Siti Kektus: manik

Cerita MizzTina

Showing posts with label manik. Show all posts
Showing posts with label manik. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Belajar Jahit Lace dan Manik

assalamualaikum. ;)



Belajar Jahit Lace dan Manik



kali ni aku lari dari belajar buat handmade bag/pouch/purse sekejap. berusaha menyiapkan jubah untuk adik kesayangan. jubah ni yang paling simple sebab jubah ni jubah A-shape. tak ada dat kat depan belakang. kire memang paling senang dan mudah. nama pon proses pembelajaran kenalah buat yang paling senang dulu kan.


kang buat yang complicated sangat kang bertukar jadi kain lap pulak akhirnya nanti. pola baju ni kalau diperatikan macam buat blouse aku tu je cuma dipanjangkan lagi labuh baju dan dikembangkan bahagian bawah jubah. tapi kembang bawah baju ni tak lah macam baju princes dalam kartun-kartun tu yang boleh buat pusing-pusing tu tau. hihii






untuk bahagian leher aku jahit tekan je. tu pon kena practice lagi. kasi lebih kemas. dan, di bahagian tangan aku tambahkan lace dan manik !! dah lama teringin nak jahit lace dan manik ni. semua barang (lace dan manik) aku memang dah beli lama dah. tinggal nak jahit tu je tunggu masa yang sesuai.







cara jahit lace dan manik ni aku ikut konsep 'asal sedap mata memandang'. hehehee untuk manik aku guna 2 warna berbeza cream dan kelabu. saiz manik pula kalau tak silap lah 8mm, 6mm, 5mm dan 4mm. masa yang diambil untuk jahit lace dan manik boleh tahan lama jugak lah. yelaa, kena jahit lace dahulu, baru boleh jahit maniknya. sakit pinggang dibuatnya ni haa. tapi, tak pe bila dah siap ianya berbaloi. walaupon hasil tak semenggah mana. hihii :)



# btw, kalau ada sesiapa nak tempah baju kat mak aku (aku ni tolong-tolong je), boleh lah pm aku di email : kakutasu@yahoo.com atau di facebook. nak buat baju melayu lelaki ke, baju kurung moden, baju kurung pahang, blouse ke, jubah ke insyaallah mak aku boleh jahit. lagi-lagi orang-orang negeri johor (Johor Bharu & Pontian). bagi yang tak tau i'm Johorean. hihii :)


thanks for reading. ^^

Wednesday, 8 January 2014

Cara Buat Manik Bracelet {TUTORIAL}

assalamualaikum. ;)



Cara Buat Manik Bracelet {TUTORIAL}


semangat menjahit yang sedang memuncak ni usah dihalang. dah alang-alang tuu, jahit lah manik bracelet yang mudah dan senang versi siti kektus ni. hihihii pada mulanya, aku nak buat manik bracelet macam dalam tutorial manik bracelet ena'story. nampak cantik sangat bila dia buat. tapi bila aku yang buat, hancusss. =_=





makanya, aku pon buatlah versi hentam taram. eehhh, jadilah pulak kan. walaupon tak lah semenggah mana ghopenye. hehehee pada yang terasa nak mencuba cara buat manik bracelet mudah dan senang versi siti kektus yang hentam taram ni, moh le mencubanya. aku selitkan sedikit tutorial cara buat manik bracelet ni. ;)




BAHAN-BAHAN :

manik pearl 6mm
manik pearl 4mm
benang
jarum




manik bracelet ni ada terbahagi kepada 2 part. PART A & PART B. berikut adalah gambar langkah demi langkah. harap dapatlah difahami dengan mudah ye. tapi kalau ada yang kurang jelas, jangan segan-segan tanya tau. saya juga budak baru belajar. hihii :)


PART A 



PART B



the result !!!
macam ni lah hasilnya nanti. hihii



selamat mencuba pada yang nak mencuba Cara Buat Manik Bracelet {TUTORIAL} ni. :)

thanks for reading. ^^

Thursday, 5 December 2013

Belajar Jahit Manik di Kolej Komuniti

assalamualaikum. ;)


minat untuk menjahit manik ni dah lama ada dalam diri ni. tapi bila nak realisasikan tu ada je halangan. malaslah, tak ada cukup masa, busylah, macam-macamlah. hihii *alasan je lebih. dush dush ! tapi bila semangat juang yang tinggi dah sampai, habis semua tutorial kat google digeledah. ;)


ini hasil jahit manik ikut sedap rasa je.
asal jadi sudah. hihii



dalam bulan Mac yang lalu, aku dan emak ada mengikuti satu program belajar jahit manik di Kolej Komuniti. peluang macam ni bukan selalu ada. kebetulan minggu tu tak ada nak buat apa-apa, join je lah. bila lagi nak berguru kan. program ni berlangsung selama 2 hari. bayarannya hanya RM38 seorang (kalau tak silaplah. hihii) dan aku rasa berpatutan untuk beginner macam aku ni.


jahit manik hari pertama. nampak sama, tapi tak serupa.
sebelah tu hasil tangan aku, sebelah lagi hasil tangan emak kesayangan. 


jahitan manik di hari kedua.
belajar jahit manik bentuk bunga dan kerawan-kerawang gituu.


banyak jenis jahitan manik yang dapat dipelajari. tapi nama-nama manik tu semua aku tak ingat dah. hehee tapi cara nak buat insyaallah masih ingat, bila tengok contoh. lepas ni nak merajinkan diri menjahit manik. manik yang dibeli dah semakin bertambah. asal nampak cantik je beli. emak pon dah bising-bising asyik beli manik je, tapi hasilnya tak ada lagi. hehee


# next target : belajar jahit manik crumble yang simple. hihii (*ok ini entri peraman. kihkih ;)

thanks for reading ^^