Siti Kektus: life

Cerita MizzTina

Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

Bunga Kaktus Punya

assalamualaikum. ;)


Bunga kaktus punya.


ini cerita beberapa hari lepas. waktu aku keluar rumah nak buang sampah. tiba-tiba nampak pokok kaktus depan rumah dah keluar bunga. SUBHANALLAH. cantik sangat. kenapalah sebelom ni aku tak perasan pokok ni dah berbunga. rasa nak petik je, tapi sayanglah pulak.



'eeh cik serangga tumpang bergambar sekali ke ?'



pada mulanya kan, aku ingatkan bunga yang ni belom mekar lagi. kiranya masih dalam proses nak jadi bunga. bila tanya pada emak, rupa-rupanyanya bunga ni dah kuncup semula. bunga kaktus ni kembang mekar waktu pagi je. waktu aku keluar rumah tuu dalam pukul 9 pagi.






pokok kaktus ni dah lebih kurang sedekad umurnya. dari sekecil-kecil saiz sampailah dah sebesar ni. pokok ni lagi tinggi dari aku. tingginya dalam 2 meter kot. setanding lah tuu dengan umurnya kan. kalau panjang umur aku, lagi sedekad dapatlah jumpa pokok kaktus ni lagi. itu pon kalau pokok kaktus ni panjang umurnya jugak. :)






# alhamdulillah. masih diberi peluang menghayati dan menikmati ciptaan-NYA. :)

thanks for reading. :)

Monday, 8 April 2013

Langkah-langkah mengundi

assalamualaikum. ;)


langkah-langkah untuk mengundi. rakyat Malaysia yang dah pergi mengundi, komfem tak ada masalah. tapi bagi orang yang macam aku --pertama kali mengundi-- macam kekok sikitlah. ye ye aa je kekok kan. hahaa langkah-langkah mengundinya lebih kurang je cara macam nak undi majlis perwakilan mahasiswa universiti. kehkeh ;)



sumber : SPR


nah, aku kasi dekatkan lagi bagaimana langkah-langkah untuk mengundi untuk siapa-siapa yang tak boleh baca tulisan kat atas ni. almaklumlah, tulisan senonet. kalau ada yang dapat baca juga, pehh ! hebakk gila. aku pon tak nampak. hihii



ingat, jangan pakai baju yang melambangkan mana-mana parti ketika mengundi tau. hihii

# makin dekat PRU 13 ni, makin banyak pulak lagu-lagu baru yang keluar kat tv ni. -_-


thanks for reading. ^^

Sunday, 31 March 2013

Buku-buku baucer buku 1 Malaysia

assalamualaikum. ;)



buku-buku baucer buku 1 Malaysia.
weeeee. ;)



bersyukur masih bergelar pelajar ni. dapat free-free baucer buku 1 Malaysia ni. pada yang bukan pelajar pon, masih beruntung jugak kan. dapar BR1M RM250. adil lah tu kan ? hihii maka, dengan itu dapat jugalah aku membeli buku-buku yang diidamkan. antaranya 'aku terima nikahnya', 'rich dad poor dad', 'satu janji', 'tombiruo terakhir', dan 'lawak kampus'. kalau nak tunggu duit sendiri keluar, hmmmm tak tahulah bila boleh beli. sobs. 



buku yang diidamkan ! hihihiii
*jangan sampai senget kepala pulak. :)*


buku 'aku terima nikahnya' yang ni versi kompilasi. buku yang asal ada tiga buah. dah jumpa yang kompilasi ni, lagi bagus. jimat pon jimat. best tau buku ni. dulu pernah baca member punya. lepas dah baca teringin nak ada sendiri buku ni. 


awak-awak yang ada baucer buku tuu, beli buku apa ? ada yang jual ke untuk dapatkan cash? dengar-dengar cerita boleh dijual tapi tak kan dapatlah full RM250. hehehee


# pheewwww~~
rasa macam dah lama tak jengah awak-awak semua. bila laptop kesayangan rosak--begilah jadinya. nak tengok running man pon tak boleh, apatah lagi nak blogwalking. sobsss.


thanks for reading. ^^

Monday, 4 March 2013

Ubat gigi SAFI

assalamualaikum. ;)


ubat gigi safi. gigi 2x lebih kuat ! aummm. hihii




apakejadahnya aku bercerita tentang ubat gigi ni pulak dah ni. heheee adik-adik lelaki aku ni ada satu pe-el (pe-el : sikap. sebut betul-betul. sebut E tu guna E dalam sebutan 'ekor' bukan 'emak' tau). kalau nak berus gigi, mesti kena guna ubat gigi safi. ONLY. ubat gigi lain : Colgate, Darlie, Fresh & White, etc dorang tak nak. sebab utama : ubat gigi lain rasa pelik dan tak sedap.


setiap bulan aku dan emak mesti akan beli stok barang-barang harian untuk sebulan. beli sekali arung. senang. biasanya pasaraya econsave jadi pilihan sebab harga barang-barangnya lebih murah dari tempat lain. kadang-kadang tuu, stok ubat gigi safi kat econsave tu dah habis. maka, emak belilah ubat gigi Darlie. bila adik-adik lelaki aku tau, sanggup mintak emak RM5 dan pergi beli sendiri kat kedai runcit. -_-


sampai macam tuu sekali dorang ni fanatik dengan ubat gigi safi. hihi aku fleksibel. mana-mana ubat gigi pon boleh. korang semua ada jugak ke pe-el ubat gigi macam adik-adik aku ni. ohh, aku ada 3 orang adik lelaki. tu yang pe-el lebih kurang sama. heuheu :p


# kenapa hari isnin datang dengan cepat. -_-


thanks for reading. ^^

Friday, 1 March 2013

Ayat 1000 Dinar

assalamualaikum. ;)


eeh, dah hari Jumaat lah ! Jumaat--penghulu segala hari. :)


yang lagi best, ai tak sabar nak tunggu pukul 6.00 petang. mahu pulang ke kampung jumpa emak abah adik-adik kucing-kucing pokok-pokok. yehuuu !


sejak ber-overtime ni, badan-badan jadi macam kurang sedap pulak. mungkin sebab kepala-otak dah overlimit. mana tak nya 2 hari aku kerja menaip hampir 7 jam. peh ! aku rasa aku wanita gagah waktu tuu. balik-balik, lepak. pukul 10 dah tertidur. ggrrr. =.=


inilah rasanya orang berkerjaya--mungkin. bukan mudah nak cari rezeki kan. :)


setiap hari, aku amalkan ayat ini--ayat seribu Dinar. namun begitu, jika kita hanya mengamalkan sahaja ayat 1000 dinar ini tanpa bertaqwa dan bertawakal, itu bukan cara yang betul mengamalkannya--iluvislam



meh baca sikit tentang 'jangan salah guna 1000 Dinar'.


selamat beramal sayang-sayang semua. ;)


thanks for reading. ^^

Tuesday, 19 February 2013

Telur Tembelang

assalamualaikum ;)


telur tembelang. bukan jembalang mahupon pak bebalang ye.


aku yakin lagi pasti, tak ada siapa teringin nak rasa pengalaman berhadapan dengan telur tembelang ni. same goes with me. *aci speaking konon. puuiiihh*.selalu dengar-dengar je orang cakap bau telur tembelang ni sangat sangat sangatlah busuk. busuk tahap yang macam mana tu tak tahulah. tak pernah rasa lagi kan.


google


sampailah satu masa. aku ekcited bebeno nak masak untuk makan tengah hari--sayur air, sambal belacan, ikan masin, telur dadar--. masak punya masak sampailah ke part nak buat telur dadar. ambil bawang besar cincang halus-halus masuk dalam mangkuk. kemudian, ambil 3 biji telur daripada papan telur tu. basuh-basuh kasi bersih dari segala kotoran.


kemudian, masa untuk pecahkan telur dalam mangkuk. telur pertama elok lagi. telur kedua pon molek je. masuk telur ketiga, bila ketuk je kulit telur tu, terus telur tu meletup 'poooppp'. macam bunyi mercun pon ada. terkezuuttt ai. telur yang patutnya berwarna putih dan kuning, kini menjadi warna hitam. ewww. geli geliman aku tengok waktu tuu.


secara tiba-tiba bau busuk yang ter-amat busuk memenuhi ruang dapur. pehhh ! memang tahap busuk punya busuk lah. tak tahulah nak gambarkan macam mana lagi. punyalah busuk bau telur tembelang. dah lap dan mop 2,3 kali pada tempat yang terkena percikan telur tembelang tuu, baunya tetap semerbak lagi.


adooyaiii ! pening kepala dok menahan bau.


# lepas kejadian, terus pecahkan telur satu demi satu dalam mangkuk lain lepas tu baru dicampurkan. serik dah. sobsob -_-


thanks for reading. ^^

Monday, 18 February 2013

Tumit pecah

assalamualaikum. ;)


tumit pecah. tak tahulah sejak bila aku mengalami masalah tumit pecah. lagi-lagi bila selalu berada di tempat yang bermozek atau bersimen. mulalah tumitnya menunjukkan calar balar. barangkali kaki aku ni sensitif sangat sampai kalah dengan mozek. sebelum ni aku hanya perati je tumit kaki emak pecah-pecah. bila pegang, rasa kasar semacam je.



picture : google



siapa yang pernah mengalami tumit pecah ni tau lah calar balar yang macam mana. kebetulan, 
di office tempat aku praktikal kena buka kasut dan tempatnya adalah bermozek. dipendekkan cerita, minggu pertama lagi dah rasa dah tumit aku ni macam dah menunjukkan tanda-tanda nak jadi tumit pecah.


maka, aku kena cari jalan penyelesaian. kalau dekat rumah aku tak de hal, sebab aku kat rumah hujung minggu je. kat pejabat ni dah lah setiap hari dari pagi sampai petang pulak tuu. tak boleh jadi ni. fikir punya fikir, tinggg ! * idea pon datang.



lotion garnier dan vaseline
**dan juga pakai selipar. :)


dulu emak pernah gukan produk khas untuk tumit pecah ni. alaa, yang pernah keluar dalam iklan tv. tapi tak ingat pulak namanya. -_- tapi macam kurang berkesan je. sudahnya, emak buang ke mana dah produk tuu. bagi kaum lelaki ni tak tahu lah pulak depa ni ada tumit pecah ke tak. tak pernah pulak nak belek kaki abah aku. hehehee kalau yang pandai jaga mungkin tak de lah kot. kalau yang tak reti jaga macam aku, mungkin ada. kehkehkeh


# dah hampir sebulan praktikal tetap rasa terumbang-ambing lagi. ggrrr. -_-

thanks for reading. ^^

Wednesday, 13 February 2013

Kampung tanpa wayar

assalamualaikum. ;)


kampung tanpa wayar. yehuuuu ! :D dah hampir 6 bulan kampung aku menjadi kampung tanpa wayar. bila diperati, bukan setakat kampung aku je. kampung-kampung sebelah pon aku tengok dah terpacak papan tanda kampung tanpa wayar tu. wahh, ini memudahkan lagi urusan makcik pakcik yang mahu ber-internet. bukan setakat makcik pakcik je, anak-anak pakcik makcik macam aku pon dapat tumpang sekaki. kihkih






kemudahan internet macam ini, biasanya akan dipasang di tempat awam. macam kampung aku ini, internet dipasang di balai raya. dah macam satu anugerah pulak, rumah aku betul-betul terletak bersebelahan dengan balai raya. bagai orang mengantuk disorongkan bantal lah gamaknya. internet yang diberi kerajaan ni lagi laju dari broadband celcom aku tu tau. manyak syokk ma.



tapi, yang tak seronoknya, wifi kampung tanpa wayar ni hanya boleh dikesan sejauh 300 meter je kalau tak silap. maknanya, tak semua orang dapat merasa kemudahan ni. kalau bersungguh-sunguh nak online, kenalah pergi ke balai raya. hanya insan-insan bertuah macam aku ni je yang senang lenang online dalam rumah. hehee *alhamdulillah*.



dan bukan tu je, bil balai raya juga meningkat dengan mendadaknya sebab wifi ni kena buka 24/7. pernah sekali emak berusaha nak tolong kurangkan bil dengan matikan suis wifi ni. tapi tak sampai 3 hari, dah ada orang kol kenapa tak dihidupkan wifinya. hukhuk *emak ada pegang kunci balai, sebab rumah dekat. kalau ada orang nak guna balai mintak kunci pada emak je*. kat tempat korang ada jugak ke 'kampung tanpa wayar' ni? yang tinggal taman perumahan, ada jugak ke taman tanpa wayar ? hukhuk



# adik aku pon seronok lah dapat main game fesbuk dengan girangnya. lagi-lagi game yang ada naruto tuu. game ape entah.


thanks for reading. ^^

Tuesday, 5 February 2013

Minggu pertama praktikal

assalamualaikum. ;)


minggu pertama praktikal. perasaan ? hmm. bercampur baur. dah sedap-sedap cuti kat rumah alih-alih kena bekerja pulak. aku berpraktikal di audit firm dan dapat department accounting. bersyukur sangat tak dapat audit department. sekali tengok macam stress semacam je muka-muka depa semua kat audit department. hehee



# tempat yang aku kena hadap 8 jam sehari.
# hari-hari juga kena hadap UBS system.
# minggu pertama dapat limau. nak raya cina lah katakan.



bila dah seminggu berkerjaya ni, tetiba aku rasa jiwa aku ni bukan jenis yang boleh mengadap laptop 8 jam sehari lah. hari-hari dok key in data. entahlah, ini baru seminggu punya perasaan. hari-hari mendatang mungkin semakin ok. yang paling tak menahan aku baru 2 hari kerja belom pukul 10 malam lagi aku dah tertidur. penat mengalahkan orang apa je.


hmm. hari ni dah masuk hari kedua minggu kedua. harap sangat semuanya akan ok. tinggal 22 minggu 3 hari je ni. nasib baiklah dapat elaun tinggilah jugak. kihkih


# tak sempat nak blogwalking sangat. tunggu keadaan aku dah stabil, aku singgah na. :)


thanks for reading. ^^

Monday, 21 January 2013

Berseronok di Zoo Johor

assalamualaikum. ;)


hari yang sama pergi menonton filem Parental Guidance, aku dan kawan-kawan singgah ke Zoo Johor terlebih dahulu. kengkonon nak suprise kan member sorang ni sebab beliau teringin bebeno nak ke zoo. nak tengok sahabat-sahabat lama katanya. tapi tak jadi suprise dah sebab aku ter-kantoikan pulak beberapa hari sebelom tuu. haha sorry guys. :)



facebook zoojohor


bayaran masuk yang di kenakan cuma RM2 sahaja. kiteorang pergi pada hari Selasa maka tak ramai pelawat yang ada. suasana waktu tu tenang gila. serius tenang ! nak melawat pon macam senang hati gituu. mendamaikan ! ceewaahhh.




who am i ?


kebetulan masa lalu kat kandang rusa ni pekerja kat situ tengah bagi makan. lepas tu dia bagi can kat kiteorang bagi makan kat rusa-rusa tu semua. alaa, hulur kacang panjang kat celah pagar tu je. mula-mula tak hingin rusa-rusa tu nak datang. agaknya dah nampak kacang panjang tu macam sedap + dah lapar sangat, barulah masing-masing gelojoh datang ngapp !




niat di hati memang nak pusing-pusing melawat haiwan-haiwan yang lain. tetiba, seorang member ni ketiadaan mood pulak. ekoran konflik dengan boipren tersayang. time beginilah boipren nak cari pasal kan. carilah waktu lain. haiyak. dah sorang tak de mood, macam tak best pulak nak teruskan journey dalam zoo tu kan. tak sampai setengah jam kiteorang keluar dah. terus pergi main bowling kat angsana. tak apa lah, ada masa nanti, kite pergi lagi ye.



woit woit. pehal ni ? nak cari gaduhkah ?
woha !



# sebab hanya setengah jam je dalam tu, maka tak sempat nak ambil gambar haiwan lain. kihkih

thanks for reading. ^^

Tuesday, 8 January 2013

Kalori Burger McD

assalamualaikum. ;)


kalori burger mcd ! banyak ke sikit ? cuba teka. kihkih *cerita pasal makanan lagi tak pe kan ? semalam cerita durian crepe. hiks !




sumber : McD



makan makanan yang di beli di mcD memang sedap kan ? lagi-lagi double cheese burger. pastu tambah pulak oreo McFlurry. peh ! terangkat beb. makan pulak waktu tengah mengidam. memang laju je habis. tapi, tahu tak ada berapa banyak kalori dalam burger-burger mcD ni ? sesiapa yang kisah akan pengambilan kalori ke dalam tubuh badan tuu, makan makanan mcD memang bukan yang terbaik. sebab ?


kalori burger-burger mcD ni tinggi gila hoi. kalah KLCC. wohaa !



sebelum ni aku tak sedar pulak yang mcD tu ada bagi senarai kalori makanan-makanan yang dorang sebab aku beli take away je. sampailah terbaca satu artikel kat sususejat.


contoh : kalori 1 set double cheeseburger

1 double cheese burger = 455 kcal
1 medium coke = 153 kcal
1 medium fries = 352 kcal
3 piring kecil sos = 60 kcal
1 oreo McFlurry = 338 kcal

jumlah kalori = 1 358 kcal

nak tau kalori burger-burger yang lain,



tu baru sekali makan beb. kalau orang yang suka makan mcD sehari 3 kali ( breakfast, lunch, dinner), berapa banyak kalori yang dah diambil. berapa banyak lemak yang bakal terkumpul. huhuu tapi sekarang bertekad tak mau makan mcd dah. boikot boikot boikot. ke, ada yang tak boikot dah ? terpulanglah pada kehendak masing-masing kan. huhuuu



# jaga diri, jaga kesihatan. kadang-kadang makanan-makanan segera ni lah penyebab penyakit. -_-


thanks for reading. ^^

Friday, 28 December 2012

Al-Quran penawar sanubari

assalamualaikum. ;)


al-Quran penawar sanubari.

sungguh indah ciptaanmu Ya Allah. :)


eeh, macam pernah dengar je al-Quran penawar sanubari ni. kalau ada sesiapa yang tiba-tiba teringat kat asyraf muslim, haaaaa maknanya pernah lah tu tengok rancangan al-Quran penawar sanubari kat tv9. rancangan ni disiarkan semasa bulan Ramadhan dan setiap episod hanya bersiaran selama seminit sahaja.






walaupun seminit sahaja, tapi maklumat yang diperoleh, sangat berguna tau. meh aku share sedikit tentang al-Quran penawar sanubari yang dihoskan oleh Asyraf Muslim ni.


Hilangkan kemarahan
Surah Toha ( 20 ), ayat 120-135 


Perasaan was-was
Surah Al-Hijr ( 15 ), ayat 66-99


Runsing/stress
Surah Muhammad ( 47 ), ayat 21-32


Masalah rezeki
Surah Al-Waqiah ( 56 ), keseluruhan surah


Pendinding
Surah Al-Baqarah ( 2 ), ayat 103-123



jadikanlah al-Quran sebagai penawar sanubari hidup.


# moga dapat di amalkan selalu. ;)


thanks for reading. ^^

Sunday, 23 December 2012

VIVA di Lotus Desaru Beach Resort !

assalamualaikum. ;)


Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi, Johor.


akhirnya selesai sudah minggu ter-busy busy busy semester ini. VIVA dah selesai (sebut vaiva). yehuuuu ! lega gila weh. serius. hilang satu beban dah. cuma tinggal nak hadap final exam saje. bolehlah marathon tengok running man, merlin, modern family dengan girangnya lepas ni. nak bw laju2 dengan senang hatinya pon boleh dah. hihiii



* hai semuaa... teehee *



aku dan classmate yang lain p Lotus Desaru ni 18-19 disember lepas. bukan kitorang yang nak sangat pon, tapi dah orang yang uruskan viva nak buat kat sana, ikut saje lah. dapatlah holiday sekali kan. hehee tapi bayarannya boleh tahan lah jugak. kering jugak poket. walau bayaran mahal, tapi seronok giileerrrr.






bilik yang ditempah memang best ! 2 tingkat tuu. bila masuk je, semua dok menjerit-jerit sebab suka. hihiii sesuai lah dengan harganya. nasib baik berbaloi. kalau bayar mahal-mahal bilik tak setanding harganya, memang mengamuk kat situ jugak lah.






giliran aku bentangkan PSM lepas asar. lama tau nak menunggu dari pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang. nervousnya tak usah cakap, dup dap dup dap. dan dan lah ada
swimming pool bersebelahan dengan bilik kitorang buat viva. memang rezeki lah mata-mata liar yang dok tengok gegirl2 ber-swimming suit tu. pakai baju biasa tak dibenarkan okeh.

 



main gelongsor air ni 5 kali. barulah cukup syarat. kehkeh



tak boleh mandi kat swimming pool tak apa. waterpark kan ada. hoho waterpark yang disediakan tak mencabar langsung. bagi orang yang sukakan adventure ini memang bukan tempatnya ye. apa guna dah bayar tapi tak main kat waterpark ni kan. permainan yang ada simple-simple je, tapi sebab ada kawan2 yang happening, terus jadi seronok gi-la. hihiii



hari-hari terakhir sebagai pelajar kian terasa. rasa sedih pulak. semester depan dah praktikal 6 bulan. memang tak akan jumpa lagi kawan-kawan yang dok jauh tuu sampailah hari konvo nanti. huaa ! nak nangis pulak rasanya. sobsob -_- 



# tempat ni jadikan tempat honeymoon pon seronok jugak. :)


thanks for reading. ^^

Saturday, 8 December 2012

Satria Neo R3 kembali

assalamualaikum. ;)


Satria Neo R3 kembali. orang yang gilakan kereta Neo ni, mesti tak sabar agaknya kan. sedangkan kereta neo yang biasa tu pon ada orang sanggup modified nak setanding R3.





sebelum ni sumpah aku tak tahu R3 benda alah ape. aku- cuma orang perempuan yang lagi suka ngadap cerita korea mana lah nak ambil tahu sangat pasal kereta sangat ni. hoho cuma sejak dua menjak ni je baru tersuka sikit.


 
masa baca surat khabar BH, terbaca pasal Satria Neo R3 ni. Satria Neo R3 yang terbaru ni dilengkapi dengan kit badan R3, rim 16 inici R3, tempat duduk separa bucket, balutan kulit, alas lantai R3, sistem audio 2 DIN dan GPS. daripada segi enjin tiada perubahan dilakukan. jika kalau pemilik nak menaik taraf kereta bolehlah dapatkan aksesori R3 secara berasingan.

more info : Satria Neo R3



harga Satria Neo R3 boleh tahan lah jugak. Automatik-RM64k dan Manual-RM61k. vavavaa orang yang berduit dan minat yang mendalam tak kan kisah kot. kot lah. hewhew




yang ini perasan nak pasang body R3. heuheuheuu



thanks for reading. ^^

Thursday, 6 December 2012

Jari hantu tangan kiri bengkak

assalamualaikum. ;)


sob sob. kesian jari hantu tangan kiri ku. -_-





dah hampir seminggu jari hantu tangan kiri bengkak. bengkak sampai jadi bengkok. nak tegakkan buat gaya ala Hi Five pon tak boleh. tak semena-mena je bengkak. aku dah kecut perut sebab tiba-tiba je. ada orang main guna-guna ke ape ni. aish, mintak dijauhkanlah.



hari isnin pergi jumpa doktor. masa tu belakang tapak tangan pon bengkak sekali. selesai menceritakan masalah, doktor menyimpulkan, 'jangan risau, bukan masalah serius ni. tangan awak cuma alahan je ni. nanti doktor bagi pil dan ubat sapu ye.'



lah. alahan je ke. dengar macam tak serius sangat lah kan. tapi, sampai ke hari ni jari tangan hantu aku nampak macam makin mengembung semacam je. macam tunggu masa nak meletup je tuu. laa ni, nak angkat cawan pon payah. nak taip entri ini apatah lagi. sehari baru siap. percayalah. heheee



# tak apa. tak apa. ujian kecil je ni. orang lain punya ujian lagilah besar.
psstt, sebab tu tak update blog. alasan kah ? heheee :D



thanks for reading. ^^

Monday, 26 November 2012

Video aerobik yang best !

assalamualaikum. ;)

 
sejak dua menjak ni, diri ni rajin pulak nak ber-aerobik. nak kuruusss lah katakan. berzaman-zaman dah kata nak kurus, nak kurus, nak kurus. membazir air liur je lebih, kurusnya tak jugak. harapkan semangat je yang membara, macam tu jugak rupanya. hihiii 




aku nak share video aerobik kat youtube ni.kalau buat, komfem berpeluh sakan ! rasa tak cukup duit nak pergi kelas aerobik tu semua, tak apa. buat sendiri je kat rumah. download siap-siap video aerobik ni. bukan lama pon aerobik ni 30 minit je. nanti badan jadi sihat, minda pon cerdas ! :)



nama video ni Bootcamp Calorie Burn Workout Video - ExerciseTV. bila buat rutin ni, rasa macam tengah buat latihan pusat masa sekolah menengah dedulu. letih lah jugak. asyik dok terlompat je. tapi, tetap best ! sebab peluh-peluh jahat berjaya dikeluarkan. terbaik !





bila rasa bosan, aku tukar aerobik yang ni pulak. Slim Down Cardio Burn Workout Videos by ExerciseTV. rutin dalam video ni taklah sesusah video kat atas. yang ni lebih ringan. tapi peluh yang terhasil, toksah cakap. serupa je. tu yang best !






bagi yang minat menari-menari sikit, boleh cuba video Cardio Groove n' Burn Workout Videos by ExerciseTV. dalam aerobik ni, banyak kepada gelek-gelek sikit. aku part macam ni, sikit boleh lah. lama-lama sakit pinggang. almaklumlah, badan keras kejung nak gelek-gelek. heheee





selamat mencuba ! tak rugi cuba tau. aerobik ni bukan untuk orang yang nak kurus je. tapi dapat sihatkan badan jugak. :)


thanks for reading. ^^

Thursday, 15 November 2012

Badan elastik

assalamualaikum. ;)


mampu ke nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni ? hewhew










Son Yeon Jae. anyone yang kenal ? mesti tengok running man lewtuw. same with me lah. hewhew







kalau korang mampu, peh, wa tabik sama lu lah ! bukan senang nak semua aksi-aksi mencabar ni. kalau split macam Son Yeon Jae buat tu ( gambar 3 ), separuh je lah aku mampu buat. part nak cecah ke lantai memang tak kan menjadilah. baru separuh dah sakit teramat. tak pasal-pasal cramp pulak nanti.


kalau nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni, kena mula dari kanak-kanak. badan masih lembut. bila dah besar gedabak ni baru nak mula, memang patahlah tulang-tulang semua. tapi, kalau suruh duduk katak aku yakin boleh ! ini pon salah satu dari aksi badan elastik kan ?


tahu tak duduk katak macam mana ? alaa, duduk macam tahyat akhir tu, tapi kaki kiri dan kanan sekali keluar. macam baby comel kat bawah ni buat. kalau terlebih rajin sikit, aku duduk macam ni pastu baring. adakah petanda aku ni hebat ? lalalaaa :)





# tutup buku lama, buka buku baru. Selamat menyambut awal Muharram. :)


thanks for reading. ^^

Sunday, 11 November 2012

Cek pertama dari Nuffnang

assalamualaikum. ;)


cek pertama dari nuffnang. alhamdulillah. ;)


hasil penat lelah setahun yang lalu.



sampai je kat rumah, mak cakap ada cek dekat celah gerobok tu. aku ingat mak main2. sekali tengok, cek dari nuffnang lah. ingatkan dah kena reject sebab lama gila tunggu cek dari nuffnang tak sampai-sampai.


walau tak banyak, at least merasalah jugak. boleh beli coklat lepas ni. heheee thank you Nuffnang. nanti bagilah lagi. sedang menunggu BE bulan ni pulak. bilalah Nuffnang nak bagi agaknya. hewhew :D


# ingat nak tunggu cecah 3 angka. dasar kurang sabar, tu yang cepat2 cash out. hohoo


thanks for reading. ^^

Thursday, 8 November 2012

Cara Buat Bola 3D

assalamualaikum. ;)


bola 3D ! warna-warni gituu. kengkonon nak tunjukkan keceriaan dan kemeriahan ! unik kan ? kreatif betul orang yang mencipta ni.




cara buat bola 3D ni ? sangat senang tau.


hanya download, print, potong dan cantum ! tak payah guna gam.




3 kertas warna yang berbeza



terjumpa tutorial nak buat bola 3D ni kat rozeltweddingpreparations. tengok macam senang nak buat. nak tahu senang ke tak, memang kena cuba sendiri. cuma bila masuk part nak cantum-cantum tu dah mula gelabah sikit dah. macam payah sikit. tangan tak berseni memang macam ni. sikit-sikit menggelabah. ish ish ish



nak try buat ? boleh download design tu dari blog howaboutorange. kat website ni ada 3 saiz : small, medium, large. setiap bola hanya menggunakan 12 keping je. saiz yang aku download tu small. usatu A4 paper dah cukup. kalau saiz medium 2 keping A4 paper. kalau saiz large 6 keping A4 paper.




new friend. :)



# rasa-rasa ada banyak masa senggang, cubalah buat. besstttt ! :)


thanks for reading. ^^

Monday, 5 November 2012

Modofied Kereta Kancil

assalamualaikum. ;)


teringin sangat nak modified my baby kancil jadi ala2 sporty sikit. nak jugak bergaya sikit. semenjak berkasih sayang dengan orang yang suka tukar barang2 kereta ni, touch up itu ini, aku pon dah terikut suka pulak. aish.


mana tak nya kalau ada autoshow mesti nak pergi tengok. kengkonon nak dapat ilham untuk touch dia punya kereta. hari ni ada autoshow kat uthm batu pahat. bila dah sampai kereta-kereta nya tak banyak lagi. masa sampai tu waktu tengah hari. malas nak tunggu lama, apa lagi terus gerak balik rumah. sedih tak dapat tengok. =_=





















semua gambar kereta aku google je. nak modified kereta macam gambar no 6 memang tak kan lah. gaya macam nak berperang je. kalau ada rezeki lebih, aku nak modified alaa2 gambar no 2 & no 3. simple and nice. ada rezeki lebih nanti, bertukar lah wajah my baby. hikhik


# my baby lah sangat. my abah punya kereta sebenarnya, tapi terbuat macam kereta sendiri pulak. hikhik >.<


thanks for reading. ^^