assalamualaikum. ;)
aku rajin. aku pon menjahit. aku jahit bantal. bantal 4 segi sama. disebabkan aku baik hati, aku tunjuk langkah demi langkah Cara Buat Bantal Empat Segi dari Kain/Fabrik. ok ? :D walaupun orang cakap benda ni kacang je, biarkanlah mereka. aku tetap nak kongsikan juga. kihkihkih kot-kot ada yang tengah berusaha nak siapkan bantal mini untuk majlis pertunangan ke. ehh ? :D
bahan utama : Kain dan fiber/kapas/kekabu.
alatan dan bahan lain : gunting, pembaris, kapur, benang
1. Potong kain mengikut citarasa sendiri. untuk bantal macaroon ni aku buat bentuk empat segi sama 12" x 12". bagi memudahkan proses pemotongan, aku ukur dan tandakan siap-siap ukuran yang diinginkan atas kain. tak guna pola atau pattern.
2. Jahit sekeliling kain tersebut dan tinggalkan sedikit sahaja ruang bagi proses mamasukkan fiber/kapas/kekabu. ruang tu agak-agak je, tak perlu spesifik. dalam 2 atau 3 inci dah memadai.
3. Kemudian, terbalikkan kain yang dah siap dijahit. kemaskan di bahagian bucu bantal tersebut sebelum memasukkan fiber/kapas/kekabu. masukkan sedikit demi sedikit fiber/kapas/kekabu kedalam sarung bantal tadi sehingga mencapai ketebalan yang diinginkan.
4. Setelah selesai proses memasukkan fiber/kapas/kekabu, jahitkan lubang yang terbuka tadi samada nak jahit sembat ataupun jahit mesin. orang tak menyabar macam aku, lagi mudah jahit guna mesin terus. hehhee :D
tak sampai sejam dah siap bantal empat segi comel ni. ada yang nak order ? hewhewhew so, selamat mencuba pada yang teringin nak ber-DIY atau yang baru nak mengasah bakat menjahit !!
thanks for reading. ^^
mini pelamin? nk tunang ke?? hehehe
ReplyDeletecantiklah semua fabrik ,sitikektus...mana nak cari erk?
ReplyDeleteterbaik
ReplyDeletecantik bantal tu walaupu simple....
ReplyDeleteUNTUNG BILA PANDAI PAKAI MESIN..HIHIH
ReplyDeletecomelnya bantal.. kalau isi kekabu asyik nak bersin hehe..
ReplyDeletewah menarik ni...nti akak buat ye...akak akan berkunjung sini lagi utk intai2..
ReplyDeletesalam..kreatif dan cantik!!
ReplyDeletewaaaaa... betullah... sangat kreatif... takyah beli mahal2 kan
ReplyDeleteSalam. Hee sungguh rajin buat bantal kekabu cantik.
ReplyDeletehuhu.. dah lama xjengah2.. rupanya ko nak makin hebat kan.. tahinah.. pandai wat bantal.. hehe
ReplyDeletecantik...nak buat tu malas..huhuhu...nanti mini pelaminmesti cantik ni...upload sini yer
ReplyDeleteassalamualaikum siti....cantik2 bila dah siap bantalnya...mama nak tanya la kalau nak dptkn fiber/kapas nak letakkan kat dlm bantal tu siti beli kat mana ek...?mama ingat nak cari tapi x tahu nak beli kat mana...:)
ReplyDelete