Siti Kektus: purse

Cerita MizzTina

Showing posts with label purse. Show all posts
Showing posts with label purse. Show all posts

Friday, 9 January 2015

Cara Buat Dompet/Purse Zip Berlining { TUTORIAL }

assalamualaikum. ;)



Cara buat dompet/purse zip berlining
{TUTORIAL}




merujuk pada entri DOMPET/PURSE ZIP BERLINING (entri dah berzaman. hihii ), aku ada cakap nak kongsikan sedikit tutorial untuk cara buat dompet/purse zip berlining ni. so, disini aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba. tutorial ni berdasarkan pemahaman aku. kalau tak berapa jelas, boleh tanya. tak ada masalah. yelaa, setiap orang kan lain-lain pemahamannya. hihii :)





BAHAN-BAHAN :
* 1" = 1 Inchi

KAIN BAHAGIAN LUAR ( 2 helai) : 5" x 4"
KAIN BAHAGIAN DALAM (LINING) (2 helai): 5" x 4"
PENGERAS KAIN-WARNA PUTIH (INTERFACING) (2 helai) : 4.5" x 3.5"
KAIN UNTUK POCKET : 4" x 3"
KAIN UNTUK PEMEGANG : ikut panjang mana korang nak
ZIP : 6" (guna 7" atau 8" pon boleh. sebab nanti akan dipotong)



sediakan semua bahan-bahan diatas terlebih dahulu. kemudian, lekatkan kain pengeras pada kain bahagian luar dengan menggunakan sterika. jangan salah sterika pula, kang ada yang melekat pengeras tu kat sterika bukannya pada kain (rujuk gambar seterusnya). dah selesai di-sterika, ketepikan.



sila perhatikan gambar di atas sebaiknya. 1 bahagian berkilat, 1 bahagian tak berkilat. lekatkan bahagian yang berkilat pada kain bahagian luar.




ambil kain bahagian lining dan cantumkan kain pocket padanya. jahit keliling kain petak tersebut. dah selesai, ketepikan. (lupa nak letak gambar pocket yang dah dijahit. boleh rujuk gambar-gambar dibawah).





masa untuk cantumkan kain bahagian luar, kain lining dan zip dan pastikan susunannya betul. kain bahagian lining dibawah sekali, zip (kepala zip dihadapkan ke atas) dan kain bahagian luar di atas atas sekali. pastikan kain lining dan kain bahagian luar menghadap antara satu sama lain. 




untuk memudahkan proses menjahit bahagian zip, gunakan tapak jahit zip. tapak jahit zip ni ada 1 je kakiknya.



kemudian jahitkan pula bahagian sebelahnya. apabila ditelentangkan kain tersebut, ghopenye macam gambar diatas ini.



kemudian, jahitkan pula pemegang untuk dompet/purse tersebut. nak senang, aku gunakan screwdriver untuk terbalikkan kain tersebut. heheee pastikan pemegang tu dijahit ke-dalam  (macam dalam gambar) bukan ke-luar.



masa untuk cantumkan kesemua fabrik tersebut. jahit sekeliling kain tersebut dan biarkan terbuka di bahagian HUJUNG kain lining. ini adalah untuk men-terbalik-kan dompet tersebut.




untuk menjahit bahagian zip, pastikan gigi zip menghadap bahagian lining. ini untuk mendapatkan kemasan yang lebih sewaktu diterbalikkan. boleh rujuk entri the trouble with zip. pastikan juga, zip dibuka separuh dibahagian tengah.



beginilah rupa bahagian lining yang tidak dijahit untuk memudahkan proses men-terbalik-kan dompet/purse. heheee jangan lupa potongkan lebihan zip pada kiri dan kanan purse.





next step. tarik perlahan-lahan bahagian luar dompet/purse melalui bahagian lining yang tidak berjahit tadi. hasilnya akan seperti gambar diatas.



akhir sekali, jahitkan bahagian yang terbuka tadi.


finally, it's done !


selamat mencuba pada yang nak mencuba !



sumber :



thanks for reading. ^^

Tuesday, 4 February 2014

DIY Passort Holder Senang dan Mudah

assalamualaikum. ;)



DIY Passort Holder senang dan mudah



misi kali ni ialah menghasilkan passport holder untuk adik aku. dalam passport holder tu ada slot untuk kad dan juga wang kertas. untuk menghasilkan passport holder ni, nak dapatkan saiz yang tepat tu punya lah payah. dah 3 kali percubaan pon masih ada masalah kecil. hehee



tiga kali percubaan dengan tiga hasil yang berbeza.
hehee




percubaan pertama.
lupa nak buat tali untuk butang




percubaan kedua.
dah ada tali untuk butang, tapi bila masuk passport kurang lebar pula.




percubaan ketiga
passport dah cun dah terletak bila disimpan. cuma terlebih panjang pulak.
kena kurangkan ketinggian passport holder ni sikit baru nampak ok.









cara buat passport holder ni aku ada tengok 1 tutorial kat google tapi tak ingat mana linknya. mula-mula ikut jugak step-step yang ditunjukkan. tapi akhirnya aku hentam je cara jahitnya. tu yang hasilnya berbeza setiap kali percubaan. ikut gerak hati sendiri lah katakan. hahaha 
{ padan muka kat diri sendiri } . tak pe, nanti boleh cuba jahit lagi sampai dapat perfect size. weeee :)




# ada yang dah bosan ke aku asyik update pasal jahit-menjahit nit ni ? tak mau bosan-bosan ok. ni kira macam aku punya sewing journey gituu lah. hehee :D 


thanks for reading. ^^

Thursday, 30 January 2014

Simple Pouch with Different Size

assalamualaikum. ;)



Simple Pouch with Different Size
(large, medium, small)




tora datang lagi~ heee (tora sangatlah kan).
kali ni aku cuba pelbagaikan saiz zippered lining purse yang aku belajar jahit beberapa minggu lalu. ada pouch yang saiz besar, pouch saiz sederhana dan pouch saiz kecil molek gituu. 



pouch berlining. pouch ni tak de batting (yang macam span tuu)
tapi ada interfacing. ;)



Large pouch :  8" X 4" (no card slot)
pouch ni boleh dijadikan pencil case. nak gunakan sebagai beg mak up pon boleh.


Medium pouch : 6" X 4" (with 1 card slot)
pouch saiz sederhana ni boleh muatkan atm kad, dan handphone saiz kecil.


Small pouch : 4.5" X 3.5" (with 1 small card slot [really small one])
pouch saiz kecil ni hanya ngam-ngam untuk kad bersaiz atm card tuu, duit kertas (kena lipat) dan duit syiling. nak bubuh pendrive atau kunci pon boleh selagi tak kembung beg tu. hehee










bahagian dalam simple pouch
hanya pouch paling besar tiada card slot kecil didalamnya.



mana 1 idaman kalbu ? :)



# memang ada perancangan untuk jual handmade bags ni. tunggu mental dan fizikal serta skill menjahit beg ni dah betul-betul ready, baru aku teruskan ke next step. Insyaallah. moga dipermudahkan. :)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 7 January 2014

Dompet/Purse Zip Berlining

assalamualaikum. ;)


Dompet/Purse Zip Berlining




tahun 2013 dah melabuhkan tirainya. banyak sangat memori-memori terindah yang sentiasa terpahat dalam ingatan. namun tak semuanya indah belaka, pasti terselit pahitnya juga. moga tahun 2014 ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada diri ini dan juga kalian semua. ;)


cheetah printed : non cotton fabric



masa terhad yang ada aku gigihkan diri belajar cara buat dompet/purse zip berlining ni. purse ni terhasil daripada kain perca yang dah tak digunakan. untuk buat dompet/purse zip berlining ni tak susah, yang penting tahu mengendalikan mesin jahit. kalau tak pernah langsung menjahit pon tak apa, yang penting ada semangat nak mencuba dah ok dah tuu. 


bahagian dalam purse ada 1 pocket.
bolehlah selitkan duit kertas yg konon-kono tak nak digunakan gituu.
size : 3.5 inchi (h) x 4.5 inchi (w)



aku belajar cara buat dompet/purse zip berlining ni melalu encik google tersayang. hihii semuanya kini kan dihujung jari gituu. taip-taip je kat google tu je dapatlah sedikit maklumat yang dikehendaki. kemudian, gabungkanlah semua maklumat untuk dapatkan hasil yang meletop kebabomm. nanti bila-bila free aku kongsikan sedikit tutorial bagi yang berminat yang mencuba ye. :)


thanks for reading. ^^