Siti Kektus: peperiksaan akauntan w41

Cerita MizzTina

Showing posts with label peperiksaan akauntan w41. Show all posts
Showing posts with label peperiksaan akauntan w41. Show all posts

Tuesday, 22 July 2014

Semakan keputusan Assessment Centre (AGAC/PAC) Akauntan W41

assalamualaikum. ;)


lama dah tak bersiaran kan, tup tup terus update pasal SPA. hehee sejak dua menjak ni dah bertambah sibuk. sibuk semedang je lah kerjanya. huhuu nasib baik hari raya cuti seminggu. yabedaabeduuu ! :D
baca juga :





bermula semalam, 21 Julai 2014 keputusan para peserta assessment centre untuk jawatan Akauntan W41 (AGAC) sudah di umumkan. rata-ratanya dah dapat email menyatakan peserta berjaya atau tak. kalau ada yang tak dapat email lagi tuu, lebih baik tengok di folder spam. sebab aku punya email dari SPA pon masuk kat folder spam. :D


kalau nak kan kepastian lagi, boleh cek di laman web SPA sendiri. so, macam mana keputusannya ? jeng jeng jeng. hehee alhamdulillah, berita baik nampak gayanya. tapi kena tunggu surat dari SPA dulu lah. lepas ni, peringkat temuduga pula. aihhh, nervous bak hang. tak tahu lah bila temuduganya. mungkin sebulan dari sekarang, mungkin 2 bulan, mungkin 3 bulan. tunggu saja lah. ada rezeki adalah nanti. tak de rezeki, tunggu rezeki lain pulak. #keeppositive !:D


pada mereka yang dah berjaya melepasi peringkat Assessment Centre ni tahniah diucapkan ! semoga dipermudahkan masa temuduga nanti. pada yang kurang berjaya, tak pe boleh cuba lagi nanti. 


till then ! ;)

thanks for reading. ^^

Monday, 23 June 2014

Program Assessment Centre Akauntan Gred W41

assalamualaikum. ;)


pada 6 Jun 2014 aku terima 1 emel dari SPA, berdebar-debar wehh. lulus ke tak lulus ni. phewww~ bila baca, "tahniah ! Anda LULUS ujian yang diadakan pada 06/05/2014". alhamdulillah. senyum semedang. hihii :) emel ni baru umumkan aku lulus je. tarikh assessment centre tak diberitahu lagi. aku jangkakan mungkin selepas raya lah kot.


tapi, pada 9 Jun 2014 aku terima emel dari pihak SPA lagi. pemberitahuan berkenaan Program Assessment Centre (PAC) yang bakal aku lalui. terkejut juga aku secepat ini PAC akan diadakan. kali ni, ia diadakan di SMK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya pada 15 Jun 2014 selama 1 hari. bukannya 2 hari atau 3 hari seperti pengambilan-pengambilan sebelum ini. kenapa 1 hari ? aku pon tak tahu. hehhee nak jimatkan masa da kos barangkali. :D






Program Assessment Centre (PAC) untuk jawatan Akauntan Gred 41 lebih dikenali sebagai Accountant General Assessment Centre (AGAC). secara amnya, AGAC ini terbahagi kepada 4 aktiviti : Penyelesaian masalah, Case study, Pengucapan awam dan Debat.


1. Penyelesaian masalah 

- Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan seramai 9-10 orang di dalam 1 bilik. dalam bilik tersebut terdapat juga seorang fasilitator dan seorang panel. pada waktu itu, ada lebih kurang 15 buah kumpulan. soalan yang perlu diberikan lebih berkaitan kepada penyelesaian masalah. alaa-alaa uji minda dan teka teki gituu.

setiap kumpulan diberikan masa 30 minit berbincang dan 5 minit pembentangan. aku nak bagi contoh soalan pon aku tak berapa ingat soalan penuh. soalan yang diberikan adalah dalam bahasa melayu dan pembentangan juga dalam bahasa melayu.


2. Case study 

- Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan yang sama dengan aktiviti penyelesaian masalah tadi. tapi case study ini dijalankan dalam bahasa inggeris. soalan yang diberikan juga dalam bahasa inggeris. soalan yang diberikan adalah berkaitan dengan pengurusan dalam syarikat. masa yang diberikan ialah 30 minit berbincang, 5 minit pembentangan.

antara isi kandungan soalan yang aku ingat, sebuah syarikat mengalami masalah dalam syarikat. Abu (aku hentam sebab tak ingat nama dalam soalan. hehehe) dikehendaki memilih salah 1 daripada 3 pakej latihan untuk diberikan kepada para pekerja syarikat tersebut. maka, abu telah memilih pilihan ke 3. persoalannya, adalah pilihan Abu itu tepat dan jika anda menjadi Abu, apa pilihan yang akan dipilih ?


3.Pengucapan awam/public speaking

untuk aktiviti ketiga, para peserta telah diberikan tajuk tersendiri. tajuk untuk pengucapan awam ini diberikan selepas aktiviti ke 2 tamat iaitu pada waktu rehat makan tengah hari. para peserta diberi tempoh lebih kurang 2 jam sahaja untuk menyediakan bahan-bahan pengucapan awam. masa yang diberikan adalah selama 5 minit dan pengucapan awam adalah dalam bahasa melayu.

antara tajuk yang telah ditetapkan ialah sukan, kesihatan, sejarah, teknologi maklumat, pengurusan, isu semasa, ekonomi, pendidikan dan budaya. ada lagi tapi aku tak ingat. daripada tajuk besar yang telah ditetapkan, para peserta bebas untuk memilih tajuk-tajuk kecil. macam aku, aku dapat tajuk sukan. memang bersyukur sangat. sebab aku memang minat sukan-sukan ni sikit. dapatlah goreng-goreng apa yang patut. alhamdulillah. :D


4.Debat.

aktiviti debat dijalankan dalam kumpulan sebanyak 9-10 orang. kemudian, para peserta akan dibahagikan mengikut pihak pencadang dan pihak pembangkang. ahli kumpulan untuk aktiviti debat ini turut berubah. nama-nama dalam ahli setiap kumpulan akan ditampal pada bilik urusetia.

kumpulan aku dapat tajuk "wajarkah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan ?". pheww~~ aku dapat pada mulanya aku rasa macam susah sebab aku di pihak pembangkang, tapi dengan adanya bantuan daripada ahli kumpulan yang lain, aktiviti berjalan dengan baik, walaupun banyak yang hentam sebenarnya. heheee


selepas habis kesemua aktiviti, rasa lega sangat. tawakal je lah lepas ni. insyaallah, kalau ada rezeki aku dapat ke peringkat seterusnya. kalau tak, tak apa, aku cuba lain tahun. pengalaman yang aku terima pon dah cukup baik dah ni. keputusan Program Assessment Centre (PAC) mungkin akan diumumkan sebulan dari tarikh assessment. tapi aku tak sure lagi. boleh jadi 2 bulan atau 3 bulan. menanti dengan sabar je lah. :)


BACA JUGA :Tips Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41
thanks for reading. ^^

Sunday, 22 June 2014

Tips Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41

assalamualaikum. ;)


6 Mei 2014 yang lalu, aku telah selamat menduduki peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 di Hotel Tropical Inn, Johor. aku tak ingat bila aku mohon, tapi rasanya bulan Ogos 2013 (kot lah). walaupun aku tahu, kebarangkalian untuk lulus adalah tipis, tak pe. kita cuba dulu. dapat tak dapat belakang cerita. ini kali pertama aku menduduki peperiksaan sebegini. cuak jugak wehhh.


Di Johor ada 2 tempat peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 iaitu di Hotel Tropical Inn dan Hotel Blue Wave. kalau tak silap aku, 1 Malaysia mendudukinya pada tarikh yang sama. meh sini aku share sikit tips/contoh soalan Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 daripada pengalaman aku sendiri. mana tahu boleh membantu siapa-siapa yang memerlukan.



para peserta dikehendaki berada di tempat peperiksaan sebelum jam 9 pagi. paling penting bawa surat panggilan, kad pengenalan (IC) dan alat tulis (pen,pensil 2B untuk bahagian objektif, dan kawan-kawan seangkatannya). in case, surat yang diterima rosak atau tak sampai ke rumah, boleh print melalui laman web SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). dalam surat panggilan itu ada nombor giliran, itu yang penting sebenarnya. sebelum surat panggilan sampai ke rumah, pihak SPA akan memberitahu kepada individu yang layak untuk menghadiri peperiksaan SPA melalui emel atau SMS.




secara ringkasnya, peperiksaan bertulis SPA Akauntan Gred W41 ni terbahagi kepada 4 seksyen soalan. setiap bahagian akan dijawab secara berasingan. maknanya, akan ada waktu rehat dalam 10 - 15 minit bagi setiap seksyen. 

Seksyen A : Pengetahuan Am (50 soalan objektif)
- soalan adalah dalam bahasa melayu dan dikehendaki menjawab dalam masa 40 minit. secara umumnya, soalan seksyen A adalah berkaitan dengan Perakaunan, Ekonomi, Kewangan, Perdagangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentaadbiran Kerajaan dan sosial.
namun, peperiksaan kali ni banyak berkaitan dengan Perakaunan  [prinsip-prinsip perakaunan, imbangan duga, penyata pendapatan, kunci kira-kira, akaun nominal, badan Institut Akauntan Malaysia (MIA) & etc]
Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah (40 soalan objektif)
- untuk bahagian B, peserta dikehendaki menjawab dalam masa 45 minit dan TIDAK dibenarkan menggunakan kalkulator. Seksyen B ini merangkumi Kemahiran menggunakan logik (ala-ala soalan IQ test lah), Kemahiran menginterpretasi data dan Konsep matematik & perakaunan (imbangan duga, kunci kira-kira, penyata aliran tunai dan etc)
Seksyen C : Esei BM ( ada 3 soalan pilih 1)
-  salah satu soalannya ialah berkaitan nilai-nilai murni. lagi 2 soalan aku tak ingat tajuknya apa. esei ni kena jawab dalam masa 1 jam. yang penting tiada soalan berkaitan GST (Goods Services Tax)
Seksyen D : Esei BI ( ada 3 soalan pilih 1)
- dikehendaki menjawab dalam masa 1 jam. malangnya 1 tajuk pon aku tak ingat. hehhee tajuk yang aku sendiri jawab pon tak ingat ape dia. teruk betol. :D


Keputusan Peperiksaan SPA Akauntan Gred W41 akan diumumkan selepas 5 minggu dari tarikh peperiksaan. macam aku, tarikh peperiksaan adalah pada 6 Mei 2014, maka keputusannya adalah pada 10 Jun 2014. Keputusan boleh disemak di laman web SPA atau keputusan akan terus dihantar melalui emel/SMS.


# adakah aku berjaya ke peringkat seterusnya iaitu Pre Assessment Centre (PAC) ? hhmmmmm. tunggulah nanti, jika aku ada update berkenaan dengan PAC, maknanya aku lulus peperiksaan tersebut. kalau tak, tak dapatlah maknanya. hehee :D


btw, untuk mendapatkan jawatan ni, ada 3 peringkat keseluruhannya : Peperiksaan Bertulis, PAC dan Interview. boleh tahan susah juga nak masuk kerajaan ni kan. kalau ada rezeki untuk aku, adalah. kan ? :)


thanks for reading. ^^