Assalamualaikum. ;)
jangan
tak tau, kancer serviks/cervical cancer adalah kanser yang paling
banyak di hidapi oleh wanita di Malaysia selepas kanser payudara -SINI
THINK CERVICAL CANCER CAN NEVER HAPPEN TO YOU ?
THINK AGAIN. :)
tau tak apa tu kanser serviks ?
kanser serviks ialah kanser pangkal rahim. kanser serviks tak sama macam beberapa kanser lain yang mungkin berpunca ekoran keturunan keluarga. setakat ini, punca sebenar kanser serviks tak dapat dikenal pasti lagi, tapi seseorang tu berisiko tinggi menghidapi kanser ni jika :
*melakukan hubungan seksual di awal usia muda
*mempunyai pasangan yang ramai
*mengandung melebihi 5 kali
*jangkitan kuman human papillomavirus (HPV ) semasa melakukan hubungan seksual
*kurang penjagaan pada alat sulit
*kurang daya tahan melawan penyakit disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu
tapi, dun worry, kita masih boleh mengelakkan penyakit ni. salah satunya dengan mengambil pelalian HPV. vaksin ni boleh didapati di klinik atau hospital berdekatan. yang pasti, bukan free lah. kalau tak silap, hanya pelajar tingkatan 1 je yang dapat free injection.
selepas timbul sedikit kesedaran dalam diri ini, apa lagi terus mengambil keputusan untuk di cucuk ! dandan lah masa tu jugak tetiba rasa takut bagai. kena cucuk je pon. bukan suruh terjun bangunan. macam kanak2 rebena je.=_=
pelalian HPV ni mesti di ambil sebanyak 3 kali. barulah vaksin tu sempurna. kalau ang p ambil injection 1 dan 2 saje, pastu yang ketiga tak ambil, kurang effective lah vaksin tu. kena cukup 3 kali baru cukup syarat. macam orang nak kawen. kena ada nikahnya, baru sempurna kan.
injection yang kedua di ambil sebulan selepas yang pertama. yang ketiga di ambil enam bulan selepas injection pertama. next injection aku pada 6 May 2012. aish, jangan aku lupa sudahlah.
bayaran yang dikenakan masa
injection pertama hanya RM139. itu pon sebab adanya diskaun sempena kempen mencegah kanser serviks sampai 12
April hari tu di UTM skudai. kalau tak, aku pon tak pergi kot. konon dah sedar diri. padahal ada diskaun. huhu
harga tak diskaun RM169. itu hanya untuk sekali cucuk
okeh. nak cucuk kali kedua, bayar lagi RM139. untuk kali ketiga pon
RM139 juga. tapi tu harga kat pusat kesihatan UTM lah. harga kat klinik kerajaan biasa, aku tak tahu pulak lah berapa.
bukan itu sahaja, kita juga digalakkan untuk menjalani rawatan pap smear. barulah totally complete ! apa tu pap smear ? hmm, aku nak terangkan pon tak berapa nak tau. boleh baca kat SINI.
wahai para wanita di luar sana mari lah bersama-sama melakukan injection ni *ada macam seruan wakil rakyat tak ? dangg !*. lagipon kat tv dah buat iklan kesedaran pasal kanser serviks ni. kalau setakat buat injection dengan pap smear ni tapi tak jalani gaya hidup yang sihat pon tak ok juga. :)
** tu dia ! panjang semedang. maklumlah dah berabad tak ketuk keyboard ni lelaju kan. haha ok bai !
thanks for reading. ^^