Siti Kektus: pola/pattern baju

Cerita MizzTina

Showing posts with label pola/pattern baju. Show all posts
Showing posts with label pola/pattern baju. Show all posts

Wednesday, 2 April 2014

Tutorial Pelbagai Jenis Pocket [Kocek]

assalamualaikum. ;)


pertama kali jumpa tutorial pelbagai jenis pocket ni aku rasa kagum sangat. ada bermacam jenis pocket rupanya dalam dunia. hihii. semua pocket aka kocek [orang melayu kata] ni boleh diaplikasi kat beg mahupun baju/seluar tapi ikut kesesuaian juga ye. kreatif kan orang yang merekacipta setiap pocket ni.


Tutorial Pelbagai Jenis Pocket/Kocek
sumber gambar : ikatbag.com



buat masa ni, pocket/kocek yang aku tahu jahit berdasarkan gambar kat atas ni cuma pocket warna biru bercorak empat segi dan pocket berzip macam dalam entri Simple Make Up Bag. itupon masih belum cukup sempurna. ada cacat celanya lagi. entri ni lebih kepada rujukan aku di masa hadapan. aku ni mudah lupa. kang, tetiba nak cari balik tutorial ni tak jumpa walaupun kadang tu dah bookmark. +___+



pada sesiapa yang nak mencuba jahit pelbagai jenis pocket/kocek, boleh rujuk tutorial dari Tutorial Pelbagai Jenis Pocket/Kocek from IKATBAG.COM. ada 26 jenis tutorial semuanya. moga memberi manfaat pada yang nak mencubanya. :)



selamat mencuba !

thanks for reading. ^^

Monday, 20 January 2014

Cara Buat Pola/Pattern Blouse Yang Simple

assalamualaikum. ;)


Cara Lukis Pola/Pattern Blouse Yang Simple



projek seterusnya ialah menjahit blouse yang simple. beli kain memang cukup-cukup 2m untuk buat blouse. kain pon aku cari yang paling murah sebab kalau ada tersalah potong ke tersalah jahit ke tak lah ralat sangat. hihii lagipon kain ni memang beli untuk projek belajar jahit-menjahit ni. ;)


pada mulanya, aku nak guna semula pola baju high low blouse yang aku buat hari tuu, tapi bila dicari-cari, entah kemana aku campakkan hari tu. hehee nak tak nak terpaksa buat pola blouse yang baru. waktu aku nak melukis pola baju ni makan masa jugak walaupun dah pernah buat sebelom ni. tak pe, tak pe. ini proses pembelajaran kan. selagi tak cuba, selagi tu kite tak tahu kite mampu buat ke tak. kan ? kan ?




siap buat nota atas buku. hehee
sebagai rujukan untuk projek-projek lain. 



langkah pertama yang perlu dibuat semestinya ukuran baju yang korang nak buat tu. ukur bahu, panjang baju, panjang tangan, ukur lilit ketiak, ukur lilit dada, ukur lilit pinggang dan ukur lilit punggung. dah settle ukuran baju, siapkan segala peralatan yang diperlukan : surat khabar, tali pengukur, pembaris dan pensil. 


dah sedia semua, masa untuk lukis pola. bagi yang baru nak mula belajar cara buat blouse yang simple, boleh rujuk entri dari Cik Sue. di blog Cik Sue ni semua yang berkaitan dengan jahit menjahit ada. tinggal rajin atau malas nak baca semua. hehee 




ikat siap-siap dengan kain perca blouse tadi bila dah habis guna. 
kalau nak guna semula kan tak susah mencari.



pola/pattern blouse yang beliau buat lebih kurang je dengan yang pola/pattern blouse yang aku belajar dari emak. bila dibaca dan difahami dengan baik, insyaallah boleh buat punya pola blouse berdasarkan nota yang Cik Sue buat tuu.


SELAMAT MENCUBA !! 
update : contoh blouse yang dibuat. :)

ada sesiapa tahu di mana lokasi ini ? jeng jeng jeng. :)



{ Be happy with what u have while working for what u want }

thanks for reading. ^^