RESEPI : CHEESECAKE LAYER | Siti Kektus

Cerita MizzTina

Saturday 21 December 2013

RESEPI : CHEESECAKE LAYER

assalamualaikum. ;)



resepi : cheesecake layer.
nyummm nyummm nyummm :)



memandangkan mood makan benda manis-manis masih menebal dalam diri, maka aku merajinkan diri buat CHEESECAKE LAYER ni. nama ni aku main hentam saje, asalkan ada nama yang seakan-akan glamourous gituuu. barulah da'bomb !! kan ?? hahahaa 



pandangan dari tepi bekas.
how ? tempting or not ? heheee



Resepi CHEESECAKE LAYER memang seakan-akan resepi Cheesecake Milo Biskut cuma tak masukkan sekali milo dan nestum. Biskut tu pula aku gantikan dengan kek. apa jenis kek pon tak kisah sebenarnya. tapi pada aku kek coklat lagi sedap !! hihii




BAHAN-BAHAN:

KEK COKLAT/SPAN
1/2 tin SUSU PEKAT MANIS
250 g KRIM CHEESE
80 g SUSU SEGAR
(aku gantikan dengan susu low fat dutch lady)




sekejap background cerah cerah. sekejap background gelap.
sila abaikan ye. hehee



CARA-CARANYA:
1. Pukul creamcheese sehingga sebati. aku gunakan hand mixer. siapa yang mempunyai tangan yang gagah lagi kental, boleh juga menggunakan tangan.  Ketepikan. Bagi yang suka manis-manis nak letak lebih pon tak ada masalah. tapi komfem terlebih manislah. 
2. Kemudian masukkan setengah tin susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati. Pada siapa yang sukankan manis, bolehlah tuangkan lebih susu pekat manis tuu. tapi, pada aku 1/2 tin tu dah cukup rasa.
3. Masukkan pula 80g susu segar/susu low fat. Putarkan sehingga sebati dan Ketepikan. Tak payah ikut sangat timbangan 80g tu pon tak apa. Ikut naluri hati je. Kalau nak bagi cair -- tambahkan susu segar/susu low fat. Kalau nak bagi pekat-pekat -- kurangkan je susu segar/susu low fat tu.
4. Aku menggunakan lebihan Coklat Brownies dari tepung Red Rose yang aku buat tempoh hari. Yang ni aku memang buat pakai loyang sebab masa tu nak cepat, tak sempat masuk papercup. masuk loyang je senang. hihii
5. Susunkan kek cantik-cantik dalam bekas. Kalau nak campak-campak pon tak pe je. sendiri yang makan kan. Kemudian tuangkan creamcheese yang dah dicampur susu pekat manis dan susu segar tadi dan ratakan. *(rujuk gambar diatas)
6. Kalau nak buat 2 lapisan kek, susun lagi sekali kek tu cantik-cantik. Kemudian tuangkan lagi creamcheese tuu.  
7. Akhir sekali, hiaskanlah CHEESECAKE LAYER anda dengan toping kegemaran. macam aku -- parutkan coklat masakan cheesecream -- tabur coklat chip -- tuangkan sedikit coklat cair -- SIAP !! 
8. Demi mendapatkan kepuasa maksimum, masukkan cheesecake layer tadi dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dimakan. Tapi kalau dah tekak tu tak sabar sangat nak merasa, makan terus pon boleh. 


nak letak coklat rice pon boleh.
ikut kreativiti masing-masing ok. ;)


SELAMAT MENCUBA !!



# Ada bermacam cara nak buat Cheesecake Layer ni. nama pon bermacam jenis. yang penting konsepnya sama je. kalau nak mencuba boleh rujuk entri Kak Azlita Masam Manis : MELTY HERSHEY. ;)



thanks for reading. ^^

15 comments:

  1. Replies
    1. cubalah. baru tahu sedap ke tak. hihiih :)

      Delete
  2. orang laki kalau baca entry resipi kebanyakannya scroll gambar je kak. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu. =_=

      orang laki tahu makan je sebenarnya kan. heheee

      Delete
  3. aigo.

    saya dah masuk dalam golongan lelaki yang cuma scoll gambar je.. hhahaha

    ReplyDelete
  4. Nampak mmg sedap sungguh ni... Macam red velvet ke?...

    ReplyDelete
  5. Wah, sedapnya..nti knor nk buat juga.tq for this rsp..

    ReplyDelete
  6. rajinnya kektus memasak kan..ishh tabik spring 4x taw...hehe

    ReplyDelete
  7. saya bab2 cakee ni memey faill..buat kek batikk pon keras macam batu huahaha

    ReplyDelete
  8. Fuhh!! Memang terliur :)

    ReplyDelete
  9. tengok pon dah nampak sedap kan

    ReplyDelete
  10. uwwaahhh..hiasan kat topping tu mmg boleh mengundang kemarahan cacing2. sedap nya..simple je kan. tp nk buat tu malasss..makan nak. haha

    ReplyDelete
  11. tgk lg ni..terliurrr..huhu..

    p/s: diet atkins tak kira kalori tp lbh kurgkan karbo =)

    ReplyDelete
  12. teringin sgt nk mkn..tp xminat cheese lak.. leh gntikn mende lain x dik?

    ReplyDelete