Siti Kektus: makanan

Cerita MizzTina

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

Kerepek Pisang Manis Yang Sedap

assalamualaikum. ;)

kerepek pisang manis yang sedap.
nyumm nyumm. ^^,



pernah rasa tak keperek pisang disira gula ni ? aku ni selalu panggil kerepek pisang manis je. warisan turun temurun ni. hehee kerepek pisang manis ni menggunakan pisang nipah. tak tau pisang nipah ? p google ok. :p aku pernah je jumpa kerepek pisang manis ni kat kedai luar tapi jenis yang gulung-gulung punya. bila di bandingkan rasa kerepek pisang gulung-gulung dengan kerepek pisang manis yang mak buat, lain sikitlah rasanya. kerepek pisang manis mak lagi sedappppp. kihkihh (ke aku dah terbiasa makan kerepek pisang mak je tu yang kerepek pisang lain dah tak pandang dah. hehee).



kerepek pisang manis ni sebenarnya mengingatkan aku pada zaman sekolah menengah. rajin kot aku waktu tu berjualan kerepek pisang manis ni. aku berjual antara pelajar asrama je. sesama budak dorm sebelah-sebelah je. alhamdulillah, walaupun tak banyak hasilnya tapi tengok ada orang sudi beli rasa gembira sangat. pastu dorang repeat order lagi. hihii


kerepek pisang manis dah bungkus kecil-kecil untuk dijual. :)



tapi yang aku hairan kenapa masa zaman kat uni dulu aku tak terfikir nak jual. aishhh. dah habis zaman tuu, baru terfikir. huhuu laa ni, adik aku pula yang tolong berjual. jual dengan kawan-kawan 1 blok dia. alhamdulillah, masih diterima penerimaan kerepek pisang manis ni walaupun agak perlahan pada awalnya. tak pe, tak pe. ada rezeki tak ke mana. :)



# merancang untuk mengetengahkan kerepek pisang manis ni secara online. moga dipermudahkan segala urusanku. aminn. [ada yang nak rasa pek percubaan tak ? kihkihh] :D



thanks for reading. ^^

Tuesday, 27 August 2013

Cara kawal nafsu makan

assalamualaikum. ;)


apa cara kawal nafsu makan yang terbaik ? bagi aku macam-macam cara boleh dilakukan. antara hendak dengan tak nak je, macam pepatah kata nak seribu daya tak nak seribu dalih. biasanya orang nak kawal nafsu makan mungkin sebab nak dapatkan kesihatan yang baik atau mungkin sebab nak kurus. lagi-lagi bila Hari Raya Aidilfitiri da menjelma, lagilah banyak makanan yang menyelerakan dan boleh menggemokkan tubuh badan.



Kevin Zahri ada bagi tips-tips untul kawal nafsu makan. sebenarnya ada 45 tips kawal nafsu makan yang dia bagi. antaranya, makan setiap 3 atau 4 jam, amalkan minum air kosong dan pengambilan karbohidrat kompleks. kalau nak yang full boleh download dari website KEVIN ZAHRI.






ataupon melalui senaman !






aku percaya sangat kalau nak turunkan berat badan, tak boleh bergantung pada pemakanan semata-mata. berat akan tetap turun tapi mungkin badan akan sedikit menggelebeh lah kalau tak disertakan dengan exercise. aku selalu juga baca-baca tips dari Diane Sera. hihii untuk senaman, kalau aku rajin aku akan ikut senaman dalam VIDEO ni. tapi kalau malas aku skipping je. :D






aku suka buah epal hijau kalau buat jus. kalau makan macam tu je kureng sikit sebab masam. hihii tapi mak aku ada cakap kalau nak kurangkan masam epal tu bolehlah rendam dengan air garam sekejap sebelum dimakan.


# dalam proses menurunkan berat badan sebab baju lama tak muat dah ! huaaa. -_-


thanks for reading. ^^

Thursday, 22 August 2013

RESEPI : SIMPLE BANANA PANCAKES

assalamualaikum. ;)


SIMPLE BANANA PANCAKES. ;)



amboiihh. nama nak omputeh sangat kan. alaa, bila translate bahasa bahasa melayu, jadilah lempeng pisang mudah. hihii aku terbaca resepi simple banana pancakes ni dari blog Cassey Ho. Cassey Ho ni merupakan certified fitness instructor tau. nak tau lebih lanjut bolehlah jengah-jengah blog dia. banyak lagi resepi mudah dan ringkas tapi berkhasiat tau ! nak video exercise pon ada.



telur dan pisang yang dah dilenyek



sebenarnya untuk buat simple banana pancakes ni bahan-bahan yang digunakan hanya dua sahaja dan tak menggunakan tepung langsung. flourless gituu. DUA bahan tersebut ialah :


     1 BIJI PISANG (aku guna 2 biji sebab pisang saiz kecil)
     2 BIJI TELUR


see, sangat mudah dan ringkas kan bahan-bahannya ? aku menggunakan pisang lemak manis aka pisang 40 hari sebab pisang tu je yang ada buat masa ni kat rumah. kihkih resepi asal menggunakan 2 biji telur, tapi sebab nak jimat aku guna sebiji telur je. dengan 2 biji pisang dan sebiji telur aku dapat menghasilkan 5 keping pancake saiz kecil. hmm, lebih terperinci dalam saiz tapak tangan kot.



rupa simple banana pancakes aku atas kuali leper. hihi



aku tak ada non-stick pan, maka aku guna kuali leper yang buat bakar daging burger tuu. mulanya aku tak mau guna minyak masak sebab nak eat clean kengkononnya. tapi sebab terpaksa guna kuali leper, maka terpaksalah guna sikit minyak masak. alaa, sikit je tak banyak pon. tak nak bagi melekat je. nak lagi bagus guna olive oil. masak pancake ni tak lama pon. 2 ke 3 minit dah siap.



banana pancakes, strawberry, blueberry.
yummy !


haa, korang pon boleh hidangkan simple banana pancakes ni bersama buah-buahan kesukaan korang. aku pilih strawberry dan bluberry. sebab tu je yang ada dalam peti ais. muahaha nak tambahkan madu pon boleh. lagi berkhasiat kan. by the way, resepi ni ada VIDEO tau. bolehlah tengok kalau kurang faham.  :)



# lets eat clean !


thanks for reading. ^^

Wednesday, 21 August 2013

Mr Cendol

assalamualaikum. ;)


cendol di Mr Cendol.


weekend lepas aku ke Manjung Perak dengan BFFs sebab one of my bff bertunang. dah alang-alang ke sana tu apa lagi, jalan-jalan cuci mata. bersungguh-sungguh kitorang (pergi berempat) mencari tempat makan yang sedap-sedap sebab perut pon dah berkeroncong semacam. google punya google terkeluarlah Mr Cendol ni.



nampak tak harimau kat sebelah tiang tu ?
mula-mula aku ingat harimau betul ! terkejut aiollss. -_-


memang nasib kitorang baik sebab ada satu cawangan tu kat Stesen Minyak Esso Lumut Perak (kalau tak silap lokasi lah. hihii). apa lagi terus singgah sebab ada sorang kawan aku tuu pernah makan kat sini dah dia kata sedap. masuk-masuk terus order cendol biasa empat mangkuk dan dua pinggan rojak biasa.



 rojak. :)


yang syoknya cendol ni korang boleh tambah berapa banyak gula yang korang nak. macam dalam gambar kat pertama tuu, yang dalam botol hijau tu air gula tau yang aku ingatkan kicap pada mulanya. hadoii. rasa cendol ni ok lah. dapat menyedapkan anak tekak. makan waktu panas-panas lagi syok rasanya.


Mr Cendol ni guna gula merah buat air gula tu (dari deria rasa aku lah). bagi aku kalau guna gula melaka lagi sedap. hihii rojak kat Mr Cendol ni sedap ! aku makan licin kot. hahaa dah kawan-kawan aku tak nak habiskan, aku apa lagi bagai orang mengantuk di sorong bantallah jawabnya.


# hujung minggu yang menyeronokkan dan menggemokkan ! tenkiu buddies . <3

Thursday, 15 August 2013

RESEPI : KUIH BUAH MELAKA

assalamualaikum. ;)


KUIH BUAH MELAKA


ada jugak orang panggil kuih onde-onde. kan ? kan ? senang sangat tau nak buat kuih buah melaka ni. senang gila. umpama memetik jari saje. pejam celik pejam celik tak sampai sejam siap dah. hahaa masa bulan puasa hari tuu, adalah tiga ke empat kali kuih buah melaka di jadikan santapan berbuka. see, betapa senangnya nak buat kuih buah melaka ni sampai diulang banyak kali. hihi memandangkan aku seakan rajin banget, maka ku tulisin resepinya ok. *walaupun telah ku tahu ramai yang telah tahu. hihii



kelapa parut yang dah di campur sedikit garam.


ohh, resepi emak aku ni ada campur keledek putih tau. keledek putih tuu nak elak daripada buah melaka tu terlalu lembik dan juga menyedapkan lagi rasa kuih buah melaka tu. tak percaya ? cubalah dulu, baru tahu. kihkih keledek putih ni berbeza tau dengan keledek oren dan keledek ungu. tapi, kalau ada yang nak mencuba keledek oren atau ungu, boleh jugak kot. tapi aku tak pernah cuba lagi. hihii


BAHAN-BAHAN :

KELEDEK PUTIH
TEPUNG PULUT
PEWARNA HIJAU
GARAM
AIR
GULA MELAKA
KELAPA PARUT



CARA-CARANYA:

1. Rebus keledek sehingga empuk. Kemudian, angkat dan toskan. Lenyek keledek sehingga lumat. Buangkan serat pada keledek *kalau ada. biasa keledek putih memang banyak serat.

2. Campurkan secawan tepung pulut ke dalam bekas berisi keledek lenyek tadi. Gaul hingga sebati.

3. Campurkan sedikit air garam, pewarna hijau dan air secukupnya. Kalau nak gunakan daun pandan segar tu pon boleh, cuma rumah aku pokok pandan dah diracun abahku. -_-

4. Apabila sudah sebati *tak terlalu lembik, tak terlalu keras--sedang-sedang saja, bahagikan kepada beberapa adunan kecil. ikutlah nak saiz yang macam mana. janji bentuk bulat. Campurkan lagi tepung pulut jika doh tadi masih lembik.

5. Potong-potongkan gula melaka menjadi ketulan kecil. Sumbatkan gula melaka tadi kedalam doh bulat-bulat kecil tadi.

6. Sediakan air rebusan dan tunggu hingga mendidih.

7. Masukkan bebola buah melaka yang telah siap dibentuk. Tunggu sehingga ia timbul dan boleh di toskan.

8. Segera golek-golekkan buah melaka tadi diatas kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam. Jangan lambat sangat di biarkan selepas ia ditoskan tau nanti buah melaka tu saling melekat. Tu yang payah sikit nanti.

9. Dah golek-golek, bolehlah disusun didalam pinggan dan sedia untuk di NGAP !


sungguh enak dimakan begitu saja.
 yummy !

dulu, masa zaman sekolah kuih buah melaka ni 3 biji cuma 20 sen je. sekarang ni seringgit nak dapat 5 ketul pon payah. sobsob betapa jauh bezanya zaman kanak-kanak dengan zaman sekarang. duit RM100 pon dah macam duit RM10. huhuu


SELAMAT MENCUBA YO !


# bila dah kering idea, inilah makan dia. kihkih

thanks for reading. ^^

Sunday, 4 August 2013

RESEPI : POPIA NESTUM

assalamualaikum. ;)

 popia nestum in progress ! ;)


semenjak aku diperkenalkan dengan popia nestum ni sejak 3 tahun lepas, aku terus jatuh cinta wehh. setiap tahun mesti nak buat. nasib baik senang gila cara nak dibuatnya. tanpa modal yang besar sangat dan di tambah kerajinan sikit, terus siap. entah-entah tak sempat nak buat raya dah habis. kihkih



 campuran nestum + susu tepung + gula


disebabkan aku macam ter-rajin sikit hari ni, moh le aku share kan resepi popia nestum ni yo. mana tahu ada yang berkenan nak buat kan. walaupun pada hakikatnya bersepah dah resepi ni, aku tetap nak share. kihkih

 
BAHAN-BAHAN :

KULIT POPIA
NESTUM
SUSU TEPUNG
GULA


Cara-caranya :

1. Gulungkan kulit popia ikut citarasa sendiri. Disebabkan aku terajin sikit, aku gulungkan macam popia yang biasa tu. Macam kat gambar atas tu. Sehelai kulit popia tu aku bahagi 16. Maka, dapatlah banyak sikit.

2. Gorengkan popia-popia yang dah siap digulung. Goreng dengan berhati-hati ye, jangan sampai hangus.

3. Kisarkan nestum hingga halus (aku guna nestum original). Untuk 1 bungkus popia yang besar, aku guna 2 cawan nestum.

4. Kisarkan gula hingga halus. Gula pula, aku guna secawan sahaja. Kalau suka manis, boleh tambahkan gula lagi.

5. Campurkan nestum dan gula yang dikisar ke dalam bekas besar. Campurkan juga 3/4 cawan susu tepung. Susu tepung apa pon tak kisah. Pada yang sukakan rasa susu tepung lebih, bolehlah letak lebih.

6. Masukkan popia yang telah digoreng. Gaul hingga sebati.

7. Siap ! hehehe



See, senang je kan. popia nestum ni pon dah jadi kegemaran adik-adik aku juga kot. mana tak nya, aku tengok diaorang makan laju semacam je. bagi mengelakkan popia nestum ni habis, aku siap packing dalam plastik tau. kihkih


selamat mencuba pada yang nak mencuba !


thanks for reading. ^^

Monday, 22 July 2013

RESEPI : NUGGET KENTANG

assalamualaikum. ;)


NUGGET KENTANG.


ehh, entri makanan lagi. muahehee maafkan daku kalau sekarang ni asek keluar entri makanan saje. bukan apa diri ini eksaited bebeno nak mencuba resepi itu resepi ini. almaklumlah, dah berganjak ke satu umur yang baru.


saya dah besar. eeh, bukan bukan. saya dah dewasa. kihkih


Nugget kentang ni aku pernah tengok Cik Nana buat dalam entri dia. aku yang tiba-tiba macam ada semangat lebih cubalah dengan sepenuh hati. gigih ha mencari entri cik nana tu. ehemm, cik nana, sila terharu sekarang. hahaa




dari gaya penulisannya, tak lah susah mana pon nak buat NUGGET KENTANG ni. umpama memetik jari saja. memandangkan dalam peti ais tak ada stok daging lembu mahupun daging ayam, jadi aku bedal sajalah guna resepi BEGEDIL. muahaa lantak lah kite buat dia kan.



BAHAN-BAHAN :

KENTANG (5 biji sederhana saiznya)
IKAN BILIS (segenggam)
BAWANG BESAR (2 ulas)
DAUN SUP
LADA PUTIH/LADA SULAH
GARAM (secubit)


UNTUK MENGGORENG :


TELUR
TEPUNG GANDUM
NESTUM




CARA-CARANYA:
1. Rebus kentang yang telah dikupas kulitnya. Agak-agak dah empuk angkat dan toskan. Jangan terlebih masak pulak ye. Nanti lembik sangat susah nak dibentuk. Kemudian, lenyek-lenyek sampai lumat dan sebati. 
2. Goreng ikan bilis. Kemudian tumbuk hingga hancur. Nak kisar pon boleh. Gunakan pengisar kering. 
3. Goreng bawang yang telah dihiris. cukup sampai ia kekuningan. Tak perlu garing sangat tapi jangan sampai hangus. 
4. Hiriskan daun sup dan kisarkan lada putih. Kalau guna lada sulah tak payah nak kisar-kisar dah. 
5. Kemudian, satukan kentang, bawang merah, ikan bilis, lada putih, daun sup dan secubit garam. Gaul-gaul sehingga sebati. 
6. Bentukkan nudget kentang mengikut bentuk kesukaan korang. Nak bulat ke, petak ke, segitiga ke. Terpulanglah. 
7. Untuk proses menggoreng nudget kentang, panaskan minyak. Golek-golekkan nudget tadi dengan tepung gandum -- celupkan dalam telur -- golekkan dengan nestum -- masuk dalam kuali. 
8. Angkat dan sedia untuk di hidang. 



walaupun nugget kentang ku nampak hangus sikit,
tapi rasa tetap mantop tau !


SELAMAT MENCUBA pada yang nak mencuba. hehee :)


thanks for reding. ^^

Monday, 15 July 2013

RESEPI : CHEESECAKE MILO BISKUT

assalamualaikum. ;)



CHEESECAKE MILO BISKUT.
wiwiwiii. :)


Pertama kali aku buat CHEESECAKE MILO BISKUT ni, aku terus jatuh hati-cinta-kasih-sayang ! ceewahhh. serius. rasa sedap sangat dan pastinya rasa nak buat lagi lagi dan lagi. tapi aku tak mampu lah nak hadap satu loyang tu sensorang. muak kang. makan sikit demi sedikit. tapi banyak kali. wakakakaa




Resepi asal dari Cik Epal. aku tengok dia buat cheesecake biskut tuu, nampak sedap je. bahan-bahan pon senang nak cari. lagi pon tak payah nak bakar-mebakar or kukus mengukus. cuma guna peti ais je. kihkih tapi aku ada men-derhaka-kan resepi ni sikit lah. aku tambahkan milo. kita buat dia kan apedehal. huahuahua 


BAHAN-BAHAN:
NESTUM
BISKUT CREAM CRACKERS
SUSU PEKAT MANIS
KRIM CHEESE
MILO
SUSU SEGAR
(untuk celupkan biskut)



CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. kemudian masukkan setengah susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak semua pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Tuangkan susu segar kedalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu segar. Jangan sampai terlembik pulak, cukup sekadar nak bagi ia lembut sedikit. Kemudian, susun di dalam loyang.
3. Oleskan creamcheese yang telah di putar tadi. Oleskan nipis-nipis je. tak payah tebal sangat. Kemudian, taburkan nestum di atas lapisan creamcheese tadi. nak bubuh banyak mana ikutlah gerak hati masing-masing.
4. Ulang langkah ke-2 dan ke-3 tapi gantikan nestum dengan milo pula. milo ni pon ikutlah gerak hati masing-masing jugak nak banyak mana. lagi banyak milo tu lagi sedap.
5. Ulang langkah ke-2, 3, dan 4 sampai lapisan yang dikehendaki. tapi untuk cheesecake milo biskut aku ni, aku cuma dapat buat 5 lapisan je. pada lapisan yang terakhir sekali, bubuhkan creamcheese tu tebal sikit.
6. Akhir sekali, taburkan nestum di lapisan creamcheese terakhir. Boleh lah dimasukkan dalam peti ais semalaman. (aku tak sempat nak tunggu semalaman, dalam 4 jam gituu je dah keluarkan dan di potong. tak menyabar punya pasal. kihkih) 


nom nom nom.
sungguh sedap meh. :)


boleh lah nak dibuat santapan untuk berbuka puasa. kiranya macam desert lah creamcheese milo biskut ni. aku sebenarnya konfius tau, nak letak cheesecake milo biskut @ milo cheesecake biskut @ biskut cheesecake milo @ biskut milo cheesecake. argghh. mana-mana pon tak kisah lah kan. janji masuk mulut. kihkih


SELAMAT MENCUBA !


# makan sedap-sedap begini, risau jugak berat naik mencanak-canak nanti. hihiii

thanks for reading. ^^

Tuesday, 9 July 2013

Burger Bakar & Meatballnya

assalamualaikum. ;)


Burger Bakar Abang Burn. ;)



tekak ni kan, ada masanya suka benar mintak yang bukan-bukan. dah rupa mengidam gamaknya. ditambah pula, semenjak dua menjak ni, ramai blogger dok bercerita pasal burger bakar Abang Burn bersama meatballnya. nampak seperti delicious !


aku yang memang dah lama teringin nak merasa burger bakar ni, terus rasa meluap-luap nak mencuba. akhirnya beberapa minggu lepas tercapai jugak hasrat hati ni. kehkeh aku cuma order burger bakar daging yang biasa pastu tambah cheese sekeping dengan meatball.




dalam gambar nampak besar burger ni, tapi bila tengok depan mata kecil je rupanya. kecil-kecil pon bila dah masuk perut, kenyang sungguh. alhamdulillah. :) sebiji burger tu aku makan sorang, tapi meatball aku share. memang sendawa bau daging lah sepanjang malam. 


bagi aku yang bukan pemakan burger tegar, burger bakar ni ok lah. bolehlah buat kenyang. meatball pon ok. sedap di tekak aku. tapi kalau nak makan selalu tuu, memang tak kot. sekali-sekala je kot akan ku beli. heheee tapi, kalau ada orang yang nak belanja, aku laju je cakap NAK. haha


# SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN INI SAHABAT SEKALIAN. TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI YE. ;)

thanks for reading. ^^

Sunday, 19 May 2013

RESEPI : OREO CHOCO BALLS

assalamualaikum. ;)


OREO CHOCO BALLS !



sangat sedap. enak dimakan di kala panasnya cuaca, bersama segelas air sirap limau ais. mavelessss ! nama asal OREO BALLS je, tapi aku rasa macam sedap je tambah choco tuu. jadilah OREO CHOCO BALLS. kihkih


aku dapat resepi ni daripada seorang kawan. dia jumpa kat FB. bila dia kata sedap, lazat, sampai nak buat lagi, apa lagi uollss, i pon excited nak cubalah. benda sedap kan siapa tak mau. ini antara rajin atau malas saja. memandangkan hari tu aku terlebih rajin makan aku berjaya buat. yeyyy !





resepi asal hanya menggunakan 3 bahan sahaja. ye, TIGA sahaja--BISKUT OREO, CREAM CHEESE & COKELAT MASAKAN-- dan yang best tak payah nak goreng, kukus, grill atau panggang. hanya masuk dalam peti sejuk saja dan sedia untuk di ngappp !


tapi, aku ni kalau guna sebungkus biskut oreo tuu mana lah cukup. lagi pon kat rumah mulut yang makan bukan aku sorang. ada lagi 4 mulut yang menanti. maka, aku telah derhakakann sikit resepi ni. alaa, sikit saja.





BAHAN-BAHAN : 
BISKUT CREAM O (lagi murah & banyak)
CREAM CHEESE
COKLAT MASAKAN
BISKUT MARIE (bagi adunan banyak sikit)

CARA-CARA (boleh  rujuk gambar):
1. Hancurkan biskut cream o & biskut marie. gunalah teknik apa pon janji ia hancur. aku masukkan dalam plastik dan ramaskan biskut tersebut.
2. Cairkan cream cheese dalam suhu bilik. Gaulkan kedua-dua biskut dengan cream cheese tadi.
3. Setelah sebati, bentukkan adunan tadi menjadi bentuk bulat seperti bola. nak buat bentuk lain pon boleh. ikut lah kreativiti korang.
4. Cairkan coklat masakan--aku guna double boiling, nak guna microwave pon boleh.
5. Salutkan bebola tadi dengan coklat yang dah dicairkan dan masukkan kedalam peti ais.
6. Tunggu lah sejam dua, dah boleh di makan.


# senangkan buat OREO CHOCO BALLS ni. emm, mungkin aku patot tukar kot. CREAM O CHOCO BALLS. kihkih ahh, mana-mana pon boleh lah kan.


SELAMAT MENCUBA !


thanks for reading. ^^

Wednesday, 27 February 2013

Pisang Rebus Coklat

assalamualaikum. ;)


pisang rebus coklat. wiwiwiwii



yummyy mummyy ! :)


tak pernah-pernah aku makan pisang dengan coklat. ini pertama kalinya lepas tengok cik nana tuu asyik coklat coklat coklat. minggu lepas memang aku ada bawa pisang nipah balik hostel. dalam kepala memang nak rebus je pisang tu. nak di goreng, mana pulak aku nak rembat kuali. yang ada rice cooker comels tu je. lagipon, i on diet kan. sesuai benar lah rebus-rebus ni. hewhew



ai guna pisang nipah. pisang tanduk pon sedap juga.
jangan pula ada yang try guna pisang 40hari. -_-


tak susah pon buat pisang rebus ni. ambil pisang tanpa dibuang kulit--basuh sampai bersih--isi air dalam periuk--tunggu mendidih--masukkan pisang--tunggu 15 hingga 20 minit--dah masak--boleh diangkat--tunggu sekejap--potong-potong--letak coklat--siap--


--nak tabur milo pon sedap. sebelom ni aku buat macam tuu. hehe 






pehh ! sedap gilos. *puji diri sendiri. kehkeh*. hari ni bawa bekal pisang rebus coklat ni pergi kerja. ada seorang kakak office tuu pelik semacam sebab ini first time dia dengar pisang rebus. huhuuu bila aku khabarkan kan kawan aku, dia pon pelik juga. hmm, korang-korang pernah makan pisang rebus tak ? :)


# masuk bulan kedua ber-praktikal kena overtime pula. masuk kerja setengah jam awal, balik setengah jam lewat. -_-


thanks for reading.^^

Tuesday, 19 February 2013

Telur Tembelang

assalamualaikum ;)


telur tembelang. bukan jembalang mahupon pak bebalang ye.


aku yakin lagi pasti, tak ada siapa teringin nak rasa pengalaman berhadapan dengan telur tembelang ni. same goes with me. *aci speaking konon. puuiiihh*.selalu dengar-dengar je orang cakap bau telur tembelang ni sangat sangat sangatlah busuk. busuk tahap yang macam mana tu tak tahulah. tak pernah rasa lagi kan.


google


sampailah satu masa. aku ekcited bebeno nak masak untuk makan tengah hari--sayur air, sambal belacan, ikan masin, telur dadar--. masak punya masak sampailah ke part nak buat telur dadar. ambil bawang besar cincang halus-halus masuk dalam mangkuk. kemudian, ambil 3 biji telur daripada papan telur tu. basuh-basuh kasi bersih dari segala kotoran.


kemudian, masa untuk pecahkan telur dalam mangkuk. telur pertama elok lagi. telur kedua pon molek je. masuk telur ketiga, bila ketuk je kulit telur tu, terus telur tu meletup 'poooppp'. macam bunyi mercun pon ada. terkezuuttt ai. telur yang patutnya berwarna putih dan kuning, kini menjadi warna hitam. ewww. geli geliman aku tengok waktu tuu.


secara tiba-tiba bau busuk yang ter-amat busuk memenuhi ruang dapur. pehhh ! memang tahap busuk punya busuk lah. tak tahulah nak gambarkan macam mana lagi. punyalah busuk bau telur tembelang. dah lap dan mop 2,3 kali pada tempat yang terkena percikan telur tembelang tuu, baunya tetap semerbak lagi.


adooyaiii ! pening kepala dok menahan bau.


# lepas kejadian, terus pecahkan telur satu demi satu dalam mangkuk lain lepas tu baru dicampurkan. serik dah. sobsob -_-


thanks for reading. ^^

Monday, 11 February 2013

Kerepek Nangka

assalamualaikum. ;)


kerepek nangka sedap woo. manis-manis gituu. makan nangka macam tu saje pon dah sedap, apatah lagi bila dibuat kerepek. dah tentu lah sedap juga. ini pandangan daripada seorang yang minat makan buah nangka. hehee :D




first time aku makan kerepek nangka ni bulan januari lepas. sekali makan nak lagi nak lagi. dapat merasa pon sebab makcik bagi kerepek nangka yang direject kat tempat dia kerja. kerepek nangka yang direject tu bukan lah teruk sangat. setakat ada kesan hangus sikit-sikit je pon. bila dimakan masih enak dan tak ada rasa hangit pon. adalah jugak yang rupanya dah hitam sepenuhnya--tahap hangus betul--. tapi bila dimakan, tetap rasa manis !
cuma yang tak bestnya makan kerepek nangka ni, teksturnya agak keras sikit. bagi anak-anak yang giginya masih ampuh dan kuat dah tentu tak ada masalah. tapi, bagi mak-mak yang giginya tak berapa nak kuat dan ampuh memang menjadi masalah. macam mak kesayangan ku. sampai satu tahap tu, mak sampai kisar guna blender nak kasi halus punya pasal. kihkih


bagi yang kurang minat makan benda manis-manis, kerepek nangka ni mungkin akan menjadi terlebih manis untuk dorang. rupa-rupanya buah nangka tu akan dicelup dengan air gula sebelum di goreng untuk dapatkan rasa manis tuuu. tapikan, apesal tekak aku tetap rasa nangka yang asli je ea. hoho walaupun aku minat buah nangka, tapi aku tak gemar sangat makan nangka masak sayur lemak. :D


# hanya mampu berharap makcik nagi kerepek nangka yang direject je lah. nak beli mahal. sekilo RM80. huhuuu



thanks for reading. ^^
picture : credit to google

Friday, 25 January 2013

RESEPI : PUDING ROTI

assalamualaikum. ;)


puding roti ! nyum nyum nyum. haha


tak meriah sebab kismis lupa nak beli. huhuu



walaupun rupa puding roti ku tak lah semegah puding roti kak izah, tapi rasanya jangan dibuat main naa. sedap banget ! puding roti ini tetap membuatkan ku bertambah berkali-kali. ini memang dasar teringin sangat. kihkih first time makan masa dinner kat Lotus Desaru Beach Resort bulan lepas. sekali makan terus jatuh cinta. 


sebenarnya agak muak puding roti ni. tapi disebabkan aku tengah teruja dengan kesedapan puding roti ni, apedehal. nak makan dua, tiga, empat kali pon tetap bersemangat. haha aku dah buat puding roti ni 2 kali. dua2 tu tak sempat tunggu besok dah habis. bukan apa, lagipon banyak mulut yang tolong makankan sekali. itulah guna adik-beradik ramai. hehee 





mari aku share sikit resepi Puding roti ni. resepi asal from Izah Muffin. ;)


BAHAN-BAHAN :

8 keping roti
*500ml susu segar (ganti susu cair sebab susu segar dah habis)
*4 sudu besar gula halus
*2 sudu besar butter-cairkan (ganti marjerin sebab tak ada butter)
*2 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla
*1 sudu besar tepung jagung
*1 sudu keceil serbuk kayu manis (tak letak sebab tak suka)
2 sudu besar kismis (tak letak sebab tak ada dalam stok)

Sos Kastard
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard


CARA-CARANYA :

1. sapukan sedikit butter di dalam loyang.
2. koyakkan roti dan susun di dalam loyang.
3. campurkan adunan bertanda * dan gaul rata.
4. tuangkan adunan tadi keatas roti.
5. biarkan sebentar selama 20-30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
6. taburkan kismis di atas adunan.
7. bakar pada suhu 180C selama 30minit atau sehingga masak.


untuk sos kastard :
1. campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga pekat.
2. sedia di tuang ke atas puding roti.


mudah dan senang ! bahan-bahan pon senang nak cari. tea dno dan kak tina pon dah pernah buat juga puding roti ni. selamat mencuba pada yang terasa nak mencuba ! 


# akhirnya muncul juga CPUV untuk bulan januari ni. hihii thank you nuffnang. :)

thanks for reading. ^^

Tuesday, 8 January 2013

Kalori Burger McD

assalamualaikum. ;)


kalori burger mcd ! banyak ke sikit ? cuba teka. kihkih *cerita pasal makanan lagi tak pe kan ? semalam cerita durian crepe. hiks !




sumber : McD



makan makanan yang di beli di mcD memang sedap kan ? lagi-lagi double cheese burger. pastu tambah pulak oreo McFlurry. peh ! terangkat beb. makan pulak waktu tengah mengidam. memang laju je habis. tapi, tahu tak ada berapa banyak kalori dalam burger-burger mcD ni ? sesiapa yang kisah akan pengambilan kalori ke dalam tubuh badan tuu, makan makanan mcD memang bukan yang terbaik. sebab ?


kalori burger-burger mcD ni tinggi gila hoi. kalah KLCC. wohaa !



sebelum ni aku tak sedar pulak yang mcD tu ada bagi senarai kalori makanan-makanan yang dorang sebab aku beli take away je. sampailah terbaca satu artikel kat sususejat.


contoh : kalori 1 set double cheeseburger

1 double cheese burger = 455 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
1 oreo McFlurry = 338 kcal

jumlah kalori = 1 358 kcal

nak tau kalori burger-burger yang lain,



tu baru sekali makan beb. kalau orang yang suka makan mcD sehari 3 kali ( breakfast, lunch, dinner), berapa banyak kalori yang dah diambil. berapa banyak lemak yang bakal terkumpul. huhuu tapi sekarang bertekad tak mau makan mcd dah. boikot boikot boikot. ke, ada yang tak boikot dah ? terpulanglah pada kehendak masing-masing kan. huhuuu



# jaga diri, jaga kesihatan. kadang-kadang makanan-makanan segera ni lah penyebab penyakit. -_-


thanks for reading. ^^