu pertama lagi dah rasa dah tumit aku ni macam dah menunjukkan tanda-tanda nak jadi tumit pecah.


maka, aku kena cari jalan penyelesaian. kalau dekat rumah aku tak de hal, sebab aku kat rumah hujung minggu je. kat pejabat ni dah lah setiap hari dari pagi sampai petang pulak tuu. tak boleh jadi ni. fikir punya fikir, tinggg ! * idea pon datang.



lotion garnier dan vaseline
**dan juga pakai selipar. :)


dulu emak pernah gukan produk khas untuk tumit pecah ni. alaa, yang pernah keluar dalam iklan tv. tapi tak ingat pulak namanya. -_- tapi macam kurang berkesan je. sudahnya, emak buang ke mana dah produk tuu. bagi kaum lelaki ni tak tahu lah pulak depa ni ada tumit pecah ke tak. tak pernah pulak nak belek kaki abah aku. hehehee kalau yang pandai jaga mungkin tak de lah kot. kalau yang tak reti jaga macam aku, mungkin ada. kehkehkeh


# dah hampir sebulan praktikal tetap rasa terumbang-ambing lagi. ggrrr. -_-

thanks for reading. ^^

Tuesday, 22 January 2013

Cara buat purse / dompet dari felt

assalamualaikum. ;)


cara buat purse / dompet dari felt.




comel kan kan kan ? lagi-lagi burung pink mata hitam tu kan. kihkih
siapa berani cakap tak comel, meh ku korek mata tu sikit.




another side.
tak tau nak buat gaya macam mana. sudahnya, bubuh butang 5 biji. 
macam ni lah jadinya. phheeww~



bahagian dalam. gelap semacam sebab bahagian dalam guna kain felt warna hitam.
ini taktik supaya kalau kotor tak nampak. kihkih






sangat senang membuatnya kalau ada daya usaha serta kerajinan yang sangat tinggi. kalau rasa malas banyak sangat, macam aku lah jadinya. bahan-bahan nak buat purse felt ni dah sebulan lebih siap digunting. tapi baru kelmarin dapat menjahitnya. dasar malas tahap dewa. hukhuk




ini contoh purse dari blog paper and string



siapa-siapa bercita-cita nak buat purse felt yang simple ni, bolehlah ikut step-step di BLOG PAPER AND STRING. di blog tu siap diberi contoh pattern purse felt macam dalam gambar atas ni. tinggal print, gunting dan tekap atas kain felt saje. sebab tu mudah. mula-mula aku nak buat gambar aiskrim ni, tapi bila dah cuba tak menjadi pulak. sudahnya, guntinglah ikut sedap rasa. alih-alih jadi burung pink tu. hehee


selamat mencuba !



JOM BACA :





thanks for reading. ^^

Monday, 24 December 2012

Cincin bunga dari fabric | DIY

assalamualaikum. ;)




cincin bunga DIY
*bukan nak bagi penumbuk ye. tak tak. aku kan baik. hiks :)



main hentam taram je buat bunga dari fabric aka perca kain kepunyaan mak. hehee sebab eksaited terlebih nak guna masa malam dinner kat Lotus Desaru Beach Resort minggu lepas.


kacang gila weh buat cincin bunga ni. ambil gunting potong kain bulat-bulat pelbagai saiz. ambil lilin, bakar tepi kain. ambil benang dan jarum, cantumkan dan jahit. ambil butang letak kat tengah untuk kasi lawa * guna manik lagi cantik rasanya. ambil cincin dan jahitkan bunga dengan cincin. siap !


yezza ! tak sampai 30minit dah siap. mungkin sebab terlebih tekun tu yang sekejap je. heuhue kain yang aku guna ni kain chiffon kot sebab lembik semacam je kain ni. maka, kena potong kain bulat-bulat banyak sikit untuk bagi nampak tebal dan kukuh


pernah tengok DIY kat blog kak kina dan cik nana tu yang teringin nak buat. sebab nampak canteekks gituu. hiks ! cubalah kalau berminat. boleh tengok kat blog mereka. senang je weh buatnya. senang sungguh. percayalah. haha


kbai !

thanks for reading. ^^

Saturday, 22 December 2012

Cara buat kotak berpenutup 2 warna dari kertas

assalamualaikum. ;)


kotak berpenutup 2 warna ni lebih kurang bentuknya dengan kotak kertas simple. cuma kotak berpenutup 2 warna ni ada 2 warna lah. tu yang special dan ia nampak lebih menarik ! warna-warni gituu. kan kan. ;)



kotak  berpenutup 2 warna !



kotak kertas simple tu caranya lebih mudah. hanya menggunakan 2 keping kertas segi empat sama sahaja. tapi kotak berpenutup 2 warna ni perlukan 8 keping kertas segi empat sama (4 keping untuk kotak bawah, 4 keping untuk penutupnya).


jom buat ! senang je caranya. semua boleh buat punya. 



















how ? rasa susah ke ? tak apa, memula memanglah macam tu. dah 2,3 kali buat expert lah tu nanti. heheee untuk bahagian bawah kotak, anda boleh kurangkan saiz kertas segi empat tu dalam 0.5cm. dengan tujuan supaya kotak tu boleh dicantumkan dengan penutupnya. kalau sama saiz, macam mana nak muat.



contoh : 
     saiz asal kertas segi empat 20cm x 20cm.
     kurangkan 0.5cm x 0.5 cm. 
     baki saiz kertas 19.5cm x 19cm.







nak guna 4 kertas warna yang berbeza pon boleh. lagi menarik ! terpulang pada kreativiti masing-masing. selamat mencuba. have fun ! ;)



thanks for reading. ^^

Friday, 30 November 2012

Cara Buat Kotak Kertas Yang Simple

assalamualaikum. ;)


disebabkan kepala aku dah senoneng(pening) semacam dok siapkan psm, maka marilah kita belajar cara buat kotak simple ye. kotak ni lagi senang buatnya daripada kotak comel yang hari tu. rasanya, masa sekolah rendah, semua orang tahu buat kotak ni. hihiii





testing guna warna pink dan kuning.
macam kena lah pulak kan ? hihiii :)



Kertas yang digunakan kertas segi empat sama. jommm buat kotak simple ni !
(kualiti gambar macam kureng lah pulok. harap maap ye)

















haaa. mesti ada yang kata senang kan ? buat sambil pejam mata pon boleh kan. hakhal tapi kalau ada yang rasa susah, tak apa. awal-awal biasalah tu. kalau dah cuba buat nanti, mesti rasa senang dah. untuk bahagian bawah kotak, aku cuma kurangkan 0.5cm-1cm. tak pon, pandai-pandailah korang adjust. kalau sama saiz tak ke susah nak bercantum nanti.

 



ukuran :
kotak putih gunakan sebesar kertas A4 bila dah jadi kotak saiznya 7cmx7cm.
kotak pink gunakan separuh kertas A4 bila dah jadi kotak saiznya 5cmx5cm.



bolehlah jadikan tempat letak duit syiling atau brooch. selamat mencuba !



# TUTORIAL KOTAK KERTAS YANG LAIN :




thanks for reading. ^^

Monday, 26 November 2012

Video aerobik yang best !

assalamualaikum. ;)

 
sejak dua menjak ni, diri ni rajin pulak nak ber-aerobik. nak kuruusss lah katakan. berzaman-zaman dah kata nak kurus, nak kurus, nak kurus. membazir air liur je lebih, kurusnya tak jugak. harapkan semangat je yang membara, macam tu jugak rupanya. hihiii 




aku nak share video aerobik kat youtube ni.kalau buat, komfem berpeluh sakan ! rasa tak cukup duit nak pergi kelas aerobik tu semua, tak apa. buat sendiri je kat rumah. download siap-siap video aerobik ni. bukan lama pon aerobik ni 30 minit je. nanti badan jadi sihat, minda pon cerdas ! :)



nama video ni Bootcamp Calorie Burn Workout Video - ExerciseTV. bila buat rutin ni, rasa macam tengah buat latihan pusat masa sekolah menengah dedulu. letih lah jugak. asyik dok terlompat je. tapi, tetap best ! sebab peluh-peluh jahat berjaya dikeluarkan. terbaik !





bila rasa bosan, aku tukar aerobik yang ni pulak. Slim Down Cardio Burn Workout Videos by ExerciseTV. rutin dalam video ni taklah sesusah video kat atas. yang ni lebih ringan. tapi peluh yang terhasil, toksah cakap. serupa je. tu yang best !






bagi yang minat menari-menari sikit, boleh cuba video Cardio Groove n' Burn Workout Videos by ExerciseTV. dalam aerobik ni, banyak kepada gelek-gelek sikit. aku part macam ni, sikit boleh lah. lama-lama sakit pinggang. almaklumlah, badan keras kejung nak gelek-gelek. heheee





selamat mencuba ! tak rugi cuba tau. aerobik ni bukan untuk orang yang nak kurus je. tapi dapat sihatkan badan jugak. :)


thanks for reading. ^^

Thursday, 8 November 2012

Cara Buat Bola 3D

assalamualaikum. ;)


bola 3D ! warna-warni gituu. kengkonon nak tunjukkan keceriaan dan kemeriahan ! unik kan ? kreatif betul orang yang mencipta ni.




cara buat bola 3D ni ? sangat senang tau.


hanya download, print, potong dan cantum ! tak payah guna gam.




3 kertas warna yang berbeza



terjumpa tutorial nak buat bola 3D ni kat rozeltweddingpreparations. tengok macam senang nak buat. nak tahu senang ke tak, memang kena cuba sendiri. cuma bila masuk part nak cantum-cantum tu dah mula gelabah sikit dah. macam payah sikit. tangan tak berseni memang macam ni. sikit-sikit menggelabah. ish ish ish



nak try buat ? boleh download design tu dari blog howaboutorange. kat website ni ada 3 saiz : small, medium, large. setiap bola hanya menggunakan 12 keping je. saiz yang aku download tu small. usatu A4 paper dah cukup. kalau saiz medium 2 keping A4 paper. kalau saiz large 6 keping A4 paper.




new friend. :)



# rasa-rasa ada banyak masa senggang, cubalah buat. besstttt ! :)


thanks for reading. ^^

Wednesday, 5 September 2012

Cara buat kotak comel daripada kertas A4

assalamualaikum. ;)


kabare semua ? harap sihat lah ye.


2 minggu lepas, kawan sekolah menengah dah bernikah. sangat cantik beliau masa tu. berseri-seri muka. semua pengantin bila tiba hari bahagia mesti cantik2 belaka punya lah. mana ada orang tak mau berseri di hari bahagia kan. 




masa majlis nikah kawanku seorang ni, dapatlah goodie bag. dalam tu ada satu kotak comel berisi gula2. sangat kreatif ok sebab dia cuma gunakan A4 paper. aku yang teruja sebab rasa wooww ! macam mana boleh buat kotak comel macam ni, terus kopak kotak tu perlahan-lahan dan cuba buat semula kotak comel tu.




hasilnya boleeehhh lah kan ? siap tambah benang kaler biru konon nak tambah seri kotak. adalah rupa comelnya walau tak seberapa. yelaa, first try buat main agak2 je, asal jadi sudah le. dah rasa menjadi terus berangan nanti kahwin nak buat sikit2 lah kotak comel ni. boleh save bajet. keh keh keh perasan lebih.


then, try godeh2 kat youtube, mana tau ada ke tutorial buat kotak comel ni yang lebih mudah. memang ada tau ! if ada yang nak try, meh tengok video ni. okeh ? nampak mudahlah daripada cara yang aku buat sendiri tuu. hoho



 

kalau internet lembab tak boleh tengok cara buat kotak comel ni dekat youtube, meh belajar daripada diagram ni. buat perlahan-perlahan, mesti jadi punya nanti. harap dapat membantu. :)



sumber : HOBYkita


selamat mencuba !


# TUTORIAL KOTAK KERTAS YANG LAIN :



thanks for reading. ^^

Thursday, 23 August 2012

Skipping boleh kuruskan badan !

assalamualaikum. ;)


selamat hari raya ! maaf zahir batin. walaupun dah hampir seminggu berhari raya, sempat lagi kan nak wish raya. kan kan kan. nak duit raya pelisss. ^^


puasa sudah, berhari raya pon sudah.makanan yang disumbat pon dah pelbagai jenis dan rasa. perut ni pon nampaknya dah menunjukkan belangnya. terkedepan-depan nampak gayanya. eh2, duit raya pon masih dapat meh. awet muda lah katakan. hakhak 


dalam waktu berhari raya ni, nak berlari-larian memang aku terasa malas banyaakkk. maka, alternatif yang paling mudah dan cepat : SKIPPING ! buat dalam rumah pon boleh, jimat masa, jimat kos.


tak percaya ?


kena percaya jugak.


skipping ni kalau buat setakat 10 kali seminggu memanglah tak ada hasilnya. cuba buat tu konsisten setiap hari. hari pertama buatlah 10 kali. esoknya, tambahkan lagi 10. esoknya lagi, tambahkan lagi 10. kalau yang hebat tuu bolehlah buat 200 kali untuk 1 set. nak hasil yang lebih baik, buatlah sampai 5 set (5 set x 200 = 1 000 ).


insyaallah, terbaik boboiboi hasilnya nanti.


tapi, kalau dah berskipping setiap hari, tapi makanan tak jaga, dok melantak itu ini ikut nafsu makan yang membuak-buak tu, pon tak berapa nak menjadi sangatlah. so, nak badan sihat, kena berkorban sikit. sikit je pon, tak banyak mana.


ahaaa, lisdawati pon amalkan skipping ni tau. nak tau lebih lanjut, belilah majalah rapi edisi 1 Ogos 2012.


# adik perempuan aku yang sorang tuu, beria sungguh berskipping. nak selim melim lah katakan. :D

thanks for reading. ^^

Wednesday, 11 July 2012

Kesilapan dalam berdiet untuk kurus

assalamualaikum. ;)


harapan aku nak kurus dari tahun lepas, tak pernahnya nak berjaya. mana tak nya, baru berdiet sikit, nampak mak masak sedap dah tak boleh kawal nafsu. lagi pong tak sampai hati sebenarnya nak tengok makanan yang mak dah beria masak tak di jamah.


ceh alasan ! :D




nak kurus ? salah satu cara adalah berdiet dengan cara yang sihat, bukan main hentam taram saja sebenarnya. dalam waktu berdiet tu, tahukah anda, ada beberapa kesilapan yang dalam kita tak sedar membuatkan diet kite fail.


nak tau apa kesilapannya ? cekidaut.


# skip hidangan 
no no no. jangan skip hidangan. lagi2 sarapan pagi. sarapan pagi tu lah yang membantu memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian tau. kalau tak mau makan banyak, makan sikit pon jadilah. 
# elak nasi 
nasi adalah sumber karbohidarat yang baik. nasi menggemokkan ? memang betul tapi kalau nasi diambil secara berlebihan. toksahlah makan sampai kembung, cukuplah sekadar mengenyangkan. 
# harapkan makanan tambahan
mana2 makanan suplemen atau makanan tambahan tak salah untuk diambil tetapi jangan terlalu bergantung 100%. cuma pastikan diet keseluruhan baik, amalan kehidupan cergas dan gabungkan dengan makanan tambahan sekali, haa barulah berkesan dengan jayanya.


semua ni aku ambil dari kevinzahri.com. ada banyak lagi kesilapan berdiet kat artikel beliau. aku suka sangat baca artikel2 dari situ. lagi2 part success story orang2 yang dah berjaya kuruskan badan. ter motivate lah sikit diri ni. hehe :)


jom kurus dengan sihatnya !


thanks for reading. ^^

Friday, 29 June 2012

cara buat origami double heart (double love)

assalamualaikum. ;)

double LOVE atau double HEART ?

konfius den dibuatnya. tapi, disebabkan dari kecil aku dah di didik bentuk macam ni adalah LOVE, maka double love lah ye. hewhew




banyak manfaatnya bila dah reti buat double love ni. boleh bagi pada yang tersayang, boleh jadikan duit hantaran kahwin, boleh dipakai orang2 kendarat dan boleh simpan buat kenanganmacam mana nak buat ? tengok je lah langkah2 kat bawah ni. dah tengok berulang kali, apa lagi, cubalah. ;)

# kertas warna hijau ni, kertas A4 di bahagi dua. nak guna kertas saiz duit kertas, pon boleh. kertas apa2 pon boleh je. nanti adjust2 lah sikit kalau rasa tak menjadi sangat.










ehem. perasan tak double love warna kuning tu macam lain sikit ? nampak tak ? nampak tak ? kalau tak nampak jugak, korek biji mata tu kang. bentuk love tu macam ada senget2 sikit. okeh, nak jadikan bentuk macam tu, cuma perlu adjust bahagian belakangnya. lipatkan sikit je macam dalam gambar bawah ni. ;)



aku tengok tutorial ni kat youtube. cuma terlebih rajin nak snap gambar satu2. almaklumlah, dah mula cuti duabulanlebih kan. ada banyak masa free lah kunun-kununnya. hewhew

pada yang nak tengok video asal, boleh ke SINI. tapi, video ni bahasa perancis lah. tak payah dengar apa dia cakap pon dah boleh faham macam mana nak buatnya. tiada caj perkhidmatan di kenakan. ;)

selamat mencuba !


# ada juga cara buat origami WING LOVE, ENVELOPE LOVE, BOOKMARK LOVE & DECORATIVE LOVE. :)

thanks for reading. ^^