Siti Kektus: kreatif

Cerita MizzTina

Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Friday, 26 July 2013

Pasu pink pasu putih bunga kektus

assalamualaikum. ;)


pasu pink pasu putih bunga kektus.
hikhik ;)


hari tu masa jalan-jalan kat pasaraya one stop ternampak pasu pink putih ni. sebenarnya dah lama gila tau aku mencari pasu kaler-kaler macam ni. akhirnya, pencarian yang entah berapa lamanya berakhir. eksaited gila kau tau. tak tergambar rasanya. haha




banyak lagi warna yang ada, merah, oren dan hitam *kalau tak silap. lepas dah belek-belek sana sini, akhirnya aku ambil warna pink putih. mula-mula tuu cuma beli empat pasu je, dua pink dua putih. bila dah isi pokok kektus dalam pasu tuu, ehh nampak menariklah pulak. apa lagi, minggu depannya singgah lagi one stop, terus rembat lagi empat pasu : dua pink dua putih jugak.



bunga kektus punya kecil, tapi pasu punya besar. hehee

 
tapi pasu ni tak ada lubang bawahnya macam pasu-pasu biasa. aku syak ini sebenarnya pasu untuk bunga plastik lah. tapi, peduli hape aku. kite buat dia kan dengan gigihnya aku bodek-bodek sikit adik bongsu aku suruh tebukkan lubang guna gerudi elektrik tuu. nasib baik mood dia baik. kihkih


# yayy ! ada pasu raya. hihii


thanks for reading. ^^

Saturday, 20 April 2013

Coin Purse dari Felt

assalamualaikum. ;)



purse coin dari felt !


purse coin ni untuk kawan-kawan adik aku. dorang kata comel pulak purse coin yang aku buat sebelom ni dan dorang nak beli. hehee --terharu sekejap--. aku yg tak ada kerja sangat kononnya pon dengan rela hati buatkan. itupon ambil masa berminggu-minggu sebab ke-malas-an datang melanda seketika. kehkeh


cara-cara buat purse coin dari felt ni aku dah tunjuk sebelom ni. tapi bukan aku yang buatlah. blog paper & string punya. kat blog tu dia ada tunjuk step by step. senang je nak paham. hihiii





bahan-bahan yang aku gunakan:
benang, zip, kain felt, jarum, lace (fabric fanatic), butang





pattern body purse coin aku download dari blog paper & string tu juga. da download print je. pastu gunting. pattern burung comel dan love tu lukis je la sendiri pastu gunting. tak nak bentuk burung, nak gajah ke, kapal terbang ke, pokok ke ikut lah suka hati masing-masing. kehkeh






lace tu aku letak kat bahagian sebelahnya. ahaaa,lace tu aku guna mesin jahit sebab rasa lagi kemas. kalau nak jahit jelujur pon boleh. tak ada masalah. lawa tau lace tu. boleh beli kat fabric fanatic dan ada macam2 design. semeter rm2.50. hihiii


# nasib baik kawan-kawan adik aku kata comel jugak. kalau tak mahu menangis belakang almari. :)




JOM BACA :




thanks for reading. ^^

Wednesday, 17 April 2013

Kreativiti dari tin minuman

assalamualaikum. ;)


dulu masa kecil-kecil kemain suka melantak air tin ni berkoyan-koyan. waktu tuu kesukaan aku air tin jenama F&N perisa strawbery. F&N yang kaler hijau tuu pon sedap jugak. yang warna oren pon, kuning  pon. ahhh senang cerita semua lah. budak kecil lah katakan apa yang tak suka. hihihiii





tapi bila dah dewasa sikit ni, dah tahu yang air tin aka air bikarbonat ni tak berapa elok dan boleh menyebabkab gemok, aku pon cuba elakkan secara perlahan-perlahan. kalau makan KFC pon, hanya beli ala chart snack plate. air bikarbonat tak beli--bawa air putih sendiri. hihihi--


pesal tangan orang yang buat ni berseni sangat.
comels tau tak.


kemas-kemas rumah jumpa pulak benda ni. kereta mini ni dibuat dari tin minuman. kreatif kan ? bila search google, banyak lagi hasil kreativiti orang-orang kreatif yang recycle tin minuman ni. comel cantik cun. semua lahh. untunglah tangan-tangan orang seni ni.



# kalau aku yang gubah tin minuman tuu, akhirnya ke tong sampah jugak lah jawabnya. kehkeh


thanks for reading. ^^

Saturday, 23 February 2013

Jahit baju kurung

assalamualaikum. ;)


jahit baju kurung. sekarang ni kite rasa kite macam dah obses nak jahit baju kurung je. bila  balik rumah hujung minggu, mesti nak siapkan baju kurung yang tak siap-siap tu. hehee alhamdulillah. lama-lama siap jugak akhirnya. walaupun masa nak siapkan tu lamaaaa. tak apa. kata orang, biar lambat asalkan menjadi. kan ? hihi :)



kain warna hitam : baju pertama yang complete
kain bunga oren : baju seterusnya complete



aku sebenarnya baru complete pembelaran menjahit baju kurung dengan sifu aku. siapa lagi kalau bukan emak kesayangan aka tailor swift. tak payah susah payah nak cari sifu kat luar sana. dah ada depan mata baik di gunakan sepenuhnya. kawan aku pernah belajar menjahit baju kurung kena bayar rm150++ (tak ingat jumlah yang tepat). belajar 2 hari kot tapi kena bawa kain sendiri. bersyukur ada emak yang pandai menjahit ni. jimat ! heheee. :)



bertungkus lumus menyiapkan kainnya. masih comot.
tak pe, dah lama-lama kang tak comot lagi lah kan. :)


umur dah mencecah 23 tahun ni lah baru reti menjahit baju kurung dan dapat siapkan sepenuhnya tanpa pemantauan emak 100%. kihkih padahal dah ada niat nak menjahit tu dari lepas SPM. lama tak lama lah baru azam yang satu ni berjaya. haha lagipon, dulu masa tingkatan 3, aku ambil pertanian dalam subjek kemahiran hidup bukan ekonomi rumah tangga (ERT). tuuu yang tak berapa nak reti.



aku beli kain yang murah-murah je untuk belajar menjahit ni. 3 pasang rm50. kalau boleh aku nak cari yang sepasang rm10. mak dah pesan tak payah nak beli kain mahal ke hape sangat. baru nak mula belajar ni guna kain murah-murah sudah. kalau tak menjadi baju kurung tu, tak lah menyesal sangat. manalah tahu bertukar jadi gombal ke akhirnya nanti, tak lah kecewa kan. hehee *gombal : kain lap



akhirnya siap. yayyy ! yaayyy !


asas-asas menjahit macam jahit jelujur, jahit butang baju, jahit hup kain, jahit kelim baju, jahit mata lalat, cara sambung baju tu aku dah belajar awal-awal. kiranya secara berperingkat. 2,3 minggu lepas baru aku belajar menjahit kain. ingatkan susah bebeno nak siapkan sehelai kain ropol tepi tu. tak sampai 3 jam dah siap dah. *3 jam ? pengsan. -_- emak buat tak sampai sejam pon. huhuu 


mula-mula memang rasa susah sebab tak tahu nak buat macam mana, bila dah tahu cara-cara, alaa kacang je jahit baju kurung ni. *angkat-angkat kening*. haha ada sesiapa yang pandai jahit baju kurung juga? jahit langsir ? jahit baju melayu ? jahit baju peplum ? pehhh. hebakk hebakk. tak pe, nanti kite pon reti juga. insyaallah. :)


# next : belajar jahit baju melayu cekak musang. :D


thanks for reading. ^^

Sunday, 27 January 2013

Cara buat origami LOVE / HEART dari kertas

assalamualaikum. ;)


'LOVE LOVE LOVE everybody clap clap clap i want you back to me...' by CN Blue. :) ada jugak ke yang minat CN Blue ni ? aku minat sebab ada Yong Hwa je. kihkih itupon minat lepas tengok we got married si Yong Hwa dengan Seo Hyun SNSD : Goguma Couple <3



beberapa jenis LOVE/HEART yang berjaya dibuat. :)



cara buat origami love / heart dari kertas ni senang sangat. yang penting kena ada usaha. ingat, usaha kan tangga kejayaan. aku cuma buat 5 jenis LOVE saja sebab tahap kerajinan hanya di tahap sederhana. hewhew banyak lagi bentuk-bentuk love yang ada. LOVE LOVE LOVE ini terdiri daripada : WING LOVE, ENVELOPE LOVE, DOUBLE LOVE, BOOKMARK LOVE dan DECORATIVE LOVE.


1. WING LOVE


love ni siap dengan pakej untuk terbang. sesiapa berangan nak terbang ke angkasaraya ataupun terbang bebas dalam mimpi yang indah, bolehlah cuba buat wing love ni. lepas tu letak tepi bantal sebelah kanan waktu tidur. hihiii cara-cara buat wing love ada di TUTORIAL WING LOVE.


2. ENVELOPE LOVE


jika anda kekeringan idea untuk memberikan hadiah harijadi kepada si dia atau sekadar ingin mengucapkan terima kasih dengan cara yang lain daripada lain, apa kata cuba berikan si dia origami love ini beserta beberapa potong ayat. nak bagi pada BFF pon boleh. cara-cara buat envelope love ini ada di TUTORIAL ENVELOPE LOVE.


3. DOUBLE LOVE



double love ini boleh digunakan sebagai hantaran kawin dimana duit kertas digubah menjadi double love atau juga boleh diberikan kepada makcik-makcik kendarat yang bertungkus lumus menyerikan majlis perkahwinan anda. alaa, yang makcik-makcik pakai kat tudung tu. tapi kalau orang pakai katering tak de lah kot kendarat-kendarat. cara-cara buat envelope love ini ada di TUTORIAL DOUBLE LOVE.


4. BOOKMARK LOVE






untuk si ulat buku atau kaki novel, bookmark love ini boleh digunakan sebagai penghias buku anda. lebih-lebih lagi jika dihadiahkan oleh si dia. aih, bertambah bersemangatlah gamaknya nak membaca. ye dak ? nak buat berwarna-warni pon tiada masalah. kreativiti di tangan anda. cara-cara buat bookmark love ni ada di TUTORIAL BOOKMARK LOVE.


5. DECORATIVE LOVE



jika diperhatikan decorative love ni ada sesuatu di bahagian tengahnya. sesuatu yang macam mana, sesuatu yang macam dalam gambar di atas lah. nampak unik decorative love ini. huuhuuu cara-cara buat decorative love ini ada di TUTORIAL DECORATIVE LOVE.


selamat mencuba ! :)

thanks for reading. ^^

Tuesday, 22 January 2013

Cara buat purse / dompet dari felt

assalamualaikum. ;)


cara buat purse / dompet dari felt.




comel kan kan kan ? lagi-lagi burung pink mata hitam tu kan. kihkih
siapa berani cakap tak comel, meh ku korek mata tu sikit.




another side.
tak tau nak buat gaya macam mana. sudahnya, bubuh butang 5 biji. 
macam ni lah jadinya. phheeww~



bahagian dalam. gelap semacam sebab bahagian dalam guna kain felt warna hitam.
ini taktik supaya kalau kotor tak nampak. kihkih






sangat senang membuatnya kalau ada daya usaha serta kerajinan yang sangat tinggi. kalau rasa malas banyak sangat, macam aku lah jadinya. bahan-bahan nak buat purse felt ni dah sebulan lebih siap digunting. tapi baru kelmarin dapat menjahitnya. dasar malas tahap dewa. hukhuk




ini contoh purse dari blog paper and string



siapa-siapa bercita-cita nak buat purse felt yang simple ni, bolehlah ikut step-step di BLOG PAPER AND STRING. di blog tu siap diberi contoh pattern purse felt macam dalam gambar atas ni. tinggal print, gunting dan tekap atas kain felt saje. sebab tu mudah. mula-mula aku nak buat gambar aiskrim ni, tapi bila dah cuba tak menjadi pulak. sudahnya, guntinglah ikut sedap rasa. alih-alih jadi burung pink tu. hehee


selamat mencuba !



JOM BACA :





thanks for reading. ^^

Wednesday, 9 January 2013

Patung Matryoshka

assalamualaikum. ;)


patung mastryoshka. comellss gilos !




patung matryoshka adalah patung yang berasal dari Rusia. patung matryoshka terdiri daripada anak patung besar yang diisi dengan anak-anak patung yang lebih kecil didalamnya. corak patung tidak terhad. sekarang ni dah moden, macam corak dan bentuk boleh dijumpai.



eh, dapat bayangkan tak macam macam patung matryoshka ni ? bagi yang dah pernah tengok, tak ada masalah. yang tak pernah tau tuu. tahu ke tak ? huhuuu







okeh. begini ya. tengok gambar diatas ni. patung ni, kepalanya boleh dibuka. bila tengok dalamnya ada anak patung yang serupa cuma lebih kecil saiznya. bila buka kepala anak patung yang kedua, ada lagi anak patung dalamnya. bila buka lagi, 'eeh, ada lagi anak patung'. sampailah ke anak patung saiz yang paling kecil.



first time aku tengok patung mastryoshka ni dalam rancangan running man. tapi tak ingat pulak episod yang mana. teruja bila tengok Gary *kalau tak silap bukak patung tu, dalamnya ada patung lagi. bila buka patung yang kedua, ada lagi patung lagi kecik. sampailah yang terkecil sekali.




awat garang sangat pakcik ? senyum sikit. :)


# kreatif orang-orang ni kan. :)


thanks for reading. ^^

Monday, 24 December 2012

Cincin bunga dari fabric | DIY

assalamualaikum. ;)




cincin bunga DIY
*bukan nak bagi penumbuk ye. tak tak. aku kan baik. hiks :)



main hentam taram je buat bunga dari fabric aka perca kain kepunyaan mak. hehee sebab eksaited terlebih nak guna masa malam dinner kat Lotus Desaru Beach Resort minggu lepas.


kacang gila weh buat cincin bunga ni. ambil gunting potong kain bulat-bulat pelbagai saiz. ambil lilin, bakar tepi kain. ambil benang dan jarum, cantumkan dan jahit. ambil butang letak kat tengah untuk kasi lawa * guna manik lagi cantik rasanya. ambil cincin dan jahitkan bunga dengan cincin. siap !


yezza ! tak sampai 30minit dah siap. mungkin sebab terlebih tekun tu yang sekejap je. heuhue kain yang aku guna ni kain chiffon kot sebab lembik semacam je kain ni. maka, kena potong kain bulat-bulat banyak sikit untuk bagi nampak tebal dan kukuh


pernah tengok DIY kat blog kak kina dan cik nana tu yang teringin nak buat. sebab nampak canteekks gituu. hiks ! cubalah kalau berminat. boleh tengok kat blog mereka. senang je weh buatnya. senang sungguh. percayalah. haha


kbai !

thanks for reading. ^^

Saturday, 22 December 2012

Cara buat kotak berpenutup 2 warna dari kertas

assalamualaikum. ;)


kotak berpenutup 2 warna ni lebih kurang bentuknya dengan kotak kertas simple. cuma kotak berpenutup 2 warna ni ada 2 warna lah. tu yang special dan ia nampak lebih menarik ! warna-warni gituu. kan kan. ;)



kotak  berpenutup 2 warna !



kotak kertas simple tu caranya lebih mudah. hanya menggunakan 2 keping kertas segi empat sama sahaja. tapi kotak berpenutup 2 warna ni perlukan 8 keping kertas segi empat sama (4 keping untuk kotak bawah, 4 keping untuk penutupnya).


jom buat ! senang je caranya. semua boleh buat punya. 



















how ? rasa susah ke ? tak apa, memula memanglah macam tu. dah 2,3 kali buat expert lah tu nanti. heheee untuk bahagian bawah kotak, anda boleh kurangkan saiz kertas segi empat tu dalam 0.5cm. dengan tujuan supaya kotak tu boleh dicantumkan dengan penutupnya. kalau sama saiz, macam mana nak muat.



contoh : 
     saiz asal kertas segi empat 20cm x 20cm.
     kurangkan 0.5cm x 0.5 cm. 
     baki saiz kertas 19.5cm x 19cm.







nak guna 4 kertas warna yang berbeza pon boleh. lagi menarik ! terpulang pada kreativiti masing-masing. selamat mencuba. have fun ! ;)



thanks for reading. ^^

Friday, 21 December 2012

Cara buat kotak pandora dari kertas| Kotak empat segi sama

assalamualaikum. ;)


jom buat kotak pandora. kotak ni kecil comel loteh tau. saiz empat segi sama macam buah dadu. tapi tak sesuai untuk kegunaan harian macam letak duit syiling atau brooch sebab penutupnya leceh sikit. mungkin sesuai kalau nak buat suprise kat seseorang. contoh letak cincin emas ke. heheee :)






kertas yang digunakan kertas empat segi sama berukuran 20cm x 20cm. nak guna 15cm x 15 cm, 25cm x25 cm pon boleh. janji nanti boleh bahagi kepada 5 petak. lima petak yang macam mana, jom tengok step-step kat bawah okeh ?


are you ready ? lets go !





















how ? dapat  tangkap tak step-stepnya ? manyak susahkah sikit susah ? kalau manyak susah, mungkin kena tengok video asal baru faham sebenar-sebenarnya. video tu pon tak lama, dalam 5 minit macam tu je. tapi bila da expert, sekejap je buat kotak pandora ni der. kacang der, kacang. haha


selamat mencuba u'olls.



credit : origami pendora box
thanks for reading. ^^

Friday, 30 November 2012

Cara Buat Kotak Kertas Yang Simple

assalamualaikum. ;)


disebabkan kepala aku dah senoneng(pening) semacam dok siapkan psm, maka marilah kita belajar cara buat kotak simple ye. kotak ni lagi senang buatnya daripada kotak comel yang hari tu. rasanya, masa sekolah rendah, semua orang tahu buat kotak ni. hihiii





testing guna warna pink dan kuning.
macam kena lah pulak kan ? hihiii :)



Kertas yang digunakan kertas segi empat sama. jommm buat kotak simple ni !
(kualiti gambar macam kureng lah pulok. harap maap ye)

















haaa. mesti ada yang kata senang kan ? buat sambil pejam mata pon boleh kan. hakhal tapi kalau ada yang rasa susah, tak apa. awal-awal biasalah tu. kalau dah cuba buat nanti, mesti rasa senang dah. untuk bahagian bawah kotak, aku cuma kurangkan 0.5cm-1cm. tak pon, pandai-pandailah korang adjust. kalau sama saiz tak ke susah nak bercantum nanti.

 



ukuran :
kotak putih gunakan sebesar kertas A4 bila dah jadi kotak saiznya 7cmx7cm.
kotak pink gunakan separuh kertas A4 bila dah jadi kotak saiznya 5cmx5cm.



bolehlah jadikan tempat letak duit syiling atau brooch. selamat mencuba !



# TUTORIAL KOTAK KERTAS YANG LAIN :




thanks for reading. ^^

Thursday, 15 November 2012

Badan elastik

assalamualaikum. ;)


mampu ke nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni ? hewhew










Son Yeon Jae. anyone yang kenal ? mesti tengok running man lewtuw. same with me lah. hewhew







kalau korang mampu, peh, wa tabik sama lu lah ! bukan senang nak semua aksi-aksi mencabar ni. kalau split macam Son Yeon Jae buat tu ( gambar 3 ), separuh je lah aku mampu buat. part nak cecah ke lantai memang tak kan menjadilah. baru separuh dah sakit teramat. tak pasal-pasal cramp pulak nanti.


kalau nak buat aksi-aksi badan elastik macam ni, kena mula dari kanak-kanak. badan masih lembut. bila dah besar gedabak ni baru nak mula, memang patahlah tulang-tulang semua. tapi, kalau suruh duduk katak aku yakin boleh ! ini pon salah satu dari aksi badan elastik kan ?


tahu tak duduk katak macam mana ? alaa, duduk macam tahyat akhir tu, tapi kaki kiri dan kanan sekali keluar. macam baby comel kat bawah ni buat. kalau terlebih rajin sikit, aku duduk macam ni pastu baring. adakah petanda aku ni hebat ? lalalaaa :)





# tutup buku lama, buka buku baru. Selamat menyambut awal Muharram. :)


thanks for reading. ^^