Siti Kektus: crochet

Cerita MizzTina

Showing posts with label crochet. Show all posts
Showing posts with label crochet. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Cara buat pom-pom ball dari benang kait

assalamualaikum. ;)


 Cara buat pom-pom ball dari benang kait



Hari ni, tak nak celoteh panjang, cuma nak share sikit cara buat pom pom ball dari benang kait. hehee walaupun mungkin ada yang dah gheti kan, aku tak kira aku nak share juga. moga-moga boleh lah jadikan panduan siapa-siapa yang nak buat doorgift ke, hadiah kat kawan-kawan ke atau sesiapa yang nak mengisi masa lapang tu kan. :)




Bahan yang diperlukan :

BENANG KAIT
GUNTING
JARI-JEMARI (3 jari cukup. hehee)



Langkah demi langkah, ikut gambar di bawah ni ye. :)

* untuk gambar ke 5, perasan tak talinya lain sikit ? tali tu aku buat tali air (single chain) guna jarum kait 1 (crochet). tak mau buat macam tu pon boleh. ikut kreativiti masing-masing. kalau rajin, boleh buat macam ikat tocang tuu. :)





senang je nak faham langkah-langkahnya kan ? kan ? kan ? hehee untuk part last sekali tu, benang-benang tu di gunting sama rata hingga dapat bentuk bulat macam bola. lagi tebal benang lagi bagus sebab nanti pom pom ball nampak lebih fluffy gituu. konsep nak buat pom pom ball ni lebih kurang macam cara buat bunga crepe paper.



Hlovate lover. wiwiwii :)



# alternatif lain selain jari-jemari, korang boleh gunakan GARPU macam dalam tutorial pom pom ball dari Dinah's Crochet . Beliau buat, lagi kemas. bukan macam pom pom ball aku, comot sikit. heheee  


SELAMAT MENCUBA !!

thanks for reading. ^^

Wednesday, 25 July 2012

Crochet : handphone pouch pattern ( diagram )

assalamualaikum. ;)




cantik ke comel ? baik mengaku. :p


tapi sayaannggg (nyanyi sikit), handphone pouch ni bukan aku yang kait. aku pinjam gambar dari kak sueaku dah cuba buat, tapi tak berapa nak menjadilah pulak. silap tang mana tak tau lah. tak pe, nanti aku cuba lagi sampai lah menjadi. kalau tak menjadi jugak, cuba lagi dan lagi dann lagii. =.=


how to make this handphone pouch ?


so simple lah dear, just follow this crochet diagram. ;) *so simple so simple tapi tak menjadi jugak. hukhuk




diagram ni kak sue yang kasi jugak. bila terjah link yang kat diagram ni, sekali bahasa asing daa. bahasa perancis kot. korang nak terjah pon boleh, tak da masalah lah. ;)


tak faham nak baca diagram ni ? tak pe, boleh tengok ni. *kalau tersalah simbol, betulkan ye. ^^
simbol bulat-chain
simbol t-double crochet
simbol I-single crochet


manalah tau ada yang berkobar-kobar nak buat handphone pouch ni untuk hari lebaran nanti * amboi, puasa baru berapa kerat bolehlah men-try-nya. nak try berkali-kali macam aku pon boleh. hakhak


selamat mencuba ! kalau ada yang menjadi, tell me lah. :D


thanks for reading.^^

Monday, 14 May 2012

koleksi crochet baby booties

assalamualaikum. ;)


dua, tiga bulan lepas diri ni eksaited giler nak belajar mengait jarum satu (crochet). buat baby booties pon comot2 lagi. alhadulillah, makin lama makin ok. ok tu means so so lagi ye, belom sampai tahap professional lagi. buat design pon masih yang simple2. yang high level, tak reti lagi. mau bertukar jadi benda lain kang. tak pasal2 dibuang dalam tong sampah. huhuuu


tak pe tak pe. biar lambat asalkan selamat. practice make perfect kan ? :)


ini semua antara koleksi hasil crochet yang menjadi. yang tak menjadi lagi banyak sebenarnya dari yang jadi. takmau lah share yang tak jadi. malu lah den. den kongsikan yang menjadi je lah ye. thanks to kak tina comells.







maaflah ye. kualiti gambar kurang memuaskan.
anggaplah ni gambar zaman dulu kala. huhuuu




ahakkss ! ahaakksss ! :p


koleksi lah sangat kan. baru buat berapa ketul je pon. hehehee alaa, sesaje nak mengabadikan hasil seni yang terlalu berseni ni. kang, dah 'pro' tak dapat nak abadikan pulak. tu dah lain cerita. eceeehh. perasan lebih tau ! heeww hewww mana tahu ada yang teringin belajar kan, taip je crochet for beginner kat youtube. nanti keluar lah bermacam-macam jenis video. try your best ! ahakkss. poyo. poyooo. :p


thanks for reading. ^^

Thursday, 19 April 2012

part time job

assalamualaikum. ;)


orang lain sibuk cari duit lebih, kau pon sibuk nak cari duit lebih juga. kononnya, daripada habiskan masa tak tentu hala, baik cari kerja yang boleh mendatangkan duit kan?


nak jadi tukang masak, tapi tak reti memasak macam chef wan pulak. nak ajar kat pusat tuisyen, diri ni terlebih pemalu pulak. nak jadi CEO, memang takkan dapatlah.


kerja terbaik yang aku boleh buat ?






gadis fotostat.

ye. itulah kerja yang sesuai sikit. tugasnya tak susah pon. fotostat buku-buku, fotostat kertas2, fotostat ic dan lesen orang, binding buku dan seangkatannya lah. menyapu bilik fotostat ni pon terangkum sekali ye. tapi, aku kerja seminggu sekali je. hari lain, orang lain lah.

syok memang syok, sebab tiap bulan adalah $$$ yang menanti. yang tak syok, bila datang angin kus-kus ditambah pulak dengan customer yang banyak songeh. aih, rasa macam nak pengsan kat situ juga. 

mungkin, disebabkan berpart time job ni kot aku jadi macam chipsmore. kejap ada kejap ada. * alasan semata-mata*. konon beria bermatlamat nak update blog selalu. tapi sudahnya, hampeh. dussh ! dussh !

 ohh ! part time job aku bukan gadis fotostat tu je tau. ada lagi satu. jeng jeng jeng !





crocheting !


ok babai !


thanks for reading. ^^

Saturday, 11 February 2012

pink baby booties !

assalamualaikum. ;)

comel kan baby booties ni?



well. see the hand lah kan. muahaha


eh2, bukan aku yang buat ok. kalau aku buat lagi comel daripada ni. hehe. booties ni si fatin gorgeous tu yang kait la. yang dah pernah tengok, diam2 je lah. buat2 lah ni baru first time tengok ok. hehe


next pink booties yang ni komfem aku yang buat tau. siang malam aku dok mengait untuk dapatkan rupa kasut ni.




sila cakap comel walaupun ia tak lah secomel purple booties tu. kui kui. tapi, ini bukan first try ok. dah banyak kali dah dok kait benda yang sama tapi tak jadi je. tapi sebab aku kuat semangat, maka jadilah booties kaler pink ni.


masih perlu belajar lagi ni. tapi kena slow2 lah. saya budak baru belajar. ni pon sebab selalu nampak fatin punya hasil kaitan lah. aku tergoda. siap cari video mengait untuk beginner semua aku ni. hihihi


dah2. nak tunjuk tu je. babai !


thanks for reading. ^^