Siti Kektus: sukan

Cerita MizzTina

Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Aktiviti lasak yang best !

assalamualaikum. ;)


aktiviti lasak yang best ! aku ni boleh di kategorikan budak yang agak lasak. mana tak lasak, waktu kecil kerjanya asyik nak main parit je. rasa banyak masa free je, apa lagi ke parit le jawabnya. dok tangkap anak ikan seluang. dah macam satu kewajipan pulak. hiks.


maka, bila dah besar sikit dapat join buat aktiviti yang lasak sikit, aku tak de hal. makin suka adalah. bukan suka apa pon, dalam masa yang sama dapat pergi jalan-jalan tempat orang sekali. tidak ke sambil menyelam minum air. mueheheee


antara aktiviti lasak yang aku pernah join :


# mendaki gunung


google

berpeluang mendaki Gunung Stong Dabung Kelantan tahun 2006. aku join satu ekspedisi ke kelantan. semua negeri hantar peserta masa tu. dapatlah kenal pelajar-pelajar negeri lain. terasa letih kot dok panjat-panjat tu tapi itu yang seronok. keseronokan tu terasa lagi bila dah sampai kat puncaknya. dah lah ada air terjun. lagilah beronok-ronok jadinya. hehee



# berkayak


google

berpeluang main kayak masa join program Wilderness kat Pulau Tuba, Langkawi pada tahun 2006. ada siapa2 pernah join juga ? program ni famous juga tau waktu tu. tapi ini bukan kayak yang masuk kaki dalam kayak tuu tau. kayaknya jenis yang macam dalam gambar. aku ni dah lah tak pandai berenang kena pulak berkayak pulak tengah-tengah laut. nasib baik berkayak berdua dan pakai life jacket tu. kalau tak, hhhhmmmmmm.



# river crafting


google

aktiviti ni pon aku berpeluang buat masa join ekspedisi kelantan tu jugak. lepas mendaki gunung esoknya terus ber-crafting. tapi sungai yang aku pergi ni tak adalah ekstrems bebenar. airnya tak deras mana pon. jeram pon tak ada. bila dah terasa sloww tu, adalah bot yang tarik. rasa syok pulak bila bot yg tarik. rasa lajuu semacam. haha tapi boleh tahan letih jugaklah. mana taknya, dekat 6 jam jugaklah ber-crafting ni.



# cukup lasak kan ? hewhew

apa aktiviti lasak yang korang pernah buat ?


thanks for reading. ^^

Monday, 31 December 2012

Kuku kaki tercabut

assalamualaikum. ;)


kuku kaki tercabut. auuwww ! mesti rasa sakit gila kalau kena.




aku tak pernah merasa kuku kaki tercabut lagi. tapi, macam bakal merasa je tak lama lagi ni. ibu jari kedua belah kaki dah berdenyut-denyut semacam je. gara-gara pakai kasut sukan yang sempit buat main bola jaring weekend lepas. huuuaaa !



disebabkan kasut sukan hilang entah siapa yang kebas, maka terpaksa buat muka seposen pinjam kasut member. dah tahu sebenarnya kesan yang bakal jadi. nak tak nak terpaksa jugaklah pakai. tak kan nak berkaki ayam pulak. tak pasal-pasal kena keluar padang nanti.



salah seorang member yang main sama, dah hampir tercabut kukunya jugak hari tu. tengok dia jalan macam menahan sakit je. setiap kali ada game netball, mesti dah nak tercabut kuku kaki dia tu. kaki sensitif terlebih kot. asyik mau tanggal saja. memang kesian kat beliau.



# haraplah kuku kaki ni baik-baik saja. janganlah nak tercabut ye. mau perit nanti. wuwuuu anyone pernah kena ? cecite. :)



thanks for reading. ^^

Thursday, 15 November 2012

Badan elastik

assalamualaikum. ;)


mampu ke nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni ? hewhew










Son Yeon Jae. anyone yang kenal ? mesti tengok running man lewtuw. same with me lah. hewhew







kalau korang mampu, peh, wa tabik sama lu lah ! bukan senang nak semua aksi-aksi mencabar ni. kalau split macam Son Yeon Jae buat tu ( gambar 3 ), separuh je lah aku mampu buat. part nak cecah ke lantai memang tak kan menjadilah. baru separuh dah sakit teramat. tak pasal-pasal cramp pulak nanti.


kalau nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni, kena mula dari kanak-kanak. badan masih lembut. bila dah besar gedabak ni baru nak mula, memang patahlah tulang-tulang semua. tapi, kalau suruh duduk katak aku yakin boleh ! ini pon salah satu dari aksi badan elastik kan ?


tahu tak duduk katak macam mana ? alaa, duduk macam tahyat akhir tu, tapi kaki kiri dan kanan sekali keluar. macam baby comel kat bawah ni buat. kalau terlebih rajin sikit, aku duduk macam ni pastu baring. adakah petanda aku ni hebat ? lalalaaa :)





# tutup buku lama, buka buku baru. Selamat menyambut awal Muharram. :)


thanks for reading. ^^

Friday, 7 October 2011

Galven Kendall Green pengganti Tiger Woods~

assalamualaikum. ;)


kenal siapa Galven Kendall Green?

gambar tahun 2004-sumber


dia merupakan pemegang rekod pemain golf termuda yang berjaya menyempurnakan sebuah pertandingan ( Youngest Golfer to Complete A Tournament ). ia telah di catat di dalam The Malaysian Book of Records pada 3 june 2004.


Galven telah menyertai Sports Excel National Junior Golf Circuit yang mana pada masa itu dia baru sahaja  berusia 4 tahun 9 bulan. sekarang, mungkin dia dah berusia 11 tahun. siapa tahu, satu hari nanti dia mungkin bakal menggantikan Tiger Woods kan?

gambar tahun 2006-sumber


ya. ya. ya.


aku baru tahu pasal ini. hehehe itu pon sebab terasa nak tengok website Malaysia Book of Records dan ternampak lah pasal dia ni. bayangkan umur 4 tahun dah masuk competition. hebakk betul budak ini. masa aku umur 4 tahun, apa je yang reti di buat. hingus pon masih meleleh lagi. aish.


korang reti main golf masa umur 4 tahun? tak reti jugak kan? ekekeke


sekian.


p/s : main teng teng tau lah. :p